Keperluan untuk kesihatan wanita amat unik. Ada fasa-fasa dalam kehidupan seorang wanita yang memerlukan penjagaan yang lebih rapi – contohnya ketika anda meningkat matang dan berubah seperti memasuki alam akil baligh ataupun menopause, dan ada juga fasa-fasa di mana wanita memerlukan penjagaan kesihatan yang istimewa seperti sewaktu datang bulan dan juga mengandung. Walau di mana pun anda berada, kehidupan yang sihat yang merangkumi nutrisi yang lengkap dan sihat serta senaman merupakan langkah utama bagi mencapai kesihatan yang optimum dan berpanjangan di kalangan wanita.
Berikut adalah saranan pemakanan tambahan atau supplemen yang boleh diambil bagi mengekalkan kesihatan wanita yang optimum.
Khasiat yang diperlukan oleh wanita
Khasiat polifenol– Baru-baru ini, polifenoldijolok dengan gelaran ‘lifespan essentials’ (ramuan utama untuk umur yang panjang), kerana ia bekerja keras dalam badan kita untuk mencegah mekanisma sesetengah penyakit daripada berlaku1. Walaupun tindakbalas spesifiknya yang menyokong kesihatan masih di dalam kajian, tetapi polifenol sangat dikenali dengan keupayaannya yang boleh mengurangkan risiko penyakit kardovaskular, kanser, diabetes dan penyakit-penyakit yang melibatkan saraf2.
Kalsium, Vitamin D dan mineral – Kalsium yang diperkayakan dengan vitamin D, zinc, copper, manganese dan boron adalah amat penting untuk pembentukan tulang yang baru dan mengekalkan kekuatan tulang. Berdasarkan British Medical Journal, kekurangan kalsium akan menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat osteoporosis. Dan terutamanya, sewaktu mengandung dan menyusukan anak, badan anda memerlukan kalsium yang lebih kerana kedua-duanya – anda dan bayi anda – memerlukannya3. Supplemen yang dilengkapkan dengan mineral-mineral ini juga memperbaiki perubahan mood dan simtom-simtom lain yang berkaitan dengan PMS dan menopause.
Asid Gamma-Linolenic (GLA) – Gamma-Linolenic Acid atau GLA adalah asid lemak penting yang terdapat terutamanya di dalam minyak sayuran seperti minyak borage dan minyak bunga matahari. Sudah menjadi tradisi, GLA digunakan oleh wanita sejak zaman berzaman untuk mengekalkan kesihatan mereka sepanjang kitaran haid. GLA bertindak sebagai kunci kepada penghasilan prostaglandin PGE1 yang melindungi dan menenangkan, yang bertanggungjawab untuk menyeimbangkan hormon, mengurangkan senggugut, melegakan bengkak payudara dan menyokong kesihatan semasa menopause.
Asid Lemak Omega-3– Pengambilan asid lemak omega-3 ketika mengandung dan menyusukan anak boleh membantu dalam perkembangan otak bayi anda. Terdapat juga bukti yang menyatakan pengambilan asid lemak Omega 3 dapat membantu mencegah preeclampsia, meroyan, masalah menopause, osteoporosis selepas menopause dan kanser payudara. Selain itu, asid lemak Omega-3 juga dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung4.
Protein Soya – Protein soya adalah asas pembinaan tubuh dan kita memerlukan asid amino untuk mengekalkan dan membaiki sel, tisu dan otot. Soya telah terbukti dapat memperbaiki simtom-simtom yang berkaitan dengan menopause, mencegah penyakit akibat kekurangan hormon estrogen seperti penyakit jantung5, stroke dan osteoporosis, dan mencegah kanser payudara di kalangan wanita6. Ibu yang mengandung juga memerlukan sumber protein yang lebih berbanding wanita normal bagi menyokong keperluan badan mereka dan juga perkembangan janin yang sedang membesar.
6. Wu AH, Yu MC, Tseng CC, Pike MC. Epidemology of soy exposures and breast cancer risk. Br J Cancer 2008; 98:9-14
Apakah yang Shaklee tawarkan untuk menjaga kesihatan wanita di sepanjang usia?
Campuran botani yang unik – Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, European Elderberry dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol yang membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
Set kesihatan wanita – GLA Complex, Ostematrix, OmegaGuard
Pakej kombinasi yang mengandungi asid gamma-linoleic (GLA), asid lemak Omega-3 dan kalsium serta mineral lain untuk mengekalkan kesihatan jantung, tulang dan kesihatan am.
Energizing Soy Protein ESP – Sumber protein berasaskan tumbuhan semulajadi dan lengkap yang rendah lemak, tanpa kolestrol dan lengkap dengan 9 asid amino perlu. Terbukti secara klinikal dapat membekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Latest Comments