Nak order? Hubungi 012-3579599

4 Kelebihan Cinch Energy Tea Mix Yang Buat Saya Jatuh Cinta Walaupun Saya Bukan Penggemar Teh

Terus terang saya katakan yang saya asalnya bukanlah seorang penggemar teh. Saya memang tak berapa suka minum teh. Boleh minum tapi bukan favourite. I prefer coffee to tea. Zaman belajar dulu memang hari-hari minum kopi. Takpun hot chocolate. Teh? Langsung takde dalam my kitchen cabinet. Nak bancuh pun fail! Haha. Kemudian, saya berkahwin. Dan apabila saya mula mengandungkan anak yang pertama, saya mula tinggalkan caffein – kopi dan teh – dua-dua saya tak minum. Dan saya terus tinggalkannya sebab breastfeed pula. Bersambung-sambung. Lepas bf anak pertama, mengandung anak kedua. Sekarang ni, bf anak kedua pula. Tapi, bukanlah tak minum langsung, cuma elakkan. Kalau orang dah hidang, saya minum juga sikit. Dan masa mengandung anak kedua dulu, saya ada juga minum raspberry leaf tea atas khasiat yang diberikan kepada ibu yang hendak bersalin. Tapi secara general, saya tak kisah langsung tak minum teh, tapi saya agak rindu kepada minum kopi, especially kepada bau kopi panas yang harummm itu. So, kadang-kadang saya ngelat dan minum juga seteguk dua kopi. 😀

Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Sampailah saya bertemu dengan teh keluaran Shaklee i.e Cinch Energy Tea Mix… dan akhirnya jatuh cinta dengannya. Walaupun Cinch Tea nih dah lama ada, tapi saya tak terus mencuba atas sebab-sebab di atas (not favourite, caffeinated, pregnant, breastfeed…). Plus, suatu ketika dahulu, saya ada mind set yang teh nih sesuai untuk orang yang NAK kurus saja (which is SALAH!) sebab ia dikategorikan bersama-sama dengan produk Healthy Weight Shaklee yang lain. Tapi, lepas consult dengan mentor saya, ternyata pengetahuan saya tentang minuman ini pada masa itu sangat cetek.

Pada mulanya, saya beli Cinch Energy Tea Mix ini untuk suami saya yang selalu keletihan dan tak cukup tidur akibat tuntutan kerja yang tak tentu masa. Almaklumlah…orang lelaki ni kalau bagi vitamin yang berbentuk tablet macam b-complex, vitalea smer tu untuk menambah tenaga, dia selalu liat nak amik.  Sebab tak berapa rajin nak minum air. So, disebabkan itulah Cinch Tea ni mula bertapak di rumah saya. Bila dah ada kat rumah, takkan saya nak pandang-pandang je kan? Mestilah gatallll je tangan dan lidah nak bancuh dan rasa sendiri. Dan sekali bila dah rasa….haaaaa…hamik ko…terus rasa nak lagi dan lagi dan lagi! 😀

Jujur saya katakan, it’s not about the taste. Rasa Cinch Energy Tea Mix ni biasa je. Tawar. Kelat sikit pun ada juga. Maklumlah campuran teh hijau, teh merah dan teh putih. Bukannya seperti teh strawberry, teh raspberry, teh epal atau teh2 berperisa yang lain. Dan kalau kita nak maximise kan hasil khasiatnya, seeloknya ia diminum tanpa gula. Tapi, kalau nak lebih sedap… saya memang suka add on dengan madu asli. Yang tu memang perghhhh…terbaek!!! Itu saya. Ada orang suka letak dengan lemon, ada yang suka letak dengan alfalfa.. malah yang letak dengan peppermint ginger pun ada! Hot or cold..dua2 memang marvellous!!

If it’s not about the taste, why am i so head over heels with this Cinch Energy Tea Mix?

Kalau bukan kerana rasa, kenapa saya sangat sukakan Cinch Energy Tea Mix?

Tak lain tak bukan mestilah sebab kesannya kepada saya.

1. Cinch Tea sebagai pemberi tenaga

First time saya try teh ni adalah masa on the way balik dari penang ke kl. Masa tu tengah perayaan Tahun Baru Cina kalau tak silap. Macam biasalah bila time cuti perayaan, lebuhraya utara-selatan memang tak pernah tak sesak. Perjalanan yang biasa mengambil masa 4-5 jam, boleh jadi sampai 9-10 jam. Letih..memang sangat letih. Walaupun saya tak memandu, takkan saya nak tidur sepanjang jalan dan biarkan suami layan jem sorang-sorang kan? So, ketika berhenti di sebuah R&R, saya pun bancuh teh ni dan hasilnya…saya terus hilang mengantuk dan walaupun saya sampai rumah waktu malam selepas perjalanan hampir 10 jam, saya tetap terus bertenaga untuk mengemas barang dan menguruskan urusan rumah tangga yang lain. Dan sejak dari itu, Cinch Tea menjadi bekalan wajib kami suami isteri kalau ingin travel jauh.

Cinch Tea sebagai pemberi tenaga

Sama juga kesannya terhadap abang saya yang telah mencuba teh ini baru-baru ini. Dalam kes abang saya. pada hari raya ketiga aidilfitri yang lalu, dalam masa 24 jam abang saya terpaksa berulang kelantan-kuantan-kelantan atas tuntutan kerja. Pada mulanya, di hari raya pertama, kami beraya bersama-sama dari Temerloh ke Teluk Intan. Kemudian, pada hari raya kedua, abang saya sekeluarga bertolak dari Teluk Intan ke Bukit Bunga untuk beraya di kampung halaman isterinya. Dan pada keesokan harinya (raya ketiga) seawal pukul 4 pagi lagi dia sudah bertolak ke kuantan untuk bekerja sebelum kemudiannya pada malam yang sama pulang semula ke kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya di sana. Secara normalnya, kita pasti akan letih dengan jadual perjalanan yang sedemikian kan? Mujurlah saya bekalkan dia dengan Cinch Energy Tea Mix sebelum kami berpisah dan dia sangat-sangat berterima kasih dan sangat suka dengan kesan yang dialami selepas meminum teh itu. Bak kata abang saya, ” Steadyyyyyy je drive balik semula kelantan malam tu..tak mengantuk pun…”. Alhamdulillah… 🙂

2. Cinch Tea sebagai penggalak fokus

Apabila kita bertenaga, tidak mengantuk, maka kita pun akan berkerja dengan lebih fokus. Setuju?

Semenjak saya ber-Shaklee dengan serius, saya memang terpaksa mengorbankan banyak masa tidur. Yelah, di siang hari, saya bekerja sebagai seorang profesional yang tak kurang hebat beban kerjanya. Balik rumah nak menguruskan suami dan anak-anak pula. Jadi, di waktu anak-anak sudah tidurlah saya meluangkan masa untuk fokus kepada bisnes Shaklee. Untuk study product, jawab pertanyaan/follow up customer, update sharing, coaching downlines dan apa-apa sajalah yang patut untuk memajukan bisnes ini. So, secara puratanya, mungkin saya hanya tidur 3-4-5 jam sahaja sehari. Dan pagi esoknya, ke pejabat semula memegang title dan tanggungjawab yang hakiki di sana. Tipulah kalau kata tak penat langsungkan… tapi saya enjoy buat apa yang saya suka. Dan Alhamdulillah… saya mempunyai Cinch Tea sebagai peneman setia saya untuk membantu saya sentiasa kekal fokus melakukan kerja di pejabat dan juga di rumah.

Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Begitu juga dengan rakan-rakan sepejabat yang pernah mencuba teh ini. Kata mereka, “Bestlah Cinch Tea nih… dengar khutbah jumaat tak mengantuk pun.” Hihihi. Mesti diorang selalu tersengguk-sengguk dengar khutbah sebelum ni kan? Alhamdulillah…sekurang-kurangnya Cinch Tea dapat membantu mereka fokus dalam ibadat. Hehe :p

Apa-apa pun, saya yakin walaupun kita cukup tidur, pasti ada masa yang kita tersengguk-sengguk juga di pejabat kan? Especially kalau kerja-kerja tu melibatkan pembacaan atau penghasilan dokumen dan manual yang berpuluh-puluh helai. Kalau diri ada rasa macam tu, memang elok sangatlah pastikan yang kita ada sepeket dua spare dalam laci pejabat. 😀

3. Cinch Tea sebagai pembakar lemak 3x ganda lebih cepat

Haaa…ini instructor aerobik saya yang cakap, “Minumlah teh hijau sebelum datang aerobik supaya pembakaran lemak berlaku tiga kali ganda lebih cepat.”  Dan salah satu campuran teh dalam Cinch Energy Tea Mix ini adalah teh hijau.

Dan memang betul katanya. Memang sungguh berbeza rasanya apabila beraerobik dengan dan tanpa Cinch Tea ni. Apabila saya minum Cinch Tea, badan akan berpeluh dengan lebih banyak dan cepat walaupun steps yang dilakukan adalah steps yang sama. Ini diakui oleh aerobik-mate saya sendiri. Katanya, “Peluh buat aerobik macam peluh main badminton lepas minum Cinch tea ni. Best!!!”

Cinch Energy Tea Mix - Teh untuk tingkatkan metabolisma badan

Me, my friends and my aerobic instructor semasa kelas aerobik semalam.

So, inilah salah satu cara Cinch Energy Tea Mix ‘berkerja’ dalam membantu orang yang ingin kurus. Ia membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma agar pembakaran makanan berlaku dengan lebih pantas dan seterusnya mengelakkan kita dari menyimpannya sebagai lapisan lemak di dalam badan. 🙂 A perfect combination with Cinch Shake to get a healthy weight.

4. Cinch Tea mengelakkan saya dari suka mengunyah

Satu lagi perkara yang saya sedar sejak saya mengamalkan Cinch tea ni adalah saya semakin kurang mengunyah. Kalau dulu selalu sambil buat kerja sambil mengunyah. Ada saja biskut, keropok, kacang, kurma, buah, gula-gula dan macam-macam lagilah di atas meja yang dicapai sambil bekerja atau menaip. Ia umpama satu cara untuk mengelakkan mengantuk juga.

Cinch Energy Tea Mix

Tapi, sejak dah ber-cinch tea ni, biskut munchy’s yang ada seakan tak habis-habis. Bukan saja makanan rapu, yang makanan berkhasiat pun dah kurang makan. Kurma ajwa yang dibeli pun dah selamat disedekahkan kepada colleague yang sedang mengandung. Kacang badam yang dibeli pun akhirnya masuk angin. Apakah? Tapi, in one way bagus jugakkan? Jimat duit dan selamat perut! Hihihihi 😀

Cinch Energy Tea Mix – Sekali dah cuba pasti nak lagi!

Alhamdulillah, setiap kali saya mengesyorkan Cinch tea ini kepada kawan-kawan, mereka semua sangat berpuas hati dengan manfaat yang terkandung di dalamnya. Bila sekali dah rasa, terus mereka jatuh cinta, Tak kurang juga yang selalu repeat order. 🙂

Jadi, jika anda juga ingin melalui pengalaman yang sama, jom order Cinch tea ini beramai-ramai. Hanya hubungi RahsiaVitaminIbu.com di talian 012-3579599 ataupun emelkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com.

Selamat Mencuba! 🙂


Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos, menyembuh dan merawat mana-mana pesakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2017
M T W T F S S
« Dec    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency