Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Raya 2014 – COD Shaklee Satu Malaysia oleh Rahsia Vitamin Ibu!

Asssalamualaikum readers RahsiaVitaminIbu.com sekalian.. Apa khabar? Alhamdulillah..setelah masuk hari kelima Syawal barulah saya berkesempatan untuk update blog ini. Saya harap saya masih belum terlewat untuk mengucapkan kepada anda semua:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia terutamanya pembaca-pembaca setia RahsiaVitaminIbu.com dan juga likers VItamin Online StoreSaya doakan agar segala amal ibadah saya dan juga anda semua di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Bagaimana dengan sambutan raya anda semua? Bagi saya sekeluarga raya tahun ini disambut seperti biasa secara sederhana sebagaimana tahun-tahun yang lalu, cuma kali ini Alhamdulillah..kami diizinkan untuk melawat lebih ramai sanak-saudara berbanding tahun lepas. Almaklumlah, tahun lepas saya memang tidak dapat beraya kemana-mana kerana masih dalam pantang selepas kelahiran anak yang kedua di bulan Ramadhan. Jadi, tahun ni memang kami ambil peluang untuk mengqada’ semula apa yang telah kami tertinggal sebelum ini. Kebetulan pula syarikat tempat saya bekerja mewajibkan “force leave” kepada kami semua sepanjang minggu ini, jadi apa lagi?? Inilah peluang kami untuk eratkan silaturrahim bersama keluarga yang jarang dapat kami jumpa kalau bukan semasa raya!!

COD Shaklee

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin dari kami di RahsiaVitaminIbu.com

Jadi hari ini, setelah beraya di Temerloh → Teluk Intan → Penang/Kulim…insyaAllah kami akan bergerak menuju ke Kelantan pula untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sana. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat semuanya! Tetapi, jangan risau dan bimbang ye! Kedai VItamin Online Store sentiasa dibuka 24/7! Order online berjalan seperti biasa iaitu penghantaran ke seluruh Malaysia, cuma kawasan COD Shaklee kami sepanjang minggu ini berubah-ubah. Untunglah mereka yang berada di Temerloh dan Teluk Intan yang telah berjumpa kami pada minggu pertama raya ini. Walaupun di daerah itu BELUM ada branch Shaklee, mereka masih boleh dapat perkhidmatan COD produk Shaklee daripada kami. So, next COD area untuk produk Shaklee ialah sekitar kawasan Bukit Bunga, Kelantan dan juga, Lipis→Raub→Bentong, Pahang. Dan InsyaAllah..anda semua boleh mendapatkan semula perkhidmatan COD dari RahsiaVitaminIbu.com untuk produk-produk Shaklee di sekitar kawasan Ulu Kelang – Taman Melawati, Taman Permata, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Keramat, etc bermula dari minggu kedua raya seperti biasa. Yang penting, jangan segan silu untuk menghubungi 012-3579599 untuk sebarang pertanyaan lanjut ye! 😀 Akhir kata, bagi pihak RahsiaVitaminIbu.com, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan yang telah kami lakukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua. Semoga raya kali ini memberi kegembiraan kepada kita semua! 🙂 Dah makan banyak lemang dan rendang + kuih raya + air manis tu, jangan lupa ambil apa-apa vitamin yang patut ye! Nanti macam-macam penyakit datang pula! Hihi. Selamat Hari Raya!

9 Comments
  1. selamat hari raya fara…raya sakan la sbb dpt cuti lama 🙂

  2. kalu agak2 beg dah penuh sangat vitamin apa yg paling senang nak bawak?

  3. agak2 beg dah penuh kan, vitamin apa yang paling senang nak bawak?

  4. Raya sakan la, hehe..round satu malaysia..selamat hari raya fara!!

  5. selamat hari raya fara!! dah raya ke berapa baru nk wish kan..ampunn..hehe

  6. Selamat Hari Raya Fara!
    Sakannnyaaa beraya macam dah tawaf satu Malaysia je hihihi

  7. selamat hari raya fara

    wow! fantastic blog

Leave a Reply to Amelza Kamel Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company