Setelah lama blog bersawang, hari ni saya nak share tips dan pengalaman ke luar negara bersama bayi dan kanak-kanak berdasarkan pengalaman saya sendiri…
Alkisahnya begini…
Alhamdulillah… dua bulan lepas, saya dan 3 lagi orang rakan sepejabat dihantar ke Ankara, Turki untuk mengikuti satu kursus untuk satu projek baru syarikat kami selama dua minggu. Seronok..memang ada sedikit rasa seronok bila dapat tahu boleh dapat ‘jalan2’ FREE. Tapi hati saya sangatlah berat dan serabut memikirkan bagaimana untuk meninggalkan suami dan anak-anak saya terutama sekali yang paling kecil yang baru 10 bulan dan masih menyusu ketika itu. Dua minggu ye, bukan dua hari. Dan bukannya setakat 700 km tapi 7983.955584 km jauhnya!! Selama saya berkerja di Sapura inilah pertama kali saya dihantar sebegitu jauh. Dua tahun lepas saya juga diarah untuk ke France, tapi di saat-saat akhir saya terpaksa menolak atas sebab permergian arwah ibu saya dua hari sebelum berlepas ke sana. Tetapi kali ini, bila dah di-assigned as the ‘leader of mission’, saya tidak boleh menolak lagi walaupun tarikh weekend yang diberi clash dengan perancangan saya untuk menghadiri Sindiket Sukses bersama Rich Family di Kalumpang dan juga majlis gilang gemilang Shaklee National Conference. Apa nak kata… selagi saya masih dibayar untuk bekerja bersama Sapura, masa saya masih belum 100% saya yang punye!
Walau bagaimanapun, saya melihat situasi ini sebagai satu pintu yang membuka peluang lain kepada saya sekeluarga. Tak payah serabut2 nak fikir siapa nak jaga anak2, tak payah serabut2 nak fikir bagaimana nak stok susu siang malam untuk anak selama 2 minggu, tak payah serabut2 nak fikir macam mana nak bawa stok susu 2 minggu dari Turki ke Malaysia, etc etc.. why choose, when i can have both! Jalan termudah bagi saya pada masa itu, “Jom ikut mama pergi Turki! 😀 Kita bayar tiket harga kapal terbang je, bilik hotel company dah bayar, makan..insyaAllah allowance mama lebih dari cukup sebab mostly mama dapat makan free kat office tempat training..and jalan2 insyaAllah ada sikit2 saving bonus Shaklee tu kita boleh guna.” Dan Alhamdulillah, Tuhan pun permudahkan jalan bagi suami untuk bercuti selama dua minggu untuk menemani saya ke sana. (Thanks to Mel and his colleagues yang banyak tolong semasa ketiadaannya di ofis pada waktu itu).
So, off…we went…
Itulah pertama kali kami sekeluarga travel jauh beribu-ribu batu menaiki kapal terbang. Walaupun bukan pertama kali untuk saya dan suami, tetapi inilah pengalaman pertama kami ke luar negara bersama anak-anak yang baru berusia 3 tahun dan 10 bulan. Bagi saya yang sudah biasa travel ke merata tempat di Eropah semasa zaman belajar dulu, pengalaman kali ini 99.99% lain dari apa yang saya alami sebelum ini. Kalau dulu saya ber-backpacking je, kali ni saya terpaksa membawa segala jenis beg – beg sendiri, beg budak2, beg susu/lampin, beg makanan, stroller, carrier dan macam2 lagilah. Kalau dulu, bila berjalan boleh jalan laju2, kali ni berjalan kena consider rentak dan ragam anak2. Seriously, next time we must improve our travel style and travel much lighter…memang kena berguru dengan Master Lyna Noh bab2 gini…
Kalau nak cerita pasal satu2 pengalaman kami di sana, 10 entries pun belum tentu habis cerita ini.. So, let’s focus on pengalaman dan pengajaran serta tips ke luar negara bersama bayi dan kanak-kanak yang boleh dijadikan panduan untuk masa depan.
Tips dan Pengalaman Kami Semasa Membuat Passport
Untuk buat passport bagi bayi atau kanak-kanak yang masih belum ‘pandai duduk diam’ atau kurang ketinggian, gambar perlu diambil di kedai. Macam kami, hanya gambar Amsyar diambil di kedai, gambar kami dan Irfan diambil di pejabat imegresen. Mudah dan percuma aje. Sekarang gambar passport hanya hitam putih, bukan lagi berwarna seperti dahulu. Jadi, pastikan anak anda memakai baju yang berwarna gelap dan jika anda memakai tudung, pakailah tudung berwarna hitam ya. Jangan ada corak-corak. Tetapi, kalau dapat pegawai imegresen yang tak cerewet, ada rezeki dia lepaskan je.
Sediakan salinan surat beranak dan juga IC masing2 sebelum pergi ke sana. Kos untuk membuat passport adalah RM100 untuk tempoh 2 tahun dan RM300 untuk tempoh 5 tahun. Jika anda sudah memiliki passport, pastikan juga passport anda ‘masih hidup’ untuk sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan anda. Jika tidak, sila perbaharui passport anda ye. Jangan jadi macam saya, semasa nak menyerahkan passport kepada agen untuk tempahan tiket kapal terbang, baru perasan passport dah nak ‘mati’ lagi 3 bulan dan mereka enggan menerimanya. Dahhh kena pergi pejabat imegresen semula. Huhuhu. Oh ya, untuk ke Turki kita tak perlu membuat Visa, jadi kurang satu perkara yang perlu kami uruskan sebelum berangkat.
Tips penting untuk membuat passport : Datanglah awal ke pejabat imegresen jika anda tidak mahu menunggu lama! Elakkan datang ke UTC untuk membuat passport di hujung minggu jika anda datang selewat pukul 8 pagi, kerana silap haribulan anda akan menunggu sehari suntuk (sampai ke malam) di situ. We’ve been there…and done that! Tobattt!! Takmau pegi dahh..huhuhu..
Tips dan Pengalaman Kami Dengan Tiket Kapal Terbang
Satu kelebihan apabila travel ke luar negara semasa anak-anak masih bayi atau kanak-kanak adalah tambang tiket kapal terbang untuk meraka adalah lebih murah. Untuk yang berumur 2 tahun dan ke bawah, boleh dikatakan hanya 10% dari jumlah tiket dewasa sahaja yang perlu dibayar i.e untuk airport tax dan lain-lain. Yelah, untuk mereka tiada seat diperlukan. Jika anda mahu, anda juga boleh meminta syarikat penerbangan untuk menyediakan makanan untuk bayi anda tetapi perlulah memberitahu mereka selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh penerbangan anda. Saya juga amat menggalakkan anda untuk reserve seat seawal mungkin. Ini kerana walaupun anda sekeluarga akan ditempatkan bersama, tetapi tidak semestinya anda boleh dapat tempat duduk yang berhadapan dengan bassinet (tempat tidur bayi). Dalam kapal terbang seperti Airbus 300 yang kami naiki, biasanya hanya ada 4 bassinets dan sekiranya terdapat lebih dari 4 orang bayi, bayi yang kelima dan seterusnya terpaksalah dipangku atau diriba oleh ibu bapa dan penjaga sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Malah, jika betul-betul bernasib malang, tempat duduk yang berhadapan dengan bassinet diberi kepada orang yang tidak mempunyai anak pun!! Itulah yang berlaku kepada saya semasa perjalanan pulang dari Istanbul ke Kuala Lumpur. Saya terpaksa memangku Amsyar yang tidur selama lebih 11 jam!! Itu tak termasuk tempoh penerbangan dari Ankara ke Istanbul sebelum itu lagi. Bila dah terpaksa diriba all the time, nak berjalan-jalan luruskan pinggang susah. Nak makan pun sempit dan lengan pun lenguh dan naik kematu dibuatnya. Huhuhu.
Satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah jika selain dari seorang bayi, anda juga mempunyai anak yang lebih 2 tahun tetapi belum pandai berdikari seperti Irfan. Irfan baru sahaja 3 tahun tetapi of course memerlukan satu seat yang khas untuknya. Jika anda mahukan tempat duduk yang berhadapan dengan bassinet, by default, hanya dua seats yang sebenarnya diperuntukkan untuk sekeluarga. Dua seats lagi adalah untuk keluarga yang lain yang mempunyai bayi. Jadi, jika anda membeli 3 seats (anda+pasangan+1 orang anak), pastikanlah seat yang ketiga itu berada berhampiran dengan anda juga. Mungkin hanya di belakang atau di sebelah kiri atau kanan aisle. Jadi, masa check-in, pastikan semua tempat duduk pada tiket terletak berhampiran antara satu sama lain ye! Semasa perjalanan pergi kami ke Turki, satu seat tercampak 5 row ke belakang sebelum kami memberitahu pramugari agar meletakkan kami sekeluarga di tempat yang sama. Mujurlah kami check-in awal, jadi masih adalah pilihan untuk duduk berdekatan antara satu sama lain.
Tips dan Pengalaman Kami Dengan Stroller/Carrier
Kenal pasti tabiat anak anda sebelum memutuskan nak bawa stroller atau carrier! Semasa kami ke Turki kami decide untuk bawa satu stroller, satu carrier. Satu untuk si abang, satu untuk si adik. Sebab carrier ni walaupun sangat environment friendly, tapi kalau jalan lama2 lenguh juga. So, bila bawa kedua-duanya, kami bolehlah bergilir. Sorang bawak carrier, sorang tolak stroller. Stroller kalau boleh bawa yang paling ringan dan kecil, yang senang lipat..kalau boleh muat masuk dalam cabin lagi bagus! Tapi, kenalah cek dekat website syarikat penerbangan yang anda naiki terlebih dahulu apakah saiz stroller yang boleh diletakkan di dalam cabin. Macam kami, kami bawa umbrella stroller yang memang comell aje saiznya yang dipinjamkan oleh seorang kawan yang baik hati. Tapi kalau tak boleh masukkan ke dalam cabin pun, anda masih boleh menggunakan stroller sehingga ke pintu kapal terbang, sebelum ianya disimpan oleh pekerja yang bertugas. Dan jangan lupa!! Letakkan tag nama anda di stroller anak anda supaya mudah untuk dikenal pasti apabila sampai ke destinasi nanti.
Anyway, based on pengalaman kami, travel with stroller lebih banyak menyusahkan daripada memudahkan. Irfan seorang yang sangat aktif dan sukar dikawal. Memandangkan stroller yang kami bawa sangatlaa comel, dia lebih suka menolaknya daripada menaikinya..which was very very dangerous!! Dia rasa dia besar sangat dah untuk tolak stroller itu sendiri, padahal kalau dari depan, orang ingat stroller tu berjalan sendiri sebab kepala dia pun tak setinggi stroller itu. Hahaha. Of course, time dia nak tolak, adiknya tak bolehlah nak duduk dalam tu. Huhuhu. So, kalau kitorang nak pergi ambil angin petang2 atau pergi makan atau supermarket di sekitar kawasan hotel, memang lebih selamat jika stroller itu tidak dibawa. Kalau tak, huru-hara jugak jadinya nak kawal dia yang menolak stroller. Mana nak tengok kereta untuk melintas jalan, naik turun divider/tangga, elak dari terlanggar orang kat depan, etc etc.. Tak ke susah gitu??
Sebab tu saya cakap tadi kena kenal pasti tabiat anak anda sama ada dia suka untuk duduk dalam stroller atau tidak. Jika tidak, memang akan membuatkan kita makin sukar nak berjalan. Huhuhuh. Tapiiiii, ada satu advantage yang tak boleh deny kalau ada stroller…which is..bila dia dah penat dan nak tidur, takdelah lenguh badan kita nak mendukungnya dan kita pun boleh sight seeing dengan selesanya :). Dan bila banyak sangat barang shopping, boleh tumpang letak kat dalam tu. Hihihi.
Anyway, next time kami travel ke luar negara (mungkin masa tu Amsyar dah besar sikit and outgrew his current carrier), mungkin kami akan pilih untuk membawa carrier untuk toddler pula. Haa..jangan ingat tak ada! Kalau tak nak beli, nak sewa pun boleh! Ibu2 dan bapa2 boleh check out group kat FB seperti Malaysian Babywearers FSOT and Rental or Babywearing Mamas untuk sewa atau beli preloved tapi berkualiti tinggi pada harga yang sangat2 berpatutan.
Tips dan Pengalaman Kami Berhadapan dengan Cuaca di Luar Negara
Turki merupakan sebuah negara yang luas yang terletak di benua Asia dan Eropah yang mengalami perubahan 4 musim sepanjang tahun. Kami agak bertuah kerana kami ke sana ketika sedang musim bunga. Tak sejuk sangat. Tak panas sangat. Nyama gitew! Bunga-bunga pun sedang mekar berkembang especially bunga rose yang banyak ditanam di sekeliling kawasan yang kami menginap dan juga pejabat. Believe me….they are really really beautiful you!! Tak payah datang dekat nak bau bunga..dari jauh lagi dah harum semerbak bau bunga mawar or jasmine. Marbeless!!
Tapiii..itulahhh..cuaca di sana tak begitu compatible dengan kulit khatulistiwa kami yang dah biasa dengan cuaca panas dan lembap ni. Kat sana kering! Lip balm is A MUST! Moisturizer is 1000x A MUST! Masa kat sana, tak kira yang si kecik ataupun yang si besar..kulit jadi kering dan bila dah kering mulalah rasa gatal2..bila gatal2 mulalah rasa nak garu2..bila garu2 mulalah start luka2..huhuhuhu. So, sangatlah penting untuk bawa moisturizer macam vasel*ne or herbal blend pun dah ok. Macam kami, herbal blend memang our best friendlah. Kemana-mana sahaja mesti bawak herbal blend tu. Lepas mandi sapu..nak keluar sapu..tengah jalan2 and terasa dah kering sapu lagi. Boleh melembap dan paling best ianya tak melekit. Boleh dipakai tak kira usia – bayi, kanak-kanak mahupun dewasa 🙂
Other than that, we were also not so lucky because it rained quite frequently when we were there. It was unusual for that time of season, but what else to do.. just put on our sweaters and brought the umbrellas whenever we went outside. So tip penting yang perlu ingat, bila nak keluar berjalan tu, seelok-eloknya ceklah dulu ramalan cuaca supaya kita lebih bersedia sebab biasanya ramalan cuaca diorang ni boleh tahan accurate dan boleh dipercayailah juga..
Tips dan Pengalaman Kami Berhadapan Dengan Karenah Anak Semasa Travel
Kanak-kanak akan cepat bosan dan mula meragam jika mereka terpaksa menunggu lama atau keletihan. Tunggu check in, tunggu boarding, tunggu flight delay, tunggu beg, tunggu makanan sampai,etc. Lumrah anak-anak generasi sekarang. Nak cepat dan serta-merta. Susah nak bersabar. Jadi, kita sebagai ibu bapa inilah yang kena banyak sabar dan fikirkan sesuatu untuk mereka.
Jadi, jika anda terpaksa menunggu..(tak kiralah menunggu untuk apa pun)..carilah kawasan yang luas bagi membolehkan anak anda mempunyai ruang untuk bermain atau berjalan, bagi mengelakkan mereka merasa bosan.
Jangan lupa bawa mainan mereka…tak perlu banyak..cukup 3 4 jenis..tapi jangan keluarkan semua serentak. Keluarkan satu2. So nanti bila dah bosan main satu toy, boleh tukar mainan yang lain pula.
Tapi sekarang, kebanyakan anak mungkin lebih suka bermain ipad/tab. Pun boleh juga.
Jika anak anda minat melukis/menconteng lagi mudah. Hanya sediakan kertas dan pensil/pen bagi mereka meluahkan hasil karya seni mereka :D. Ruang pun lebih jimat!
Tips dan Pengalaman Kami Berhadapan Dengan Selera Makan Anak
‘Travel’ selama dua minggu ke negara orang can be very tiring. Belum lagi nak kira dengan makanan yang mungkin tidak sesuai dengan tekak kita. Masa kat Turki, boleh dikatakan hari2 makan daging, makan roti, makan kebab. Di hotel, hari2 menu breakfastnya adalah menu yang sama – roti, cheese, cereal, salad, telur, susu, jeruk, teh, jus. Hari2. Sama. Without fail. Sedangkan kita yang dewasa ni pun boleh cemuih, apatah lagi anak-anak.
So, what we did was we brought a small rice cooker from Malaysia. Termasuklah juga sedikit beras, Brahim’s, serunding, megi dan segala. (Haha..i seriesly felt like zaman student dolu2). Kalau kita memang jenis travel non stop, maybe bab masak memasak ni tak sesuai. Tapi, memandangkan kami ni dah kira tahap bermukim di situ, terpaksa jugalah bawa sikit2 makanan sekurang-kurangnya untuk buat bubur bayi nanti.
Oh satu perkara penting lagi, most hotels in Europe (setakat pengalaman saya travel masa zaman student dan ke Turki baru2 ni), memang tidak menyediakan kettle. So, kalau anak anda minum susu formula atau anda sendiri mahu bancuh air panas, sama ada anda perlu bawa kettle sendiri atau telefon room service untuk menghantarnya.
Semasa di sana, Irfan sangat kurang selera makan. Tak kena dengan tekaknya agaknya. Hanya minum susu berbotol2. Dan yang lebih dikesali, dalam banyak2 perkara yang saya bawa, saya terlupa untuk membawa sedikit bekalan meal shakes ke sana untuk menampung keperluan nutrisinya di kala situasi seperti ini berlaku. So, this is a note to myself to not forget in the future 😀
Berlainan pula dengan si Amsyar, yang asyik nak makannnn aje. Sampai sembelit pula jadiknya. Huhuhuhu. Nasib baiklah supermarket dekat. Masa tulah nak makan dan rasa cherry, strawberry, peach, nectarine, prune dan segala buah-buahan eksotik di Eropah pada musim itu dengan harga yang sangat murahh!!
So, itulah serba sedikit tips yang boleh saya berikan berdasarkan pengalaman saya travel ke luar negara bersama dua anak kecil baru-baru ini. Penat memang penat! Pergi kerja tiap2 hari macam biasa dari pukul 7.30am smpai 6.30pm baru balik hotel. Bila ada masa free sikit, bawa diorang jalan2 sekitar kawasan. Sempatlah ke Istanbul selama 2 hari 1 malam dan melawat kota kegemilangan Islam suatu ketika dahulu walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan. Kami menaiki bas malam selama 5 jam dari Ankara untuk sampai ke Istanbul di waktu siang. Dan terus berjalan dan berjalan dan berjalan, melintasi Bosphorus Straits untuk melawat Aya Sofia, Topkapi Palace, Sultanahmet Mosque (Masjid Biru), Grand Bazaar dan Dolmahbahce Palace. Mereka sangat penat, sampai tertidur2 semasa dalam lawatan. Mama dan ayah nak jalan, tapi anak-anak mesti ada sekali. So, solutionnya…dukunglah anak-anak ke mana sahaja, yang penting mereka sentiasa di depan mata kami. 🙂
Best best…cantik view…bunga ros tu, apsal x bwk blk? Hehe…
Itulahh..memang geramm je rasa nak bawak balik..tapi dah tak cukup tangan dahhh..haha
Long hours dlm flight tu mmg xleh imagine la cmne, dgn budak2 lg…mel duk 2jam stgh pun dah rasa ckup lama dah…huhuhu
Yeah bila Kita ke negara luar tak dinafikan kulit Kita yg paling terkesan. Memang wajib bawa losyen.
Btw bestnya dpt jln2 tgk negara orang. Tgk gbr Pon dh rasa syiok.
yupp..mostly kulit orang mesia yang dah biasa cuaca panas dan lembab ni memang akan jadi kering bila sampai kawasan yang sejuk kering..huhuh
tq berkongsi tips travel yg sgt membantu…
babywearing rocks…
part bw periuk nasi dgn lauk dr malaysia tu yg best…puas hati lg dgn mknn malaysia kan walaupun mknn dlm tin je pun 😉
Haah sue..memang best babywearing! Tapi banyak lagi kena berguru nih.. arituh pun rasanya guna carrier yang tak berapa baby friendly..nak kena explore lagi what’s the best for them 🙂
waaa, tips long hours travel yg sgt2 membantu..terutama bab handle anak2 & stroller..yg berjalan takat gi tesco pon terasa bercinta nk bwk stroller..ni kan pula jalan jauh..huhu..adik mmg akan digendong je guna sling..abang agak xketahuan kalu xmasuk stroller..so mmg nak kena bwk gak..maybe kena beli 1 lagi yg very lite n easy to fold kalu nk jalan jauh especially guna flight..
Haah..kitorang pun mmg 50-50 sama ada nak bwk stroller atau tak aritu..tapi bila ada colleague offer pinjam stroller dia yang kecik dan ringan.. kitorang bawa jugaklah..ada jgak gunanya..tapi jenuh nak kawal bila masa dia nak bawa sendiri tu jelaa yang tak larat..huhuhu
bestnya berjalan tempat org..Tq for the tips sharing handling anak2 ni..kdg nak berjalan ni nk pk bnyknya nak bawak brg..ke instanbul tu antara tmpt dlm list jgk..best2..
mmg best su! Pgi jangan tak pegi… tepek gamba istanbul dalam vision board sekali..hehehe
aduhh penatnyaaa baca… panjang betul! but very informative.. seriously travel with kids mmg sgt2 berbeza kan.. tp semestinya lebih seronok sebab dengan kerenah diorang tu laaa menyebabkan kita ingat trip yg kita pegi tu.. definitely will refer to you if by any chance am going to travel jauh 🙂
Seronokkkk..dan penat!!! hahahaha..
bestnye g turki! dulu travel jauh masa anak sorg ok lg..ni dah anak 2 mr hubby kata kang penat nak handle budak2 je tapi xleh nak enjoy.. kena tunggu besar sket katanya.
oh, bole try Pognae kalo2 mencari carrier.. hihi..sgt2 best.
Oh..pognae ye ilah? Ok, nanti bole survey2..tq!
salam,
boleh tau pergi bape lama? kami bercadang nk pergi sekeluarga pada bulan 4 ni… and utk 2 minggu..