Musim kahwin dah tiba. Setiap kali nak sampai ke penghujung tahun mesti berderet-deret dapat jemputan ke majlis perkahwinan. Bila sampai musim ni, ramailah yang bertanyakan tentang set kecantikan Shaklee. Al maklumlah, mesti nak tampil cantik jelita bila jadi raja sehari nanti kan? Bukan yang si pengantin saja yang nak kelihatan seperti permaisuri, yang mengapit pun naik pelamin juga. So, mesti nak cun melecun masa tuh, betul tak? Hatta yang datang ke kenduri tu pun, terutamanya yang masih single-mingle, mesti nak cantik menawan masa tu. Manalah tahu, dari mata turun ke hati, bertemu jodoh semasa menghadiri kenduri!(Aminnn…) 🙂
- Bertindak sebagai ANTI PENUAAN yang mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis halus.
- Mengatasi masalah kulit kering kerana ia MENGHIDRATKAN.
- MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT yang kendur kepada kulit yang lembut, anjal dan tegang.
- MELICINKAN tekstur kulit yang kasar.
- MENYUBURKAN rambut dan kuku dengan sihat.
- MENCERAH sambil mengurangkan pigmentasi, jerawat dan tona kulit yang tidak sekata.
- MENEGANG – membantu menegang dan menganjalkan payudara.
- Vitamin B Complex – penting untuk membaiki RNA dan sintesis DNA dan penghasilan sel-sel baru. Oleh kerana kulit, rambut dan kuku kita sentiasa tumbuh dan menghasilkan sel-sel baru, kita memerlukan vitamin-vitamin berikut untuk memastikan kesihatan struktur mereka – Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B9, Vitamin B12, Biotin dan Choline. Kekurangan vitamin B Complex ini boleh menyebabkan kekeringan, kegelapan kulit, dermatitis, kedutan, jeragat, ruam, keguguran rambut dan kuku yang pecah dan lemah.
- Vitamin C – merupakan antioksidan yang membantu dalam pertumbuhan dan pembaikian tisu-tisu. Dalam salah satu kajian yang disiarkan di American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa pengambilan Vitamin C menyebabkan kebarangkalian untuk mendapat kulit berkedut dan kering menjadi rendah dan memberikan penampilan yang lebih baik walaupun sudah berusia. Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa vitamin C dapat mengurangkan keradangan dan risiko mendapat kanser dan penyakit jantung.
- Vitamin E + Selenium – Vitamin E membantu dalam mengawal paras retinol dalam badan yang mana penting untuk kesihatan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia. Selenium pula adalah sejenis mineral yang membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari dan juga kedutan. Dan sudah tentunya, Vitamin E Shaklee diperkayakan dengan Selenium ini.
Leave a Reply