Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Vitamin dan Supplemen Semasa Mengandung Bantu Bakal Ibu Untuk Kekal Sihat

Semasa mengandung, tidak lain tidak bukan, diet yang seimbang adalah cara yang terbaik bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi, ibu yang mengandung dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan supaya sentiasa kekal cergas dan sihat sepanjang kehamilan.

set hamil shaklee, vitamin semasa mengandung

 Sumber

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi zat yang tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ibu yang sedang mengandung juga perlu mendapatkan kuantiti zat yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan. Justeru itu, pengambilan supplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah Nutrisi Yang Ibu Hamil Perlukan?

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural atau spina bifida ini berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

spina bifida, set hamil shaklee, vitamin semasa mengandung

 (Sumber:  American Medical Association 2011)

Pengambilan asid folik amat digalakkan kepada wanita seawal dia merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Selain daripada mengambil vitamin semasa mengandung, bakal ibu juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat Besi

Ibu yang mengandung biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badannya mencukupi ataupun tidak. (Kalau pergi ke klinik kesihatan ibu dan anak tu, biasanya nurse atau JM akan tulis dengan pen merah kalau HB kita rendah. HB ini merujuk kepada hemoglobin dan dalam hemoglobin inilah terdapat zat besi). Jadi, kalau kandungan zat besi ibu hamil rendah, supplemen zat besi ataupun iron pills perlu diambil bagi menambah jumlah darah yang perlu untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Jika ibu yang hamil tidak mengambil supplemen ini dan dalam diet seharian juga mereka kurang mengambil makanan yang menjadi sumber zat besi, zat besi yang tersimpan di dalam badan akan digunakan dan akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

set hamil shaklee, vitamin semasa mengandung

Pengambilan zat besi juga penting bagi mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu kebiasaannya akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi nanti. Ia juga bagi membekalkan bayi yang bakal lahir dengan simpanan zat besi yang mencukupi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Kuantiti zat besi yang disyorkan untuk ibu hamil biasanya adalah tidak lebih daripada 30mg. Ini kerana pengambilan yang berlebihan boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit, loya ataupun cirit-birit. Jadi, pilihlah supplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang bagi mengelakkan masalah berkaitan. Atau jika tiada pilihan, ibu hamil boleh mengamalkan jus prun dan mengambil buah-buahan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium yang tinggi semasa mengandung bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Supplemen kalsium ini amat penting terutama bagi wanita yang tidak suka atau alah kepada susu atau memang kurang mengambil kalsium dalam diet seharian.Pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh kerana kesan kekurangannya yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Dan penting juga untuk memastikan supplemen omega-3 yang diambil benar-benar berasal dari minyak ikan dan bukan dari minyak HATI ikan (fish liver oil).

Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Set Hamil Shaklee

set hamil shaklee, vitamin ibu mengandung

Secara kesimpulannya, terdapat 5 jenis zat utama yang para ibu perlu lebih titik beratkan semasa mengandung. Kelima-lima zat ini boleh diperolehi melalui pemakanan seharian dan juga dengan mengamalkan vitamin dan supplemen seperti yang terdapat di dalam Set Hamil Shaklee. Set Hamil Shaklee ini terdiri daripada:

B-Complex

  • Lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk folate (asid folik) yang sangat diperlukan bagi mencegah kecacatan pada saraf tunjang (spina bifida).
  • Membekalkan sebanyak 200mcg folate dalam setiap kapsul.
  • Membantu melancarkan peredaran darah dan menjana tenaga bagi ibu yang sedang mengandung.
  • Merupakan vitamin anti stress dan membantu ibu untuk menikmati saat kehamilan dengan lebih tenang.

Vita-Lea Iron Formula

  • Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuklah zat besi (iron) sebanyak 9mg yang sangat diperlukan oleh ibu semasa mengandung.
  • Turut mengandungi Folate (asid folik) sebanyak 200mcg bagi melengkapkan keperluan asid folik ibu semasa mengandung.
  • Teknologi salutan micro yang terdapat pada vita-lea membolehkan vita-lea terurai dengan cepat dan mudah diserap oleh badan untuk kesan yang optimum.
  • Membantu mengelakkan kelesuan, pening dan mudah pitam bagi ibu-ibu yang kekurangan darah atau kandungan hemoglobin rendah.

Sustained-Release Vita-C Plus

  • Vitamin C amat diperlukan bagi membantu penyerapan zat besi dan nutrisi yang lain dengan lebih baik.
  • Merupakan antioksidan yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan ibu yang mengandung dan mengelakkan dari mudah terkena serangan penyakit.
  • Vitamin C juga amat baik untuk kesihatan kulit dan mencegah daripada mendapat gusi berdarah semasa mengandung.
  • Vitamin C juga penting bagi memastikan kandungan air ketuban yang melindungi bayi dalam kandungan sentiasa mencukupi.

OsteMatrix

  • Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium malah turut diperkaya dengan magnesium dan juga Vitamin D yang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk kesihatan tulang dan gigi diri dan juga bayi.
  • Setiap kapsul Ostematrix mengandungi 200mg kalsium yang bersamaan dengan segelas susu.
  • Kehadiran Vitamin D di dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dan lantas membantu mengelakkan ibu yang sedang mengandung daripada mudah terkena cramp atau kekejangan otot kaki dan bengkak kaki.
  • Magnesium pula membantu ibu hamil dalam melembutkan najis dan mengelakkan diri dari terkena sembelit semasa mengandung.

Omega Guard

  • Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak perlu Omega-3 yang dihasilkan daripada ikan-ikan laut dalam di perairan Jepun.
  • Omega Guard juga melalui proses penyulingan 3 peringkat yang menjadikannya sebagai asid lemak omega-3 yang tulen dan bebas dari pencemaran bahan kimia dan merkuri.
  • Mengandungi DHA dan EPA yang penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Omega Guard Shaklee juga membantu dalam mengawal tekanan darah ibu semasa mengandung dan membantu dalam mengawal kolestrol.

Alhamdulillah..kesan positif kepada ibu hamil yang mengamalkan set ini memang tak dapat dinafikan. Ia bukan sahaja membantu para ibu untuk kekal sihat, malah cergas sehingga boleh memanjat Candi Borobudur lagi! Tak percaya, lihat video ini…

Saya sendiri menggunakan sepenuhnya set hamil ini semasa mengandung anak yang kedua. Alhamdulillah.. ianya adalah satu pengalaman yang cukup berbeza dan sangat positif berbanding ketika saya mengandung anak yang pertama dahulu. Pada kehamilan yang kedua, saya lebih tenang, lebih cergas, hb lebih stabil, kaki tak bengkak/kejang dan alhamdulillah masih mampu ke ofis walaupun EDD saya sudah melebihi 5 hari.

Berminat untuk mendapat kesan yang sama? Jangan segan untuk hubungi saya di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com ye!

Jom ramai-ramai jadi ibu hamil yang sentiasa sihat dan gembira! 🙂

Untuk pesanan segera vitamin semasa mengandung secara online, anda boleh klik sini.


 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2024
M T W T F S S
« Jan    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Media Widget Powered by Acurax Web Development Company