Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Berapa Kalori Kita Dah Ambil Hari Ini?

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari kedua umat Islam seluruh dunia melakukan korban sempena memperingati peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S ke atas anaknya, Nabi Ismail A.S. Seronok raya haji tahun ni sebab saya berpeluang untuk membawa anak-anak menyaksikan dan sekaligus berkongsi kemeriahan ibadah korban yang dilakukan oleh suami, keluarga dan penduduk-penduduk kampung yang lain semalam.

Kali terakhir saya tengok lembu kena sembelih masa saya sendiri buat korban 4-5 tahun lepas. Masa tu, Irfan pun kecik sangat lagi, tak faham pun kenapa binatang kena korban. Kali ni bila bawa dia pergi tempat orang buat korban, macam-macam soalan yang ditanya. “Kenapa lembu tu duduk situ mama?” “Kenapa lembu tu nak lari?” “Kenapa dia pegang lembu tu?” “Orang tu tengah buat apa?” “Lembu sakit tak?” ” Etc etc.. Banyak bebenor soalannya, tapi mama cuba jugalah jawab ikut skema jawapan budak 5 tahun. Harap-harapnya dia fahamlah.. 🙂

berapa kalori dah makan hari ni?

Dan syukur juga, sebab kami bukan saja dapat tengok ibadah korban, tapi terus dapat rasa daging korban yang disedekahkan oleh penduduk untuk dibuat kenduri. Makan nasi dengan gulai daging dan cicah ayaq asam..Perghh!! Sedap gilerr baq hang! Pandai sangat orang tu masak. Terasa kemanisan daging fresh dari lembu yang kena korban. My tummy was really happy  😀 :D. Semoga ibadah korban yang dilakukan oleh mereka semua diterima Ilahi dan dikurniakan ganjaran dan rezeki berlipat ganda sebagai ganti.

berapa kalori ada dalam nasi daging ni?

Setuju tak dengan saya…menu raya semuanya sedap-sedap kan? 😋😋

Tapi kalori dan kolesterolnya pun boleh tahan juga. Huhuhu. Tambahan pula, nasi gulai daging ni bukannya satu-satunya menu masa raya korban ni. Ada juga lemang, rendang, sup tulang, daging bakar, teh tarik, air sirap, kuih muih, maruku, kerepek,…haaa..kalau makan semua tu, ada berani nak kira berapa kalori kita dah ambil hari ini? 😀

Berapa kalori kita dah ambil hari ini?

Ingat ye..Sedap macam mana pun menu raya, kalau nak jaga kesihatan, tengok-tengok jugaklah ye dah berapa kalori kita dah ambil. Keep in mind, jumlah kalori dalam SEHARI yang diperlukan oleh seorang dewasa hanya 2000 ke 2500 untuk lelaki dan 1600 ke 2000 untuk wanita sahaja tau!

panduan jumlah kalori dalam setiap makanan

Katakan di pagi raya, kita dah makan kat rumah:
😋 Sebiji ketupat palas – 124 kalori
😋 Beserta rendang ayam seketul dan kuah – 148 kalori
😋 1 kuih tart nenas – 50 kalori
😋 1 biskut raya (secara am) – 25 kalori
😋 Dodol 1 biji – 71 kalori
😋 1 gelas teh tarik – 90 kalori
😋 1 gelas air sirap – 85 kalori
➡️ Total kalori yang diambil di rumah sendiri sahaja = 593 kalori 😱😱

Itupun kalau kita hanya rasa/makan/minum sebiji/segelas untuk 5-6 jenis juadah saja.

Lepas dah selesai korban, kita makan pula nasi putih dan gulai/rendang daging seperti di atas. Dah tambah lagi 262 kalori. Macam mana kalau hari panas, kita minum air sirap atau soft drink bergelas-gelas? Cuba kira berapa jumlah kalori….hehehe..

Kawan-kawan, ini baru cerita hari raya korban. Kalau raya puasa, lagi banyak kita makan agaknya sebab kita pergi kunjung-mengunjung ke rumah jiran dan saudara. Masa tu tuan rumah bukan hidangkan ketupat dan rendang sahaja, tapi ada juga lemang, soto, laksa yang sedap2 belaka? Mesti kita nak rasa semuanya juga kan? Kalau tak nanti, kempunan pula… 😅😅

Jadi, kalau lepas raya badan naik, kolesterol naik, gula naik…jangan buat-buat terkejut ye 😀

Cara mengelakkan badan atau kolesterol naik di musim perayaan

Kalau tak nak badan naik di musim perayaan ni, sila ambil sekurang-kurangnya alfalfa dan lecithin setiap hari.

  • Alfalfa – tumbuhan yang digelar sebagai “raja segala tumbuhan” ini mempunyai 1001 khasiat yang baik untuk badan termasuklah untuk membuang toksin dalam darah kita ni. Haa..jangan tak tau, banyak makan sangat boleh menambahkan toksin dalam badan sebab banyak proses yang badan nak kena lakukan untuk mencernakan makanan-makanan ni, especially kalau makanan tu tinggi lemak, tinggi gula dan sebagainya. Toksin kalau tak dibuang, akan menyebabkan berat badan susah nak turun. Kita rasa kita dah buat diet (kurang makan), tapi kalau berat tak turun-turun tu, ketahuilah itu disebabkan oleh toksin yang sudah berlambak dalam tubuh kita.
  • Lecithin –  Lecithin pula ada pengemulsi lemak. Dengan makan lecithin ni, lemak-lemak akan diemulsikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil, maka lebih mudah kalori untuk dibakar. Selalunya orang yang makan lecithin ni akan mudah berpeluh sebab pembakaran kalorinya lebih pantas bila molekul lemaknya lebih kecil. Jadi, kalau nak cepat kurus, kenalah amalkan lecithin ni. Tambahan lagi, lecithin bagus untuk kawal kolesterol (trigliserida) juga.

Selain lecithin, omega guard dan phytocol-st adalah 2 lagi adik-beradik untuk kawal kolesterol di musim perayaan ini.

  • Omega guard – Omega guard adalah asid lemak omega-3 yang mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh manusia. Ia adalah minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA yang boleh membantu bukan sahaja mengawal kolesterol dan darah tinggi, tapi juga bertindak untuk membantu menyokong kesihatan jantung dan juga sendi.
  • Phytocol-ST – Ini yang terbaik! Kalau nak halang kolesterol jahat (LDL) dari memasuki salur darah dalam badan, amalkanlah phytocol-st ni sebelum makan. Phytocol-ST ni ada fitosterol (lemak tumbuhan) yang akan mengambil tempat kolesterol dalam badan lalu menghalang kolesterol jahat dari makanan diserap ke dalam salur darah. Jadi, bila dah makan phytocol-st ni, tak payah lagi nak risau berapa kali ganda kolesterol akan jadi lebih tinggi.

bagaimana fitosterol menghalang kemasukan kolesterol jahat dalam badan

 

Supplemen-supplemen ni kalau dapat diamalkan setiap hari lebih baik. Bukan di musim perayaan sahaja. Maklumlah, orang Malaysia ni kan memang mewah dengan makanan sepanjang masa. Lebih mendukacitakan lagi, yang jadi juara obesiti, penyakit diabetes, jantung dan darah tinggi pun kita juga. Huhuhu.

Jadi, jagalah sentiasa pemakanan kita ya. Pilih makanan yang baik-baik dan jaga kuantiti yang diambil. Memang susah dah nak dapat zat yang mencukupi untuk badan dengan tabiat pemakanan seharian kita sekarang ni. Justeru, biasa-biasakanlah diri untuk top up nutrisi untuk kesihatan tubuh badan dengan vitamin semulajadi daripada Shaklee 🙂

Anyway, ibadah korban masih lagi berjalan sehingga hari Khamis ini. Selamat menjalani ibadah korban dan haji dan salam aidiladha buat semua muslimin dan muslimat dari kami di rahsiavitaminibu.com.

set kolesterol shaklee

 

Nak tanya atau pesan vitamin? Hubungi:

Fara Fadzil

SID: 860722

012-3579599

Ulu Kelang, Kuala Lumpur

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

May 2024
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Media Widget Powered by Acurax Web Development Company