Sebelum ini saya pernah menceritakan yang perkenalan saya dengan Shaklee bermula ketika saya berpantang anak yang pertama, Irfan. Alhamdulillah..saya dapat menyusukan anak saya sejurus kelahirannya. Tetapi, saya mula risau apabila pulang ke rumah dari hospital, Irfan kelihatan seperti ‘tidak cukup’ susu. Walaupun ramai yang berkata memang bayi lelaki kuat minum, perut mereka masih kecil lalu mereka akan cepat lapar dan kerap minum, semua itu tidak dapat meredakan kerisauan saya. Irfan sangat ‘cranky’, cepat mengamuk dan menangis dengan kuat setiap kali mahu menyusu atau didakap. Waktu malam memang satu masa yang amat mencabar bagi saya sebab Irfan lebih kerap minum susu. Sudahlah pada waktu itu saya masih terkial-kial dan tidak berani menyusukannya sambil berbaring. Jadi memang setiap kali dia merengek, saya akan bangkit dan bersandar atau duduk di kerusi untuk menyusukannya sampai ke pagi. Saya tidak boleh memejamkan mata kerana bimbang dia akan terjatuh dari dakapan. Di waktu siang pula, walaupun ada waktu Irfan tidur saya masih tidak boleh tidur kerana dikehendaki bertungku, berurut dan sebagainya. Saya teramat letih dan kelihatan seperti zombie. Langsung tidak bertenaga. Itu tidak dicampur lagi dengan tekanan daripada orang sekeliling yang mengesyorkan agar diberi sahaja susu formula kepada Irfan agar saya mampu berehat secukupnya. Saya sungguh tertekan!! Dan akibatnya, susu makin merudum. Saya tidak pernah merasakan sensasi ‘susu penuh’, let down reflex dan jauh sekali bengkak susu!!Ada masa-masa tertentu, saya mengalirkan air mata tanpa sebab.
Akhirnya, saya tekad. Setelah makan dan minum pelbagai milk booster seperti pil ASI, halba, pegaga,oats, milo, kurma merah, longan kering dan sebagainya tidak mendatangkan hasil, saya pun mengambil keputusan untuk mencuba vitamin Shaklee dalam set menyusu Shaklee. Saya tahu, walau sebanyak mana pun milk booster yang saya ambil, jika saya masih stress dan tertekan..susu ibu untuk anak saya tidak akan boleh keluar atau mencukupi. Jadi, saya pun menggunakan vitamin2 berikut:
Vitamin Shaklee Untuk Ibu Menyusu
1. Bcomplex: bagi menghilangkan stress, memberi tenaga dan menaikkan seri wajah.
Saya sangat berpuas hati dengan vitamin dalam set menyusu Shaklee. Anda bagaimana? Sekiranya anda juga sedang mengalami apa yang saya pernah lalui dan inginkan perubahan, apa kata anda cuba mengamalkan set menyusu Shaklee ini? Jom order sekarang! Hubungi saya di rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau 012-357 9599.
Leave a Reply