Nak order? Hubungi 012-3579599

Apakah 9 asid amino perlu?

Mungkin anda sudah berkali-kali menemui perkataan asid amino perlu di dalam blog ini atau melalui pembacaan anda yang lain. Tetapi, tahukah anda apakah ia dan fungsi-fungsinya? Ok, pertama sekali yang perlu anda tahu adalah apakah maksud asid amino? Asid amino ialah unit terkecil bagi protein yang terdiri daripada molekul organik asid karbosilik amina. Ini bermakna setiap unsur protein yang terdapat di dalam makanan seperti daging, ikan, susu dan sebagainya akan disintesis dan diproses didalam badan kita untuk menjadi bentuk yang terkecil yang dipanggil asid amino. Terdapat pelbagai jenis asid amino tetapi kita boleh klasifikasikan kepada dua kelas utama iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. ‘Tidak perlu’ bukan bermaksud badan kita tidak memerlukannya, tetapi oleh kerana asid amino ini boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam diet seharian.

Berbeza dengan asid amino perlu. Asid amino perlu merupakan sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh  menghasilkannya sendiri. Jadi, kita MESTI mengambil asid amino perlu ini daripada makanan seharian agar sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Terdapat 9 asid amino yang perlu kita ambil setiap hari. Mereka adalah – histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.

Apakah fungsi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini? Mengapa mereka sangat penting kepada manusia? Mari kita baca apakah fungsi setiap satunya….

1. Histidine 

Histidine berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.

2. Isoloeucine

Fungsi Isoleucine antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot. Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai – bersama-sama dengan leucine dan valine.

3. Leucine

Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah seumpama bahan api bagi badan manusia. Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon reproduksi (kesuburan).

4. Lysine

Asid amino lysine penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium. Selain itu, lysine juga bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan sukan. Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

5. Methionine

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahaya seperti karbon dan logam berat. Kita juga memerlukan methionine untuk mengelakkan kerosakan rambut, melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.

6. Phenylalanine

Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine. Hubungannya dengan sistem saraf utama menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang, mengurangkan sakit, membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan, kekejangan disebabkan PMS, migraine, obesiti, penyakit Parkinson dan schizophrenia.

7. Threonine

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan kesiembangan protein di dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

8. Tryptophan

Untuk menghasilkan vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi, tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood. Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak, menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

9. Valine

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi tisu otot.

Jadi, memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh kesembilan-sembilan asid amino perlu ini, kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. Apatah lagi asid-asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jika anda sukar untuk mendapatkannya, tidak perlu risau lagi. Hubungi farafadzil@gmail.com untuk mendapatkan sumber protein terbaik yang mengandungi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
2 Comments
  1. wow… nice info, bgs tuk pengetahuan sy y cetek ni…

  2. alhamdulillah..semoga mendapat manfaat.. 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

August 2017
M T W T F S S
« Dec    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Floating Social Media Icons by Acurax Wordpress Designers