Nak order? Hubungi 012-3579599

“Adakah anak saya AUTISTIK?” 12 Ciri-Ciri Autistik Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Adakah anak saya autistik? Sebagai seorang ibu, saya akui yang saya tidak pernah terlintas untuk bertanya kepada diri sendiri mahupun kepada yang lebih arif tentang perkara tersebut. Mungkin kerana buat masa ini anak-anak saya menunjukkan perkembangan sosial yang selari dengan usia mereka menyebabkan saya kurang “concern” tentang perkara ini. (Syukur Alhamdulillah…didoakan agar situasi ini berterusan selama-lamanya..Amiin).

Namun, baru-baru ini saya berpeluang untuk membelek-belek buku bertajuk RAHSIA DAN KEUNIKAN PERSONALITI KANAK-KANAK AUTISTIK yang dikaryakan oleh Norfishah Mat Rabi. Membaca buku ini umpama satu pengembaraan baru buat saya. Ia bukan karya novel yang selalu didramakan. Bukan seperti buku2 engineering yang saya selalu hadap. Bukan juga tentang nutrisi ataupun Shaklee love and success story yang selalu menjadi rujukan dan inspirasi. Bukan pula tentang bisnes mahupun parenting. Buku ini adalah satu karya ilmiah yang membuka mata saya untuk mengenali satu lagi golongan yang kurang dikenali, selalu dipandang sepi tetapi sangat istimewa dan kita mungkin berinteraksi dengan mereka setiap hari tanpa disedari.

Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik Di Malaysia

Cuba perhatikan, ada tak di kalangan kita (anak sendiri, anak buah, anak kawan, anak jiran, anak taska, etc…) yang menunjukkan petanda lewat bercakap, pendiam, gemar bersendirian, kurang menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, enggan bermain atau menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen? Atau.. ada tak yang hanya suka duduk termenung tanpa melakukan apa-apa? Walaupun perkembangan setiap kanak-kanak adalah tidak sama, tetapi jika keadaan ini berlaku terhadap mereka, maka berhati-hatilah. Mungkin kanak-kanak ini menunjukkan gejala autisme.

Melalui pembacaan saya ke atas buku RAHSIA DAN KEUNIKAN PERSONALITI KANAK-KANAK AUTISTIK ini, saya dapati ada banyak ciri-ciri autistik yang dibincangkan. Di sini saya pilih 12 ciri-ciri autistik yang ibu bapa perlu tahu:

12 Ciri-Ciri Autistik Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

  1. Lewat atau lambat bertutur. Mungkin selepas usia 3 tahun kanak-kanak autistik baru bertutur .
  2. Kurang mod komunikasi, iaitu tidak boleh membebel atau menunjukkan ekspresi muka seperti senyum.
  3. Menggunakan bahasa songsang ketika bertutur seperti ‘Saya makan nasi’ menjadi ‘Nasi makan saya’.
  4. Tidak boleh menuturkan ayat yang penuh tetapi perkataan semasa bercakap.
  5. Tidak boleh berbual-bual tetapi boleh menyoal atau menjawab soalan.
  6. Kurang jelas bunyi sebutan perkataan.
  7. Gemar bercakap sendiri (monolog).
  8. Kurang memahami bahasa lisan.
  9. Percakapan tidak mengikut nada dan tidak berirama.
  10. Sukar memberi tumpuan.
  11. Tidak gemar bergaul dengan orang.
  12. Bertingkah laku pelik.

Bila dibaca balik ciri-ciri ini, nampak seperti sesuatu yang biasa kan? Jadi, berwaspadalah. Melalui buku ini, saya baru tahu dan faham yang rupa-rupanya autistik ini boleh berlaku secara senyap tanpa kita sedari. Semua ibu bapa juga patut membacanya bagi memahami dan mendalami sendiri rahsia dan keunikan personaliti kanak-kanak autistik ini.

Mungkin apabila telah memahaminya, persoalan-persoalan dan kerisauan ibu bapa seperti:

  • ‘ada ke vitamin untuk anak saya pandai?’
  • ‘ada ke vitamin untuk anak saya fokus dalam pelajaran?’
  • ‘anak saya susah nak fokus pada pelajaran’
  • ‘anak saya tak suka bermain’
  • ‘anak saya kurang bercakap’
  • ‘anak saya lambat bertutur walau sudah berusia 3 tahun’

dapat dijawab dengan lebih tepat dan diselesaikan dengan kaedah yang betul.

Kanak-Kanak Autistik

Nutrisi untuk kanak-kanak autistik

Autisme adalah ketidakupayaan biologi yang kompleks yang boleh dikenalpasti melalui kesukaran bercakap, ketidaknormalan gerak isyarat ataupun postur tubuh, kesukaran untuk memahami perasaan orang lain, mudah salah anggap, takut ataupun cemas dengan sentuhan dan penglihatan dan juga mempunyai kelakuan yang tidak normal seperti terlalu obses dan tabiat yang ritual.

Tiada satu punca yang sahih yang dikenalpasti, walaupun genetik dan keadaan persekitaran terlibat. Namun begitu, terdapat semakin banyak bukti yang menunjukkan bahawa pemilihan nutrisi yang tepat boleh membawa perubahan yang besar kepada kanak-kanak autistik.  Ramai kanak-kanak autistik mengalami kesukaran penghadaman, jadi mengembalikan keseimbangan dalam salur makanan/usus adalah kunci untuk terapi menerusi nutrisi. Turut penting adalah keseimbangan gula dalam darah, memastikan otak bebas dari ‘pencemaran’ logam berat, tidak menggunakan penambah/perisa makanan, mengenalpasti alahan makanan dan kemungkinan kekurangan zat serta memastikan pengambilan optimum asid lemak perlu.

Asid Lemak Omega-3 dalam memulihkan simptom autistik

Memulihkan Sistem Penghadaman

Ramai ibu bapa kanak-kanak autistik melaporkan bahawa anak mereka menerima  antibiotik untuk telinga ataupun untuk jangkitan sistem pernafasan berulangkali ataupun dalam tempoh yang panjang di awal usia, sebelum mereka didiagnose sebagai autistik.  Tahukah anda.. kebanyakan antibiotik membunuh bukan sahaja bakteria jahat, tetapi juga bakteria baik di dalam usus? Dan ini mungkin menjadi punca mengapa kanak-kanak autistik biasanya mengalami kesukaran penghadaman. Jadi, jika anak anda autistik, penting bagi anda untuk membantu memulihkan semula sistem penghadaman mereka. Berikan mereka probiotik bagi mengembalikan keseimbangan bakteria di dalam usus. Ia bukan sahaja bakal melancarkan pembuangan mereka malah juga membantu mereka untuk menyerap nutrisi daripada makanan dengan lebih baik.

Mengawal keseimbangan gula dalam darah

Bagi kanak-kanak autistik yang menunjukkan tanda-tanda hiperaktif, mengawal keseimbangan gula dalam darah adalah satu perkara yang wajib.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang hiperaktif makan lebih banyak gula berbanding kanak-kanak biasa. Kajian lain pula membuktikan isu ini bukan berpunca dari gula semata-mata tetapi daripada kehadiran bentuk gula di dalam badan, amalan pemakanan yang tidak seimbang dan ketidaknormalan metabolisma glukosa itu sendiri. 3/4 daripada 256 kanak-kanak hiperaktif mempunyai isu terhadap toleransi glukosa – iaitu badan mereka kurang upaya dalam mengendalikan pengambilan gula dan dalam memastikan keseimbangan paras gula dalam darah.

Walaubagaimanapun, ingatlah wahai ibu bapa.. tak kira normal ataupun autistik, apabila seorang kanak-kanak sering mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, gula-gula, coklat, minuman berkarbonat, dan terlalu sedikit atau tiada langsung serat untuk melengahkan penyerapan gula, paras gula dalam darah mereka akan sentiasa turun naik dan menyebabkan turun naik paras aktiviti, konsentrasi, fokus dan juga kelakuan mereka. Dan ini sudah tentulah tidak membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak tersebut.

Menambah pengambilan asid lemak Omega-3

Kekurangan asid lemak perlu di kalangan orang autistik adalah satu kebiasaan. Kajian oleh Dr Gordon Bell di Stirling University telah menunjukkan bahawa sesetengah kanak-kanak autistik mempunyai kekurangan enzim yang menyebabkan penyingkiran asid lemak perlu daripada sel membran otak lebih cepat daripada sepatutnya. Jadi, kanak-kanak autistik perlu mengambil lebih banyak asid lemak Omega-3 daripada kebiasaan. Dan kajian juga menunjukkan, dengan pengambilan asid lemak EPA, yang boleh melengahkan kesan kekurangan enzim tersebut, secara klinikal dapat membaik pulih kelakuan, mood, imaginasi, percakapan spontan, kitaran tidur dan fokus kanak-kanak autistik.

Menambah pengambilan vitamin dan mineral

Sejak tahun 1970-an, kita sudah tahu pendekatan nutrisi dapat membantu autisme, melalui kajian pertama oleh Dr Bernard Rimland dari Institute for Child Behaviour Research in San Diego, California. Beliau membuktikan bahawa vitamin B6, vitamin C and supplemen magnesium membaikpulih simtom kanak-kanak autistik secara signifikan. Dalam satu daripada kajian awalnya pada tahun 1978, 12 daripada 16 orang kanak-kanak autistik menjadi semakin baik, tetapi kemudian kembali semula ke keadaan asal apabila pengambilan vitamin ditukar dengan pengambilan ubat. Dalam dekad seterusnya, ramai lagi penyelidik yang turut melaporkan keputusan positif melalui pengambilan vitamin dan mineral ini.

Nutrisi Untuk Kanak-Kanak Autistik

Elakkan alahan makanan

Salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada ciri-ciri autisme ini adalah melalui pemakanan yang tidak baik dan bahan kimia yang selalunya sampai ke otak melalui aliran darah akibat kesukaran penghadaman dan penyerapan makanan. Kepentingan dalam pemilihan makanan ini dikenalpasti oleh para ibu bapa sendiri apabila mereka menyedari perubahan yang jauh lebih baik dalam diri anak mereka apabila mereka mengubah diet seharian.

Bukti yang paling jelas yang mengaitkan makanan dengan autisme adalah makanan seperti gandum dan tenusu, dan jenis protein yang dikandunginya – iaitu gluten dan casein. Protein ini adalah sangat sukar untuk dihadamkan, terutamanya jika diperkenalkan kepada bayi terlalu awal, ia boleh menyebabkan alahan.  Pecahan daripada protein ini, yang dipanggil peptides, boleh memberi impak yang besar kepada otak. Ini kerana ia boleh bertindak secara terus didalam otak dan menjadi mimik kepada pelega kesakitan semulajadi di dalam badan (seperti enkephalin ataupun endorphin). Ataupun ia boleh menghilangkan keupayaan enzim yang akan memecahkan protein ini secara semulajadi.

Jadi, sebab itulah penting untuk berusaha memastikan bayi untuk mendapat susu ibu sehingga dua tahun dan hanya memperkenalkan makanan awal kepada bayi selepas usia mereka mencecah 6 bulan.

Autisme satu anugerah…

Tak kira normal ataupun autistik, anak itu adalah satu anugerah. Tiada siapa di dunia ini yang dilahirkan sempurna. Setiap orang ada ujiannya. Tanpa kita sedari, mungkin ada orang autistik di kalangan kita. Kekurangan mereka bukan hanya ujian untuk mereka dan ahli keluarga terdekat tetapi juga kepada kita agar lebih mensyukuri nikmat yang ada dan supaya dapat sama-sama membantu mereka untuk hidup seperti orang biasa.

Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa dapatkan buku Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik di Malaysia karya Norfishah Mat Rabi untuk memahami keistimewaan golongan ini ye. Highly recommended! 🙂

Sehingga bertemu lagi,

Fara Fadzil

 

 

SID: 860722

IG: @farahida_fadzillah

012-3579599

Ulu Kelang, Kuala Lumpur

1 Comment
  1. Bagusnya ada buku ni. Boleh dijadikan panduan ibu bapa autism. Nanti nak bagitau makcik lah. Anak dia autism sorang tu
    Fatin recently posted…Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix ShakleeMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2017
M T W T F S S
« Dec    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company