Tak dinafikan ramai orang rasa stress bila nampak jerawat sebiji naik di muka, apatah lagi kalau berparut dan berlubang-lubang. Jadi, bagaimana cara untuk hilangkan parut di muka supaya yakin nak jumpa orang ramai dan sahabat handai?
Bukan senang nak hilang ni. Terutamanya jika luka parut itu terjadi masa dah dewasa. Makin kita meningkat usia, makin sukar badan kita nak memulihkan luka dengan sendiri. Maka, terjadilah parut yang hodoh dan amat menyakitkan mata setiap kali kita melihat wajah sendiri.
Namun, ia bukan satu misi yang mustahil ye! Contohnya, macam Puan Nur Hidayah dalam gambar ni.
Seumur hidup beliau memang tak pernah kena chicken pox sebelum terjangkit daripada anak sendiri!
Bayangkan dah beranak pinak baru nak kena chicken pox. Parut-parut memang SANGAT degil lah nak hilang. Kalau kita di tempat beliau, aduhaii..mesti malu kan nak pergi kerja. Nak jumpa kawan-kawan, nak jumpa boss, nak jumpa customer, supplier bagai..tapi rupa kita tak semenggah. Hilang rasa keyakinan diri. Ataupun jangan kata dengan orang luar, dengan life partner suami kita lagilah bertambah-tambah malu lagi. rasa tak cantik dah untuk suami. Sampaikan nak jalan bersama pun, mungkin suami pun malu dengan kita! Huhuhu 🙁
Namun Alhamdulillah, beliau berjaya menghilangkan parut chicken pox nya dan mendapatkan semula kulit yang licin berseri seperti sedia kala 🙂
Jadi, kalau anda mengalami masalah kulit berparut juga, jangan mudah mengalah ye! Ikhtiarkan dulu sekurang-kurangnya dengan mengikut petua-petua di bawah.
8 Cara Untuk Hilangkan Parut Dengan Mudah
1. Jus lemon: Ambil sebiji lemon segar dan belah menjadi dua. Gosok bahagian yang berjus di kawasan muka yang berparut. Lemon bertindak sebagai peluntur semulajadi untuk mengurangkan bekas parut. Kemudian, minum jus lemon (tanpa gula) 2 kali sehari selama 15 hari. Nanti, jangankan katakan parut, perut yang buncit pun mungkin ‘hilang’ juga. 😀
2. Kiub ais: Kiub ais adalah bahan yang paling simple dan mudah untuk didapati di rumah bagi memudarkan parut. Hanya ambil seketul kiub ais dan sapukan perlahan-lahan di kawasan berparut. Petua yang sangat mudah…sambil tengok tv pun boleh buat!
3. Aloe vera: Aloe vera ataupun daun lidah buaya memang sudah lama terkenal manfaatnya untuk mempercepatkan pemulihan luka. Untuk menghilangkan parut, hanya ambil sehelai daun aloe vera, potong dua dan kemudian perah untuk mengeluarkan gel untuk disapu di bahagian muka yang berparut.
4. Tea Tree Oil: Tea tree oil atau minyak pokok teh adalah bahan semulajadi yang sangat efektif untuk membantu menghilangkan parut. Namun, pastikan anda menggunakan tea tree oil yang sudah dicairkan ye!
5. Minyak Zaitun: Minyak zaitun ataupun olive oil dipercayai sangat berkesan dalam membantu menyahkan parut. Hanya ambil beberapa titis minyak zaitun dan sapukannya di bahagian berparut setiap hari. Ia juga akan membantu melembapkan kulit.
6. Timun: Ini rasanya semua orang pun tahu. Ambil sepotong timun dan jusnya diperah dikawasan yang berparut untuk memudarkan parut tersebut.
7. Campuran yogurt: Jika anda mempunyai parut yang menyakitkan, petua ini sangat membantu. Campurkan barli, yogurt dan kunyit dalam kuantiti yang sama rata dan jadikannya sebagai “paste”. Kemudian sapukannya pada parut bagi memberi kelegaan kepada kulit anda.
8. Tiru Macam Puan Nur Hidayah: Dan yang paling mudah dan terbukti keberkesanannya, anda boleh tiru cara Puan Nur Hidayah dalam video ini 🙂
Pada asalnya, mukanya sangat teruk namun selepas menggunakan set kulit cantik Shaklee selama sebulan, beliau berjaya memulihkan kulit wajahnya kembali kepada sedia kala. Beliau mengambil Vitamin C, Vitamin E, B-Complex serta ESP dan GLA. Kalau nak cuba hilangkan parut macam beliau, boleh segera hubungi saya di 012-357 9599 atau beli secara online dengan klik butang di bawah ini. Nanti anda akan di bawa ke portal Shaklee untuk membuat pembelian secara online dengan selamat. Mudah saja kan! 🙂
Lagi sebulan je lagi nak raya. Mesti nak muka cantik kan? 🙂
Jadi, jangan tunggu lagi! Bertindaklah SEKARANG! 🙂
True Beauty Radiates From Within..
Love,
SID: 860722
Kuala Lumpur
012-3579599
suke tips yang jus lemon dnegan aloevera tuh…sebab kita mmg buat, menjadi…kita dulu berjerawat teruk, parut pun teruk… 😀
salam kenal dari Jerman yer 😀
Hi aisya.. Alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya dan pembaca yang lain 🙂
Salam kenal dari ex-France :p
maaf,tapi,saya ada mencuba kaedah kiub ais,tetapi tidk menjadi,kenapa ya?
Mungkin kulit encik/puan lebih istimewa dan perlukan kaedah yang lebih istimewa untuk menghilangkannya 🙂
maaf btye, brape plk harge set hilangkn parut
Harga set hilangkan parut ni bergantung kepada pemilihan vitamin yang Encik Anuar lakukan. Encik boleh terus klik pada button beli sekarang untuk pilih vitamin yang encik berkenan dan sistem akan berikan jumlah harga berdasarkan jenis vitamin dan kuantiti yang encik mahukan.
Jika Encik Anuar tak pasti nak pilih vitamin yang mana satu, boleh hubungi saya di 012-3579599 🙂
Fara Fadzil recently posted…Formula 70/30 Mencipta Kekayaan
Kalau gunakan limau untuk menggantikan lemon boleh tak ?
Tpi dlm tempoh brapa hari untuk menghilang parut
Bestnya cara Pn Hidayah tu, sebulan je dah hilang kesan parutnya ya. Menarik!
Jaja Zaleha recently posted…Kami Tahu Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan Kerana Kami Sudah Melakukannya!