Alhamdulilah semalam kakfar terima bonus Shaklee. Bila ada dua sumber pendapatan ni kena pandai manage, baru kita nampak mana pergi hasil usaha kita 😍😍
So, hari ni kakfar nak share satu tips bagaimana nak uruskan kewangan. Kalau rasa bermanfaat nanti, dijemput like and share supaya orang lain pun dapat belajar sesuatu dari perkongsian ni.
Tips ni kakfar amik dari T Harv Eker (korang boleh google sape dia ni), dan kakfar rasa ianya sangat bagus untuk diaplikasikan supaya kita lebih BIJAK DAN SERONOK untuk berbelanja.
Selalunya bila kita spend, kita pikir nak seronok je kan. Tapi kita selalu kurang bijak sebab lepas seronok spend, kita nanges bucu katil sebab dah takde pape dah tinggal. 😂
Bagaimana nak uruskan kewangan?
So, Eker ni, beliau memperkenalkan konsep penyimpanan wang melalui 6 tabung iaitu:
✅ NEC (necessities) iaitu tabung untuk perbelanjaan keperluan, bil2, anak2..
✅ FFA (financial freedom) -tabung masa depan bila dah pencen dan tak bekerja. Nak pegi melancong satu dunia ke, nak pegi menuntut ilmu ke, nak buka ladang kambing ke, simpan siap2 dari sekarang dalam tabung ni.
✅LTSS (long term saving for spending) – tabung utk sesuatu benda yang nak pakai duit yang banyak, contohnya nak beli rumah. Banyakkan deposit nak guna bila beli rumah. So, simpan siap2 dalam tabung ni k.
✅EDU (education) – tabung utk pembelajaran, buku, kelas. kalau nak pergi kelas cikgu june petir ke, nouman ali khan ke, beli buku nutrisi ke, silalah korek tabung ni untuk bayar semua tu.
✅PLAY (leisure) – tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, tengok wayang, beli emas, nak makan sedap2. Gunakan duit dalam tabung ni tanpa rasa bersalah! Ada orang bila spend duit untuk buat apa yang dia suka, dia takut dia membazir. So, kalau dah ada tabung ni, kita dah limit siap2 berapa boleh spend untuk buat apa yang kita suka setiap bulan. (Macam kakfar semalam dah rembat selai bokkita tanpa rasa bersalah hahahaha)
✅GIVE (charity) – tabung utk kebajikan. Perlu ada! Sebab dalam setiap rezeki yang kita terima, ada hak orang lain juga. Lagipun, the more you give, the more you get back. Kalau yang tak biasa memberi tu, tabung ni ajar kita untuk tidak bersifat kedekut dan nanti korang sendiri akan rasa kesannya.
Dan kita tambah satu lagi tabung,
✅PARENTS (ibu bapa) – wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan utk urusan2 mereka yg belum selesai dan kalau semua dh selesai, bersedekahlah on behalf of diorang.
Macam kakfar tinggal abah ngan mak mertua je. Untuk yang dah takde, kakfar guna tabung charity.
So, bila kita dapat bonus, komisyen, untung runcit atau gaji bulanan, cuba bahagi2kan duit tu kepada 7 tabung ni ikut portion di bawah:
- NEC 50%
- EDU 5%
- LTSS 10%
- FFA 5%
- PLAY 10%
- GIVE 10%
- PARENTS 10%
Jadi kalau kita dapat RM1,000,
👉🏼RM500 utk NEC, keperluan harian
👉🏼RM50 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
👉🏼RM100 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
👉🏼RM50 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke
👉🏼RM100 utk PLAY, tabung travel!
👉🏼RM100 utk GIVE, sedekah, zakat semua
👉🏼RM100 utk parents.
Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing2 tapi mesti disiplin tiap2 bulan duit mesti pergi ke tempat2 tu. Masuk tabung jangan korek2 dah.
Kalau gaji/bonus besar, bestlaa sebab dapat letak banyak duit dalam tabung ni kan. Tapi, walaupun bonus/gaji kecik je, digalakkan sangat untuk buat juga macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdela 5000 kan.
Bila ada tabung2 macam ni kita akan nampak keperluan untuk BESARkan income kita dan CARI JALAN untuk ke arah itu. Sebab nak tabung ni penuh cepat2. Kalau tak, kita akan sentiasa berada dalam comfort zone, rasa dengki kat orang lain yang ada/dapat itu ini, pergi sana sini, sedangkan semuanya salah kita sendiri sebab tak berusaha nak mengubah nasib sendiri.
Dan paling penting sekali, kita boleh control perbelanjaan kita. Tak over spending. Nak dapat duit banyak2 punya lama, tapi bila dah dapat sekejap je dah abes 😂😂
So, kalau belum pernah ada tabung macam ni, jom kita mula, mana tahu kita pun bole jadi sekaya T Harv Eker 😉
Kalau nak besarkan income untuk cepat penuhkan tabung, boleh join kakfar dalam #CHARMEmpire. Eh!
xoxo,
@kakfar | SID 860722
012-3579599
#CHARMEmpire
alhamdulillah, tahniah ada savings
Joe Labu recently posted…DAFTAR AHLI SHAKLEE – Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee