Nak order? Hubungi 012-3579599

Kuman GBS Semasa Hamil Bawa Risiko Bayi Mati??

Tapi mula-mula, saya jawab dulu soalan pertama…

Memang benar… jangkitan kuman GBS pada ibu hamil memang boleh membawa risiko kelahiran pramatang dan kematian bayi yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Anda boleh baca pengalaman seorang ibu yang merupakan pembawa kuman GBS ini di sini.

Sedih kan?

Saya pun pada mula-mulanya memang tak pernah dengar langsung tentang nama kuman ni sehinggalah seorang kawan yang saya dah anggap seperti adik sendiri menceritakan tentang masalahnya sebagai pembawa kuman GBS ini. Betapa takutnya dia untuk melahirkan anak secara normal kerana bimbang anaknya terkena jangkitan kuman ini juga. Tapi Alhamdulillah…kedua-dua ibu dan bayi selamat dengan proses kelahiran normal dan selepas pemantauan beberapa hari di hospital, anaknya disahkan bebas dari kuman GBS ini.

Jadi..

Apakah kuman GBS ini?

GBS (BUKAN Geng Bas Sekolah) adalah singkatan kepada sejenis kuman yang bernama GROUP B STREPTOCOCCUS. Sounds familiar? Ya..mungkin kerana kuman yang menyebabkan sakit tekak sehingga batuk kering juga digelar Streptococcus (atau Strep)  TETAPI yang tu ia berada dalam group atau kumpulan A.

Kuman GBS semasa hamil

Kuman GBS – Group B Streptococcus

Jadi,  Group B Streptococcus (GBS) ni ada kat mana pula? Menurut Dr. Suhaimi, GBS ni adalah jangkitan bakteria atau kuman yang boleh didapati pada 20% wanita dewasa yang sihat di kawasan Miss V (vagina) dan/atau rektum(dubur) mereka. Wanita yang telah dijangkiti kuman GBS ini boleh memindahkannya kepada bayi semasa proses kelahiran.

Bagaimana nak tahu jika saya dah terkena jangkitan kuman GBS semasa hamil?

Untuk mengesahkan sama ada ibu hamil adalah pembawa kuman GBS atau GBS positive carrier ke tak.. ibu-ibu perlulah menjalani ujian atau screening ‘swab test’ di mana sampel kultur akan diambil dari kawasan MissV dan rektum untuk mengesahkan kehadiran spesis kuman ini. Ini kerana pembawa kuman GBS ini tidak mengalami apa-apa tanda atau simptom untuk kita mengesannya dengan lebih awal.

Bagaimana seseorang boleh mendapat jangkitan kuman GBS?

Kuman GBS ini biasanya hidup di kawasan seperti usus, Miss V atau rektum. Kuman ini tidak boleh dipindahkan melalui hubungan seks dan ianya bukan penyakit kelamin. Dianggarkan 1 daripada 5 wanita boleh dijangkiti kuman ini tanpa mengetahuinya kerana tiada simptom yang dialami oleh mereka. Jadi, kita dapat lihat di sini, bahawa jangkitan juman GBS adalah lumrah pada wanita.

Tetapi, berdasarkan beberapa blog yang saya baca, salah satu tanda yang perlu anda AMBIL SERIUS, adalah jika anda mengalami heavy discharge (keputihan) semasa hamil dan kegatalan pada Miss V. Tapi, untuk mengesahkannya, ibu hamil tersebut perlulah menjalani swab test yang saya sebutkan tadi.

Bagaimana jika saya disahkan positif kuman GBS semasa hamil?

Jika semasa hamil anda disahkan GBS positif, ini bermaksud bahawa andalah seorang pembawa. Jadi, anda perlulah mengetahui dan memahami segala risiko yang MUNGKIN  bakal anda dan bayi alami dan juga rawatan yang bakal diberikan.

Apakah risiko-risiko pembawa kuman GBS?

Semasa hamil, ibu-ibu yang positif GBS perlu menghadapi risiko-risiko seperti:

  1. Kelahiran pra-matang
  2. Air ketuban pecah awal/pra-matang.

Semasa lahir, ibu yang membawa kuman GBS ini boleh memindahkan kuman tersebut kepada bayinya. Inilah yang paling ditakuti dan kerap berlaku!

Menurut Dr. Suhaimi, jangkitan kuman GBS pada bayi berlaku 1 dalam setiap 2000 kelahiran hidup.  Dianggarkan 70% bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang dijangkiti GBS akan dijangkiti kuman ini TETAPI hanya 1 % sahaja yang akan mengalami sepsis/demam. Jika bayi dijangkiti dan mengalami sepsis pada usia awal(< 4 hari), kadar mortality/kematian adalah tinggi (Dianggarkan 20%). Sebab-sebab kematian adalah kerana pneumonia,septicaemia dan meningitis. Dan bayi-bayi yang survive, 50% akan mengalami kerosakan neurologi seperti buta dan pekak.

Apakah cara-cara rawatan kepada pembawa kuman GBS?

Perkara-perkara yang perlu diketahui oleh ibu hamil adalah:

  • Walaupun kemungkinan ibu-ibu adalah pembawa GBS adalah 1 dalam 5, tetapi saringan untuk kuman GBS tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.
  • Walaupun ibu-ibu hamil  diketahui pembawa GBS, antibiotik tidak diberikan semasa hamil kerana GBS akan kembali semula menghuni  vagina selepas habis rawatan antibiotik.
  • Olih kerana itu,rawatan antibiotik akan diberi hanya semasa bersalin.

Siapakah yang perlu diberi suntikan antibiotik semasa bersalin?

  • Ibu-ibu yang mempunyai sejarah bayi  mereka dijangkiti GBS.
  • Ibu-ibu yang GBS ditemui dalam vagina atau kencing bila ujian dilakukan.
  • Ibu-ibu yang mempunyai  factor-faktor risiko berikut:

o   Pra-matang

o   Air ketuban pecah lebih dari 18 jam

o   Demam semasa bersalin

Kesimpulannya ,pembawa kuman GBS adalah lumrah dikalangan ibu-ibu(20%) dan  risiko untuk bayi di jangkiti GBS juga tinggi(70%) tetapi hanya 1% sahaja yang betul-betul serius. Komplikasi jangkitan GBS pada bayi adalah disebabkan oleh pneumonia,sepsis dan meningitis. Jika bayi dijangkiti GBS di peringkat awal usia mereka, kadar kematian disebabkan olih infeksi  ini adalah tinggi(20%). Kalau bayi-bayi ini terselamat, 50% daripada mereka akan mengalami masalah neurologi.

Jadi, berdasarkan pembacaan saya yang bukan pakar dalam bidang ini, inilah serba sedikit yang saya dapat kongsi tentang kuman GBS ini kepada pembaca RahsiaVitaminIbu.com pada hari ini. Kalau ada tambahan info berguna atau pengalaman ibu-ibu lain yang ingin dikongsi bersama, jangan segan silu tinggalkan komen ye!

Dan peringatan untuk semua wanita, jangan ambil ringan masalah keputihan ye.. terutamanya semasa hamil. Untuk mengurangkan keputihan amalkanlah makan yogurt setiap hari ataupun makan bawang putih selalu untuk mengelakkan terkena jangkitan kuman dan bakteria kerana bawang putih memang terkenal dengan sifat antikulat dan antibiotik semulajadi. Kalau tak lalu nak makan yang raw punye banyak-banyak, sekarang ni bawang putih dalam kapsul yang mudah ditelan pun ada. Bolehlah kalau nak diambil bersama-sama vitamin semasa hamil yang lain. Mudah-mudahan kita tak terkena jangkitan kuman GBS ini!

23 Comments
  1. Kalo g checkup bln2, dr x de pun mention pasal ni kan..tahu pun melalui pembacaan sendiri je…

    Mkn yogurt tu yg best heee..

  2. uishh bahaya gak ye kuman GBS walaupun x seglamer dengan incik denggi.

  3. selalu kena keputihan masa pregnant, tp xdela smpi gatal ke apa…huhu, baru tau psl gbs ni…

  4. time preggy laa yg plg risau kalu kena pape..kalu kena kat kita je xpe..tkt effect bb yg lg risau..huhu

  5. bahaya jugak ya..memang time preggy kalau dtg keputihan payah sikit..selain masukkan ubat kt miss v,boleh ambik probiotik mcm yogurt tu dan elakkan mknan yg boleh mnybbkan punca kulat atau keputihan

  6. Saya pembawa GBS +TIVE and bby saya meninggal (ank pertama tau).mmg sedih.nasib x meroyan sb xtau pn keputihan yg kehijau2an tu membawa bakteria yg membunuh anak sy.bila mengandung ank ke 2, ms tu 8 bln.g hspital pn pasal nk booked katil.n masa tula br sy tau sy ada GBS.doc terkejut sb sy x diberitahu bahaya GBS ni.tp alhmdulillah berkat doa dan pemantauan doc yg bg sy antibiotik smasa nk brsalin,sy selamat lahirkn ank llaki.tp doc igtkn sy spy bgtau pd doc yg sy mnghidap GBS semasa mngandung.skrg mngandung ank ke 5 (+yg sulung).trauma msih ada.risau sb kali ni doc klinik ni xnk refer hspital.dia nk rawat dulu.klu xde perubahn br refer hspital. Toling doakan utk sy smga kndungan ini jg selamat.amin.m

    • Terima kasih kerana berkongsi pengalaman puan. Kandungan sekarang dah berapa bulan? InsyaAllah semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amalkanlah juga bawang putih yang saya cadangkan ni sebagai ikhtiar.. 🙂

    • ank2 sihat je ke selepas bersalin..sy pn pembawa gbs..risau sngt2 ni..ank no 2..

      • InsyaAllah..lepas bersalin, biasanya anak akan dipantau beberapa hari untuk memastikan dia bebas dari kuman gbs ni. Lepas dah OK, boleh balik rumah.

  7. salam..sy pon khlngn byi sulong,after ttc 7 thun,twin boy& girl pada 31/8/2014 (19week prgnncy).ptg sebelum brsalin sy kua dscaj warna ptih kkuningn+ lnguh² pinggng.rsa x sdap hati,sy pg klnk utk cek & msa doc sahkn baby girl sy dah mnggl dlm prot.sy refer to hspitl& doc ckp jln dh trbka,sy kn tggu je utk brsalin scra nrml.sy trpksa lhirkn dua2 baby sbb jln dh ade,wpin baby boy msih brnyawa.20/11,sy ade app di hsptal utk review reslt drah saya& baby swap.br doc bgtau sy ade gbs,mmg bhya..utk next orggncy kn infrm doc pnh kn gbs.
    # sy x pnh ade kptihan & spnjg prgnnt slm 19w sy ade kncg kotor( doc ckp mgkin slh 1 sebb)

    • waalaikumussalam..

      Terima kasih puan kerana berkongsi pengalaman..saya simpati kepada apa yang terjadi dan semoga puan tabah menghadapi dugaan ini..
      Memang bahaya gbs ni..kita kena hati2..kne jaga pemakanan dan sentiasa lindungi diri dengan antioksidan supaya diri tak mudah terkena jangkitan atau jangkitan dipindahkan kepada bayi..
      Saya doakan puan segera dapat menimang cahaya mata semula..
      jangan segan hubungi saya di 012-3579599 kalau puan ada apa-apa pertanyaan ye.. 🙂

  8. Assalam Fara Fadzil, pohon copy & paste entry anda yea.. coz saya pun ada GBs pOsitif, doakan saya n esp baby saya lahir dgn selamat… doc ade explain pasal GBS, tapi tak faham, tu yg google n masuk blog Fara… tQ…

  9. Salam sis…saya disahkan pembawa GBS pada hujung october lepas manakala disahkan hamil anak ke 2 rabu lepas.. Dan kandungan saya genap 6minggu 4hari hari ini. Saya dah cuba berbagai kaedah rawatan dari moden sampai ke tradisional namun rezeki saya untuk terus hadapi ujian ini. Saya ingin bertanya adakah boleh saya amalkan makan pil bawang putih kerana tidak pernah amalkannya sbelumni memandangkan masalah saya semakin teruk sejak saya hentikan smua ubatan saya khamis lalu. Doc ada menyuruh sy ke klinik Andai keputihN saya keluar namun memandangkan harini dan esok cuti, hanya MA yang bertugas di klinik. Saya bercadang berjumpa doc isnin ini namun dalam masa sam eager untuk cuba rawatan yang lebih semulajadi dan pandangan serta pengalaman puan amat saya hargai..

    • waalaikumussalam puan Rai,

      InsyaAllah pil bawang putih yang saya mention dalam entry ini boleh diamalkan semasa hamil. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi, jadi ia akan membantu untuk melawan kuman GBS itu. Jika puan ragu2, puan boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor.

      Untuk sebarang pertanyaan lanjut, puan boleh hubungi saya di 012-3579599 untuk jawapan yang lebih segera

  10. assalamualaikum.. saya baru melahirkan ank pada 12/07/2015.. pra matang patut due 11/08/2015.. selepas lahir doc ambik darah ank sy n resut darah putih tinggi… dia warded dalm 5 harti for antibiotic… doc cek sample air ketuban n didapati sy +GBS.. n sekarang ank sy dah 4 bulan…sy harap dia sht saje…

    • Waalaikumussalam..

      InsyaAllah..bnyk2kan doa.. biasanya kalau baby dah keluar and dah besar, risikonya semakin rendah..sama2 kita doakan ye 🙂

  11. Assalamualaikum.. Saya adalah pembawa +GBS.. Saya dapat tau sejak minggu ke9.. Tu pun sejak bleeding. Sedari awal pregnancy sy dah alami spotting. Memang sblm pregnant sy ada keputihan. Tp takla sampai kejiauan. Kemudian ada polips. Bila pregnant sy tak boleh byk bgerak. Bila bleeding pertama doktor trus potong polips yg tak pernah ada waktu tak pregnant.

    Sy tak pernah tau yg sy ade +GBS sampailah ada polips. Tapi doktor tak cakap pun GBS tu bahaya ke apa. Saya scroll google tgk ape patut buat.

    Lepas kejadian tu saya diberi mc 2 minggu. Lepas tu ingat da ok. Lepas tu saya ada berjalan naik turun tangga. Sekali lagi saya mengalami bleeding. Sampai di hospital rupanya OS dah 3cm. Saya kena warded lg 5hari. Sepatutnya lagi lama. Tp ada doc pkar suruh sy berehat d rumah. Waktu tu dah 24w.

    Setelah hampir habis mc.. Sy dah sakit nak bersalin. Lusa tu baru sy bersalin. Tp tak lama, lepas 7hari baby gurl sy meninggal dunia. Waktu bersalin 26w.

    • Wslm puan..terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman puan bersama para pembaca.. 🙂

      Takziah saya ucapkan atas kehilangan baby girl puan.. Bersyukurlah kerana dia sedang menunggu puan di pintu syurga..
      InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik selepas ini..Amiin 🙂

  12. Salam..17/12/15 sy admit ward sbb bby ade contraction..4/1/16 result kelua,doc inform sy ade gbs..doc hsptal ckp mmg jarang wanita hamil kne gbs,tp ia still normal sbb ade antibiotic yg boleh protect.. 14/1/16 sy checkup klinik kesihatan..sy tanye tntang gbs then doc klinik kesihatan kate gbs x normal,bahaya dan mmg xkan hilang smpi ank seterusnya…sy rase emosi sy sgt terganggu bile dpt tau ia xnormal…sape yg perlu sy percaye?? mmg gbs xkn hilang ke?? 😂😂
    nurshazwa recently posted…Salon 100% Muslimah – Siti Salon AlzahrahMy Profile

  13. Salam.. saya ibu kepada 2 bayi. bayi first, lahir 32w4d, pada 08.12.2013. dokotor di hospital melaka ambil sample dan saya disahkan GBS positive. baby on antibiotik 3 hari dan discharge. Alhamdulillah bayi sihat dan dah berumur 2 tahun 3 bulan. bayi yang kedua, on antibiotik di dalam labor room dan selepas antibiotik dimasukkan, sejam setengah selepas tu saya delivered baby girl, 2.75kg pada 38w5d. untuk baby kedua ni, doktor tak masukkan sebarang antibiotik kepada baby sebab doktor cakap, sy dah dapat sebelum delivered. so doktor cuma monitor 3 hari perkembangan bayi. tak demam & active, baby discharged. pada asalnya saya ingat nak sorokkan history GSB carrier tu, tapi selepas google dan minta pendapat rakan yang menjadi doktor, sy informkan tentang history GBS Carrier. atleast bila 3 hari warded, tiada pelawat yang tak hygienge melawat anak saya. untuk ibu mengandung, tolong sangat jaga kebersihan. biarpun orang cakap tiada kena mengena dengan hubungan seks, bagi saya sendiri ada! pastikan suami anda juga bersih jari & alat sulit sebelum bersama anda. hati-hati bila dah terkena kencing kotor semasa hamil & keputihan pekat. demi ibu mengandung & anak!

  14. Assalamualaikum….sy ibu mengandung 36/52.anak pertama lahir pramatang 34/52..masa kndungan ke 2 sy dimasukn ward krana contraction pda usia 34/52.Keputihan bnyk sgt n gatal sgt²…ujian dibuat dan sy dsahkan mnghidap gbs…sy sgt risau dan stress skrg..ape perlu sy buat.

    • waalaikummussalam.. biasanya kalau dah disahkan menghidap gbs mesti doktor akan berikan antibiotik. Saya nasihatkan puan ikut nasihat yang doktor berikan untuk kurangkan risiko kelahiran pramatang lagi.
      Selain tu, puan boleh juga mesti jaga pemakanan. Elakkan tepung putih , gula putih yang menggalakkan pembiakan kuman dan bakteria dan amalkan pemakanan yang mengandungi bakteria baik yang boleh melawan bakteria2 jahat dalam badan. Banyakkan makan bawang putih sebab bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Kalau tak boleh nak kunyah dan telan bawang putih semulajadi, puan boleh dapatkan pil garlic shaklee dari saya. WA 012-3579599 jika berminat ye.

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

July 2017
M T W T F S S
« Dec    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company