Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Salon 100% Muslimah – Siti Salon Alzahrah

Kalau anda mencari salon yang 100% muslimah, datanglah ke Siti Salon AlZahrah. Highly recommended!

Salon 100% Muslimah - Siti Salon AlzahrahI wish I could share this review sooner… but biasalah, busy sesangatt kekononnya. Anyway, here it is…

Alkisahnya, sehari sebelum cuti Deepavali yang lalu, lepas selesai COD set detoks kepada seorang pelanggan, tiba-tiba teringin nak potong rambut. Aktiviti potong rambut ni dah jadi macam acara tahunan pulak sebab sejak 15 tahun yang lalu, hanya sekali setahun je pergi kedai untuk potong rambut. Haha.

So dalam 15 tahun tu, takde lagilah jumpa salon muslimah yang betul2 melekat di hati. Selalunya potong kat kedai cina, tapi ada ruang untuk muslimah. Ada sekali tu pergi kedai melayu, tapi kurang puas hati.

Sampailah aritu, sambil menyuap nasi makan tengah hari sambil google salon muslimah. Masa tu bateri 12% je. Tengok alamat Siti Salon Alzahrah ni macam familiar. Sri Rampai Business Park. Dekat Shaklee je kot ni, my first thought. Tapi, saya ni memang jenis taktau dan tak ingat nama jalan. So, i could not be sure 100%.

So, saya pun klik jgk “get direction” sampailah lg 1km nak sampai tetiba bateri kong langsung! Adoyaiii.. 😂😂

Tapi, memandangkan dah dekat sangat nak sampai..saya gigih jugakla cari kiri kanan lorong2 kat sri rampai business park tu. 2 3 kali jugak round sebab ada skip2 lorong.. And of course Siti Salon Alzahrah tu in one of the streets that i skipped previously! Alhamdulillahh…sampaii jugak! 🙂

Saya datang tanpa temujanji. Alaa..potong rambut je kann. Tunggu jelah kejap macam kat salon2 biasa tuu!! But sangkaan saya meleset ok! Siti Salon AlZahrah ni bukan salon rambut je tau. Tapi ada spa and facial jugak you!! Haa..masa tu macam orang mengantuk disorong bantal, terus rasa nak try servis2 lain yang disediakan!

 

Bukan apa…sebenarnya pagi2 lagi pada hari yang sama, saya memang dah call one of my favourite tukang uruts untuk mengurut satu badan. Malangnya takde rezeki, beliau sedang bercuti2 bersama keluarga di selatan Malaysia. So, I put the case at rest. Ingatkan, maybe next 2 3 months lagila kot jumpa dia.. Manalah nak tau tetiba bole terjumpa dengan Siti Salon Alzahrah ni!

Siti Salon Al-zahrah ni sebenarnya senang je nak cari. Kalau dekat area Sri Rampai tu, premis dia ni kat tingkat 1, sederet dengan Domino’s Pizza, Wahab’s Cendol, Open U, Klinik Sultanah Aminah etc etc.. Kalau dah tau pergi Shaklee branch, mesti senang nak cari Siti Salon AlZahrah ni. Bangunannya mengadap ke jalan besar opposite dengan Jalan Rejang smer tu.

Anyway, as I said, saya bukannya selalu pergi spa atau potong rambut. So, this review is based on my humble experience.. let’s check it out!

Masa saya baru nak melangkah masuk ke lif, saya berpeluang untuk berjumpa dengan pemilik salon tersebut, Puan Siti Hajar, yang sedang memindahkan peralatan dari cawangannya di Shah Alam ke Sri Rampai. Memang ramah orangnya. Beliau tanya sama ada saya ada call..masa tu barulah saya tau salon ni bukan calang2..kena buat appointment kalau nak datang. Kalau tak kena masa, terpaksa tunggu berjam2 pulak nanti bagi memberi prioriti kepada yang telah membuat temujanji.

Lif ke Siti Salon AlZahrah Sri Rampai

So kalau uols nak datang sini, eloknya telefon atau whatsapp dulu nombor yang tertera kat atas ni ye! 🙂

Sememangnya 100% Muslimah..

Siti Salon AlZahrah ini sememangnya 100% muslimah. Tiada lelaki dibenarkan masuk. So, bagi saya elok pergi sendiri atau dengan geng2 perempuan sahaja. Kalau encik suami yang jadik chauffeur, terpaksalah dia menunggu  kat mana2 restoran yang ada kat kawasan tu atau pergi mana2 atau balik rumah dan kembali semula untuk pick up bila urusan kita dah selesai. Almaklumlah, bila dah sampai kat salon ni, walaupun plan mula2 nak spend sejam je..bole jadi 2-3 jam!Macam sayalah! 😀

Sebabnya… Siti Salon Alzahrah ni bukannya semata2 salon rambut untuk muslimah sahaja tau! Mereka turut menyediakan perkhidmatan rawatan muka dan juga spa. Memang BEST!! Tu pasal saya yang pada asalnya hanya nak potong rambut.. Tapi, bila dah sampai, terasa nak urutlah, nak cuci rambut sekalilah. Last2 dekat 3 jam saya ‘stuck’ kt situ. Tu nasib baik tak buat facial sekali. Haha. Takpelah. Sekali sekala. Self reward. 🙂

Masuk sahaja ke dalam salon ini, saya dah rasa  “Waaaa!!” Lain benar dengan apa yang ada dalam kepala saya sebelum tu (yang fikir ianya hanyalah sebuah salon rambut).  Dari pintu masuk, kita akan nampak ruang yang sangat luas dan selesa. Ada ruang menunggu yang dilengkapi dengan sofa, majalah, buku dan tv. Masa saya datang tu TV Al-Hijrah yang sedang dipasang. Di ruang yang lain pula, ada cyber corner dengan dua komputer dilengkapi dengan internet. Not bad! Sambil tunggu giliran, nak blogging pun boleh ni…kata saya dalam hati  (tapi, saya tak buat laah.. :p) 🙂

Ruang menunggu Siti Salon AlZahrah Sri Rampai

Cyber corner dan foot scrub area di Siti Salon Alzahrah Sri Rampai

Saya pilih untuk duduk di sofa. Di situ terdapat pula ‘menu’ untuk servis yang disediakan. Masa tu barulah tau.. Oooo, ada macam2 servis rupanya! Best! Best! Bila ternampak ada body massage, terus saya bertanya kalau boleh nak buat sekali pada hari itu juga.

Menu Siti Salon Alzahrah

Alhamdulillah…memang rezeki saya sebab tiada customer yang sedang atau bakal datang mengurut pada waktu itu.

Servis urutan di Siti Salon AlZahrah

Servis body massage yang saya pilih dimulakan dengan scrub kaki terlebih dahulu. Ada tempat khas untuk aktiviti tersebut di ruang menunggu tu. Dan seperti biasa..saya pun jadi terover peramah dan interview mcm2 dengan pekerja di situ. Hihi. So, based on apa yang saya faham, Puan Siti Hajar ni ada buka akademi dan pekerja2nya adalah bekas2 pelajarnya juga. Menarik kan? Rasa macam yakinlah sikit sebab pekerja2 dia memang bertauliah dan mendapat tunjuk ajar dari pemilik salon itu sendiri.

Lepas kaki di scrub/basuh, barulah saya ke bilik utk mengurut. Biasalahkan ruang mengurut memang dim2 aje lampunya.. Barulah client rasa tenang dan relax. Ada 2 jenis urutan yang disediakan. Urutan tradisional yang lebih kepada urutan refleksologi dan juga urutan bali. I’m not so sure what are the differences. Tapi kata mereka urutan refleksologi tu lagi kuat dan lebih fokus kepada ‘point’2 saraf whereas urutan bali pula lebih relaxing untuk hilangkan stress.

ruang spa di siti salon alzahrah sri rampai

Sebelum urutan dimulakan, saya diminta untuk membaca al-fatihah dan surah 3 qul. Semasa berurut pula qasidah dan zikir dialunkan. Lain sangat cara mereka kalau nak dibandingkan dengan spa2 lain yang saya pernah pergi sebelum ni yang selalunya memasang alunan muzik instrumental ataupun hanya senyap sunyi aje. Anyway, I like this difference. Very nice.. 🙂

Cara mengurut dia pun okla. Lega rasanya bila badan dapat diurut. Hilang rasa stress, urat2 pun rasa lebih longgar..takdelah tegangg je.. and badan pun rasa lebih ringan dan bertenaga.

Opposite dengan tempat spa tu pula adalah tempat untuk buat facial. Yang ni saya tak try. Tak cukup masa. So, buat masa ni saya rasa cukuplah dengan amalan set kecantikan shaklee dan masker ESP, collagen, vivix, vitamin c dan vitamin e. Itupun hasilnya dah cukup menggembirakan saya. However, the service looks very tempting. Yelah.. Mana nak sama orang manjakan dengan kita buat sendiri kan? InsyaAllah ada rezeki nanti nak cuba juga buat facial kat sini 😀

Ruang facial di Siti Salon AlZahrah

Body massage yang saya buat aritu ambil masa lebih dari satu jam. So since jam pun dah dekat pukul 5.30pm lepas abes urut tu, saya pun mintak break untuk pergi solat Asar. Tapi, saya tak payah pergi jauh pun..sebab kat situ memang disediakan ruang solat siap dengan telekung sekali. Suka! Suka! Toilet bersih. Surau pun terjaga. Telekung pun wangi je.

IMG_7196

Ruang solat di Siti Salon AlZahrah Sri Rampai

Dah solat, it’s time for my hair cut. Sementara menunggu tu, saya dihidangkan dengan minuman and some tidbits.  Oh ya! Since dalam salon ni semuanya muslimah, nak terus buka tudung bila sampai kat situ pun takde masalah. Rasa macam masuk rumah sendiri pun ada bila macam tu! 😀

Servis jagaan rambut di Siti Salon AlZahrah

Untuk perkhidmatan jagaan rambut pula, memang macam2 servis lah ada seperti salon rambut yang lain juga. Ada shampoo, ada hair treatment, ada warnakan rambut.. Tapi yang bestnya, semuanya syariah compliant. Saya tanya juga, kalau buat rawatan rambut dan kulit kepala ni diorang guna produk apa. Kata pekerja di situ, diorang buat sendiri..guna kulit kayu manis, minyak zaitun, etc etc (apa ntah lagi saya tak ingat). Semuanya berasaskan semulajadi dan sunnah. Kalau warnakan rambut, mereka guna inai. Bukan pewarna2 yang pelik2 yang dikatakan halal tapi tak diyakini boleh dibawa solat. Best kan? 🙂

Salon Rambut 100% Muslimah

Harga potong rambut bermula dari RM30 ke atas bergantung kepada panjang rambut. Cuci rambut pula bermula dari harga RM20 ke atas dan bergantung kepada panjang rambut juga. Saya hanya lakukan syampu dan potong rambut. Simple je tapi saya puas hati. Yang rawatan lain tu tak tahulah bila pula nak cuba. Maybe tahun depan bila saya rasa nak potong rambut lagi. Hihi. Sementara menunggu tahun depan tu, saya percaya dan yakin dengan kemampuan rawatan penjagaan rambut menerusi Set Prosante yang semulajadi dan bebas bahan kimia yang memang sudah saya amalkan sejak bertahun-tahun. Biiznillah…dengan set ni pun rambut gugur terkawal dan kelihatan sihat dan bermaya.

So, itulah dia overall experience saya di Siti Salon AlZahrah ni. Rasanya memang dah jatuh cinta pandang pertama. InsyaAllah, next time kalau perlukan khidmat rawatan rambut, muka dan spa pasti saya akan ke sini lagi. 😀

Lokasi Siti Salon AlZahrah

Kalau anda juga mencari-cari salon 100% muslimah, dan tak tahu nak pergi ke mana…cubalah datang ke Siti Salon AlZahrah ni. Berbaloi-baloi! Namun, hanya ada 4 cawangan di seluruh negara iaitu:

  1. Di Shah Alam – No 146, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor (03-55239211/019-5719053)
  2. Di Bangi – Unit B-17-1, Bangi Getaway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor (03-89120387/019-5719053)
  3. Di Sri Rampai/Wangsa Maju -No 15-1, Rampai Business Park South, Jalan Rampai Maju, Taman Sri Rampai, KL (03-41316386/019-5719053)
  4. Di Seri Manjung – P9, Fasa 1C 3, Seri Manjung, Perak (05-6887570/019-5719053).

So, secara kesuluruhannya, saya bagi 4.2 bintang kepada Siti Salon AlZahrah ni! Anda bagi berapa pula? Jom share pendapat di ruang komen di bawah ye!

Akhir kata,

Perkarangan luar Siti Salon Alzahrah Sri Rampai

Till we meet again,

Fara Fadzil

 

 

SID: 860722

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

012-3579599


Jom sihat dan cantik dengan supplement semulajadi dari Shaklee. Dapatkan nutrisi terbaik untuk kesihatan kulit dan rambut anda dengan menghubungi 012-3579599 hari ini 🙂

 

1 Comment
  1. Banyaknya servis yang disediakan. Boleh cuba nanti
    Fatin recently posted…Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix ShakleeMy Profile

Leave a Reply to Fatin Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Plugin for Social Media by Acurax Wordpress Design Studio