Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

E-SELL: Beli SENDIRI Shaklee Secara Online!

This entry has been longgggg overdue..

Tapi, bak kata omputih, better late than never..

Kira-kira sebulan yang lalu, Shaklee telah melancarkan satu lagi kemudahan untuk pengguna-pengguna kesayangannya iaitu e-Sell.

Apakah e-Sell ni?

E-Sell ni sebenarnya adalah sejenis bentuk e-commerce iaitu perkhidmatan jual beli secara online. Jadi, bermula dari sejak bulan Julai yang lalu, Shaklee telah membuat satu pembaharuan dalam sistem online mereka yang mana bukan sahaja para pengedar sah Shaklee sahaja yang boleh memesan barang secara online, malah sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan produk Shaklee boleh melakukannya dengan mengikuti 5 langkah mudah seperti yang diterangkan di bawah ini.

5 Langkah Untuk Menggunakan e-Sell

  1. Jika anda ingin membeli produk Shaklee bersama RahsiaVitaminIbu.com, sila klik ikon di bawah:
    Order produk Shaklee

    Pesan Secara Online Produk Shaklee Anda Di Sini

    Dan kemudian anda akan di bawa ke laman Shaklee berikut:

    esell shaklee, order online shaklee bersama rahsia vitamin ibu

    Online Ordering Agreement

    Anda mempunyai pilihan untuk menukar bahasa (Bahasa Malaysia, English, Simplified Chinese) di sebelah kanan bahagian atas laman ini. Sila pilih ‘Agree’ atau ‘Setuju’ dan tekan ‘Next’ atau ‘Seterusnya’ untuk memesan produk Shaklee anda.

  2. Link e-Sell yang saya bina di atas adalah sebagai CONTOH untuk pembelian semua produk Shaklee. Jadi, anda boleh melihat semua senarai produk Shaklee yang boleh didapati di Malaysia melalui e-Sell ini. Memandangkan e-Sell ini dibina untuk semua produk Shaklee, maka semua produk telah dipilih (tick) untuk pesanan dengan kuantiti = 1 untuk setiap item yang stoknya masih ada. TETAPI, ini tidak bermaksud anda tidak boleh memilih produk yang anda perlukan sahaja! Jangan risauuuu…jika anda hanya mahu membeli 1-2 jenis produk sahaja, anda hanya perlu kemaskini semula pesanan hanya dengan ‘untick’ semula mana-mana produk yang tidak berkenaan. Dan jika anda mahu memesan lebih dari satu untuk produk yang anda perlukan, jangan lupa untuk kemaskini bilangan kuantiti di ruang yang telah disediakan ye! Sebagai contoh, di sini saya ingin memesan secara online produk-produk  berikut: Vitamin C SR x 1, Vita E Complex x 1, ESP x 1 dan Omega Guard x 1. Setelah memilih produk yang ingin dipesan, tekan ‘Checkout’ di bahagian bawah untuk ke laman seterusnya.
    esell shaklee, order online shaklee dengan rahsia vitamin ibu

    Pilih produk Shaklee yang anda ingin beli dengan mengemaskinikan maklumat di laman ini

  3. Setelah memilih produk, anda akan diminta untuk mengisikan maklumat penghantaran anda di laman berikut:
    esell shaklee. order online shaklee bersama rahsia vitamin ibu

    Isikan maklumat anda dan alamat penghantaran di sini

    Dan klik ‘continue’ untuk langkah seterusnya.

  4. Setelah mengisi maklumat penghantaran, anda akan diminta untuk mengesahkan semula pesanan dan alamat penghantaran yang telah anda lakukan di laman ini:
    esell shaklee. order online shaklee bersama rahsia vitamin ibu

    Pastikan anda telah memilih dan memesan produk yang anda perlukan dengan betul

    Dan sekiranya semuanya OK, klik ‘Proceed for Payment’ untuk membuat pembayaran. Untuk setiap pembelian produk Shaklee, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk kos penghantaran.

  5. Untuk pembelian melalui e-Sell, anda boleh membuat pembayaran menggunakan Kad Debit ataupun Kredit. Isikan maklumat pembayaran anda di laman ini:
    esell shaklee, order online shaklee bersama Rahsia Vitamin Ibu

    Buat pembayaran pesanan anda menggunakan debit ataupun credit card

    Dan klik ‘Confirm Payment’ untuk menamatkan urusan pembelian produk Shaklee anda secara online!

Dah abessss…..Sangat mudahkan?

esell shaklee, order shaklee online bersama rahsia vitamin ibu

Purchase Order ready to be printed!

Oh, sebelum terlupa…, anda juga digalakkan untuk print order atau save purchase order di bawah ini untuk memudahkan tracking di mana order anda sedang berada 🙂

Faedah Menggunakan e-Sell

Di zaman yang segalanya di hujung jari, e-Sell adalah satu langkah mudah bagi pengguna-pengguna Shaklee di seluruh Malaysia untuk mendapatkan barang mereka dengan kadar yang segera tanpa perlu keluar mendapatkannya di branch-branch Shaklee. Al-maklumlah branch Shaklee ini tidak terdapat di seluruh negara. Dan ada sesetengah pihak memang lebih suka berurusan secara direct dengan Shaklee tanpa melalui orang tengah (pengedar). Kalau dulu hanya orang yang tinggal berdekatan dengan Shaklee branch sahaja yang boleh walk in dan beli sendiri, kini sesiapa sahaja boleh berurusan dengan Shaklee secara langsung. Jadi, dengan adanya e-Sell ini, orang ramai hanya perlu order secara online dan pihak Shaklee sendiri akan menguruskan penghantaran sehingga ke pintu rumah anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak arif untuk memilih vitamin atau produk Shaklee yang terbaik untuk keperluan anda, saya sangat-sangat mengalu-alukan sebarang pertanyaan melalui sms/call/whatsapp 012-3579599 ataupun emailkan kepada rahsiavitaminibu@gmail.com.

Begitu juga sekiranya anda mendapati terdapat produk yang ‘out of stock’ di e-Sell, sila hubungi saya di 012-3579599 atau rahsiavitaminibu@gmail.com. Mana tahu, saya mungkin boleh membantu anda!

Harga yang dipaparkan di e-Sell ini adalah harga runcit untuk mereka yang tidak menjadi ahli Shaklee. Sekiranya anda mahu mendapatkan penjimatan yang berganda, sila hubungi saya di 012-3579599 ataupun rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nikmati pelbagai keistimewaan yang Shaklee tawarkan.

4 Comments
  1. senang nye guna esell ni. utk pengguna yg nak vitamin spi cepat memang digalakkan guna esell ni.

  2. Shaklee memang terbaik!! segalanya dihujung jari 😉

  3. esell mmg sgt memudahkan urusan jual beli…jgn lupa klik btn esell di blog ni ye 🙂

  4. kalau malu nak contact seller, mmg sesuai la guna esell ni…online order sendiri

Leave a Reply to sharmien Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Media Icons Powered by Acurax Web Design Company