Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Shaklee National Conference.. Here I Come :)

Alhamdulillah.. segala penat lelah pada cycle 2014/15 yang lepas terasa terbayar apabila mendapat jemputan untuk menerima award di Shaklee National Conference (NC) pada 6/6-7/6/2015 nanti 🙂 🙂 🙂

Kali ini insyaAllah ia akan berlangsung di MIECC, Seri Kembangan.

Shaklee National Conference

Anugerah di Shaklee National Conference

Semasa Shaklee National Conference ni nanti, ada pelbagai anugerah yang Shaklee akan sampaikan kepada semua pengedar Shaklee yang berjaya mengikut kriteria yang telah Shaklee tetapkan. Aaaa…jangan ingat orang keja gomen je boleh dapat APC tau! Shaklee Independant Distributors (SID) pun boleh dapat rewards yang best2 dari ‘boss’ kita. 🙂

Dan bukan senang untuk seorang SID nak jadi Star Achiever dalam Shaklee ni. Tahu tak, sudah lebih 1.9 juta rakyat Malaysia yang merupakan ahli Shaklee. Namun, yang bakal menerima anugerah nanti mungkin hanya beberapa ratus orang atau 1-2 ribu sahaja. Yelah, cuba imagine… hanya terdapat lebih kurang 4 ribu tiket yang dijual untuk conference ini. Dan yang bakal datang, bukan hanya mereka yang dirai dan bakal menerima award, tetapi juga ahli2 kumpulan masing2, suami dan anak2, family dan juga sesiapa sahaja yang mahu mengenali dan baru nak join Shaklee!

Untuk Shaklee National Conference tahun ini, insyaAllah saya bakal menerima satu sahaja award iaitu untuk Leadership Consistency 21% Achiever. Namun begitu, saya tetap rasa bersyukur dan bangga kerana saya dapat juga mencapai sesuatu dalam bisnes ini walaupun tidak melakukannya secara sepenuh masa. Saya anggap itu adalah salah satu tanda bahawa saya adalah leader yang bagus bagi anak2 bisnes dalam group Miracle. Ada banyak lagi anugerah sebenarnya selain Leadership Consistency ni. Contohnya, seperti untuk Business Growth, Car Bonus Achiever, Super Star Award, New Rank Achievement, Presidential Award and Million Dollar Earner. InsyaAllah, mudah-mudahan anugerah-anugerah ini akan saya terima juga pada cycle depan pula. Doakan saya ye! 🙂

The Majestic Nite

Bukan sahaja awards, di sebelah malamnya pula (Sabtu malam Ahad), semua yang diraikan akan dijemput untuk menghadiri makan malam bertemakan “The Majestic Nite.” Amboiii nama… ada bunyi ala-ala royal and majesty giteww.. Hihihi. Makan malam ni is a “course dinner”, or makan beradab..bukan buffet style.

So, kalau di sebelah siangnya boleh bawa anak-anak sekali untuk naik pentas ambil award, time dinner ni nanti tak dibenarkan untuk membawa anak-anak. Nak bagi can mama dengan ayah dating la tuu. Hehe.

Majestic Nite

 

So, since kitorang dah confirm nak pergi dinner ni, nak tak nak kenalah cari jalan untuk dapatkan seseorang untuk menjaga anak-anak syurga kami nanti. Mujurlah ada adik yang dah sudi untuk menjadi guardian sekejap. Bukan nak tinggalkan mereka di rumah pun, tapi hanya di kids room yang telah disediakan Shaklee semasa kami menghadiri makan malam itu nanti. So, kalau ada apa-apa…anak meragam ke apa ke..bolehlah nak tengok-tengok kejap di kids room tu nanti 😀

And this is one of the reasons why I love doing this business. We never leave our children behind even though we are busy chasing our dreams. Antara sebab kenapa saya boleh “get along” dengan sayang dengan bisnes ni adalah kami sangat pentingkan keluarga. Bukan sahaja dalam group bisnes, tapi Shaklee juga sendiri “sporting” dan faham bahawa anak-anak adalah keutamaan ibubapa seperti kami.

Bagaimana nak dapat tiket Shaklee National Conference ni?

Untuk SID yang menerima award, tiket untuk masuk ke Shaklee National Conference ini adalah PERCUMA! Yelah, namapun yang diraikan kan. Takkan yang diraikan kena bayar tiket pula 😀 Tapi, bagi mereka yang lain yang ingin turut serta, harga untuk satu tiket National Conference ini hanyalah RM30 sahaja. Ia hanya dijual kepada SID…so bagi yang belum menjadi SID tetapi mahu menghadiri conference ini, anda boleh meminta SID yang anda kenal untuk membelikan anda tiket ini (selagi tiket belum kehabisan).

Jangan risau… mesti berbaloi datang conference ni. Yang SID, boleh buat small reunion dengan group masing-masing. Yang bukan SID, masa nilah uols nak tahu best ke tak best Shaklee ni. Yang SID tapi untuk makan sendiri je, maybe ini masanya uols akan terfikir untuk serius berbisnes pula. Sebab apa? Sebabnya…masa tu, kita dikelilingi dengan orang-orang yang berjaya, yang bermotivasi, yang sentiasa berfikiran positif. Setiap kejayaan itu ada liku-likunya sendiri. Bukan masuk-masuk je Shaklee boleh terus jadi Master. Ada step-step nya. Dan setiap step tu ada cabarannya tersendiri. Nanti kita akan boleh dengar sharing dari Master-master yang mempunyai aura kejayaan yang sungguh hebat yang mungkin boleh memotivasikan diri kita sendiri.

Dan biasanya, setiap tahun pada masa National Conference inilah, Shaklee akan memperkenalkan produk terbaru mereka. Macam tahun lepas, Shaklee memperkenalkan Phytocol-ST, cholesterol blocker, yang membantu untuk “menapis” kolesterol dari makanan daripada memasuki salur darah kita. (And talking about phytocol ni, jangan lupa…sekarang ni tengah ada promosi sampai 31/5/15 nanti. Boleh roger2 ai at 012-3579599 for more info ye.. ). So, tahun ni apa pula ye? Kalau nak tahu, jangan lupa dapatkan tiket untuk ke Shaklee National Conference ni.. 🙂

Memang rugi sape tak datang conference ni. Saya sendiri terasa rugi bila tak dapat hadir (walaupun tiket dah beli) pada tahun lepas atas tuntutan kerja jurutera, saya sedang berada di Turki pada masa yang sama waktu itu. Mana taknya, bukan sahaja terlepas agenda yang best-best tetapi juga terlepas daripada mendapat goodie bag yang sangat bernilai! Nak tahu, tahun ni siapa yang datang dapat apa? Haa tengok ni:

Goodie Bag Semasa Shaklee National Conference

Ada 4 sachets collagen uolss!! Tahu tak, satu sachet tu kalau harga runcit dah jatuh berapa? Dekat RM20 tau satu sachet. Tapi kalau datang conference ni, boleh dapat 4 sachets!! Tak termasuk barang-barang yang lain lagi. So, amacam? Berbaloi tak RM30 tu? 😀

Haa ok..tu jer nak citer sebenarnya. Tapi bila dah buka cerita pasal conference ni, rasa macam tak sabar pulak nak ke sana! Haha. Ada 2 minggu lagi fara oii…!

Shaklee National Conference 2014/15…wait for me! Here I come.. 🙂

Ada sape-sape nak join saya? Meh whatsapp 012-3579599 meh… 🙂

Till then,

Fara Fadzil

 

 

 

SID: 860722

012-3579599

Pengedar Shaklee Terlaris di Kuala Lumpur 😉

 

 

2 Comments
  1. Tahniah fara.. happy for yr success.. nak follow fara jugak lepas baca ni..
    Termotivasi
    azlina hamdan recently posted…KENCING KOTOR SEMASA HAMIL JANGAN DIPANDANG RINGAN SEHINGGA MEMBERI KESAN KEPADA BAYI DAN IBU. APA PATUT ANDA LAKUKAN ?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

November 2024
M T W T F S S
« Jan    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Network Integration by Acurax Social Media Branding Company