Nak order? Hubungi 012-3579599

DTX Complex Shaklee: Supplemen Untuk Hati Yang Sihat

Hati adalah organ manusia yang boleh membina semula. Berbeza contohnya jika manusia yang mengalami kerosakan jantung, ia perlu dirawat, dibedah atau diganti untuk menyihatkannya semula, tetapi jika manusia mengalami kerosakan hati (akibat pengambilan alkohol misalnya), hati berkeupayaan untuk membaiki organnya sendiri.

dtx complex supplemen untuk hati yang sihat

 

Kenapa hati sangat penting kepada manusia?

Cuba lihat di bawah fungsi-fungsi hati kepada manusia:

  1. Merembeskan hempedu untuk penghadaman dan penyerapan vitamin larut lemak, membantu mengasimilasikan kalsium dan menukarkan beta karotena kepada vitamin A. Cecair hempedu ini disimpan di pundi hempedu.
  2. Bertindak sebagai detoksifikasi ammnia yang terhasil akibat metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus.
  3. Mengawal paras gula dalam darah. Hati mewujudkan GTF (Faktor Toleransi Glukosa) yang diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.
  4. Penting dalam metabolisme lemak kerana makanan yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Jika kesihatan hati tidak dijaga dengan baik, kita akan berisiko untuk mendapat penyakit atau kerosakan hati seperti berikut:

  1. Hepatitis – Sel hati menjadi radang.
  2. Kolestasis – Aliran air hempedu tersekat.
  3. Steatosis – Pengumpulan Kolesterol atau triglyceride.
  4. Aliran darah ke hati terganggu.
  5. Tisu hati rosak disebabkan oleh bahan kimia dan mineral atau sel abnormal.

Penyakit dan kerosakan hati ini boleh berpunca dari:

1. Alkohol
Alkohol adalah toksik (beracun) kepada sel hati dan boleh menyebabkan keradangan hati dan pengumpulan lemak dalam hati.

2. Cirrhosis
Cirrhosis merupakan penyakit hati tahap akhir yang menyebabkan parut kekal pada hati. Ini disebabkan sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang menyebabkan keradangan hati dan akhirnya hati gagal berfungsi.

3. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boleh menyebabkan kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati.

See? Sesiapapun boleh mengalami kerosakan dan penyakit hati ini..

Justeru, bagi membantu mengekalkan kesihatan hati, Shaklee juga menghasilkan satu supplemen yang digelar DTX Complex.

DTX Complex Shaklee

 

DTX Complex, supplemen untuk hati, vitamin untuk hati

DTX Complex

DTX Complex Shaklee adalah supplemen yang bertindak untuk membantu menghasilkan protein yang membantu dalam regenerasi sel hati dan mengekalkan pengaliran hempedu yang normal. Ia juga berfungsi untuk membantu mengeluarkan kompaun yang dinyahtoksin oleh hati dan menggalakkan fungsi hati yang sihat.

Perbezaan Shaklee 

DTX Complex ini diformulasikan dengan 6 bahan utama yang dipaten iaitu:

  • Biji benih Milk Thistle.
  • Biji Schizandra Chinensis.
  • Dandelion.
  • Ekstrak cendawan Reishi.
  • Kunyit
  • Ekstrak Artichoke

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama dalam DTX iaitu ekstrak biji benih milk thistle menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Biji benih Milk thistle ini menghasilkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik – ekstrak dari Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan antioksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Cuba periksa… adakah anda mempunyai mata atau kulit yang kuning? Sering mengalami keletihan yang melampau? Atau air kencing anda berwarna gelap?

Jika ya, anda mungkin sedang mengalami kegagalan fungsi hati dan segeralah bertemu dengan pakar kesihatan untuk membuat pemeriksaan.

Jadi, sebelum ianya berlaku, lebih baiklah kita mencegah kerosakan hati dengan mendetoksnya selalu dengan DTX Complex Shaklee ini. Harga DTX Complex Shaklee ini hanyalah RM155 untuk sebotol yang mengandungi 90 biji. Anda boleh memesannya secara online di sini ataupun hubungi RahsiaVitaminIbu.Com melalui sms/whatsapp 012-3579599 (Puan Fara Fadzil) dan email rahsiavitaminibu@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma!


*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnose, menyembuh atau merawat mana-mana penyakit. Sila dapatkan nasihat pakar kesihatan anda untuk sebarang permasalahan kesihatan yang sedang anda alami.

2 Comments
  1. selalu pandang remeh pasal hati ni kan…actually sgt penting jgk

  2. tak pernah try lg dtx ni..kena try jg nnt 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

July 2017
M T W T F S S
« Dec    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Wordpress Development Company