Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Manfaat B Kompleks

Anda perasan tak bahawa hampir dalam semua set yang saya cadangkan terdapat vitamin B kompleks? Apakah vitamin B kompleks? Mengapa ianya sangat penting bagi manusia dan sepopular vitamin C atau lebih popular berbanding vitamin-vitamin yang lain? Jom kita mengenal vitamin B kompleks ini dengan lebih dekat…
Selain daripada vitamin C, vitamin B kompleks merujuk kepada semua vitamin larut air yang lain. Ini termasuklah thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niacin (vitamin B3), asid pantothenic (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6), biotin, asid folik dan cobalamin (vitamin B12).
Setiap satu jenis vitamin B ini memiliki struktur yang unik dan mempunyai fungsi yang berbeza untuk keperluan tubuh kita. Misalnya, vitamin B1, B2, B3 dan biotin terlibat dalam pelbagai aspek untuk menghasilkan tenaga, vitamin B6 penting untuk metabolisma asid amino dan vitamin B12 dan asid folik pula berfungsi untuk memudahkan pembahagian sel.
Antara manfaat vitamin B kompleks kepada kita adalah:
  1. Penyembuhan Luka – Thiamin (vitamin B1), asid pantothenic (vitamin B5) dan vitamin B yang lain…semuanya memainkan peranan penting dalam menyembuhkan luka.
  2. Ulser mulut – Mereka yang sering mendapat ulser mulut kadang-kadang adalah disebabkan kekurangan vitamin B. Mengambil vitamin B1, B2 dan B6 dilaporkan dapat melegakan kesakitan ini.
  3. Keresahan – Terdapat kajian yang mengesyorkan bahawa dengan mengambil supplemen B kompleks, kita dapat mengurangkan rasa keresahan, stress dan keletihan.
  4. Meningkatkan prestasi ahli sukan – Vitamin B kompleks diperlukan untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Orang yang bersukan perlu mengambil dos yang lebih tinggi untuk sesetengah jenis vitamin B seperti vitamin B2, B5 dan B6 bagi memenuhi keperluan tubuh mereka.
  5. ADHD – Vitamin B kompleks juga digunakan untuk orang yang mengalami ADHD.
  6. Hives – Dalam satu kajian, rawatan menggunakan supplement asid hidroklorik dan vitamin B kompleks membantu merawat mereka yang mempunyai hives.
  7. Ketidakhadaman, sakit ulu hati, kekurangan asid perut, kekurangan vitamin B12 – Bagi mereka yang bermasalah untuk menyerap vitamin B12 yang disebabkan oleh kurangnya asid perut, mengambil supplemen B12 dapat mengatasi masalah tersebut.
  8. Osteoporosis – Dalam satu percubaan wanita yang menopause menggabungkan terapi penggantian hormon dengan vitamin B kompleks dan nutrisi lain, perubahan diet ini dikatakan dapat meningkatkan ketumpatan tulang sehingga 11%.
  9. PMS – Kajian telah mengaitkan kekurangan vitamin B kompleks dengan PMS, jadi ramai wanita yang mengambil manfaat B kompleks untuk melegakan simptom ini.
Jadi, melihat kepada manfaat yang dapat diberikan B kompleks kepada kita, tidak hairanlah jika vitamin B kompleks ini menjadi salah satu vitamin asas yang perlu kita ambil setiap hari. Anda dah ada? Hubungi saya di farafadzil@gmail.com untuk mendapatkannya ok 🙂
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

March 2025
M T W T F S S
« Jan    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company