Baru-baru ini saya terkena gastrik buat pertama kali dalam hidup so saya buat research sikit untuk saya kongsikan dengan kalian..
Apa itu Gastrik?
Kita sering mendengar perkataan penyakit gastrik. Tapi menurut doktor dari PPUKM (tak ingat namalah pulak) yang menjadi panel jemputan Nasi Lemak Kopi O Edisi 17/1/14 yang lalu, penyakit ‘gastrik’ tidak wujud, yang sebenarnya ia digelar gastritis. Tapi memandangkan ‘gastrik’ sudah menjadi ‘nickname‘ terkenal bagi penyakit ini, jadi saya akan meneruskan penggunaan perkataan gastrik (yang merujuk kepada gastritis) dalam entry ini bagi mengelakkan kekeliruan.
Jadi, apakah maksud gastritis ataupun gastrik ini? Gastrik adalah satu penyakit yang sangat lazim di mana berlaku keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut yang menyebabkan kita berasa sangat pedih dan sakit perut. Jika keadaan menjadi lebih serius, ia akan dikenali sebagai ulser perut atau ulser peptik yang merupakan serangan pada lapisan sel yang lebih dalam.
Secara semula jadi, perut kita menghasilkan asid hidroloklorik yang kuat (pH 1-2) bagi mencerna makanan yang kita makan. Ya, bukan senang nak tukarkan makanan yang berbentuk pepejal menjadi ultra halus supaya diserap dengan sempurna oleh badan kita tau. Kena guna asid kuat baru boleh cerna. Kalau nak tahu pekat tak pekat asid hidroklorik ni, kalau kita terkena walaupun sedikit ke atas kulit, ia akan menyebabkan kulit kita terhakis atau kalau terkena mata, mata kita boleh menjadi buta. Haa.. takut tak? Tetapi, Allah SWT yang Maha Besar menciptakan perut kita sesuai dan kuat untuk melawan hakisan ini dengan adanya satu lapisan mukosa yang merupakan lapisan pertahanan bagi melindungi perut kita.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik ini akan berlaku apabila terdapat makanan di dalam perut kita untuk dicernakan. Walau bagaimanapun, sekiranya pertahanan perut kita lemah (baca: lapisan mukosa kita nipis), maka akan berlakulah gastrik kerana lapisan perut tidak dapat menghalang hakisan daripada rembesan asid hidroklorik yang kuat itu.
Punca-punca penyakit gastrik
Apa yang menyebabkan lapisan mukosa ini makin menipis? Tak lain tak bukan kerana tabiat pemakanan yang tidak teratur mengikut jadual. Awas! Jika anda seorang yang sering sibuk sehingga mengabaikan waktu makan atau anda memang seorang yang kurang berdisiplin dalam mengikuti jadual makan yang sepatutnya, anda adalah calon yang paling layak untuk mendapat penyakit gastrik ini.
Ini contoh yang paling lazim. Pada waktu pagi, kadang-kadang kalau sempat, kita ambil breakfast, tetapi bila busy kadang-kadang tak sarapan pun. Pada hari yang tak makan sarapan, kita pun makan tengah hari awal sikit dalam pukul 11am. Tapi, pada hari-hari lain kita makan lunch pukul 12 atau 1pm. Tapi, ada jugak hari kita terlampau sibuk..sampai pukul 4pm baru sempat nak makan tengah hari. Dan fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan kepada waktu makan yang seterusnya…
Menurut doktor yang merawat saya baru-baru ini, kita perlu mengalas perut setiap 4 jam (kecuali pada waktu tidur) bagi mengelakkan perut dihakis oleh asid hidroklorik ini. So, cuba bayangkan kalau kita ni tak pernah ikut jadual makan yang tetap. Perut ni pun boleh jadi confuse dan tertanya-tanya bila masa dia nak rembeskan asid hidroklorik ni untuk mencerna makanan?? Masa yang sepatutnya kita makan, kita tak makan. Masa yang sepatutnya ada makanan dalam perut, perut kita tiada makanan. Jadi, itulah sebabnya lapisan mukosa di perut kita semakin menipis dek hakisan asid hidroklorik yang tak dapat mencerna makanan.
Tapi, bukan itu sahaja yang boleh menjadi punca penyakit gastrik. Gastrik juga boleh disebabkan oleh:
- Pengambilan ubat tahan sakit yang kerap atau ubat anti radang tanpa steroid (NSAID) secara berterusan. Jadi, jangan ambil enteng tentang pain killer ye. Kerap makan ubat tersebut boleh menyebabkan anda mendapat gastrik. Ini termasuklah aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk mencairkan darah. Bagi mereka yang bergantung kepada ubat ini, doktor yang dari PPUKM (yang saya sebutkan kat atas tadi) menyarankan agar ubat gastrik terlebih dahulu sebelum mengambil ubat yang lain.
- Jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori). Bakteria H. Pylori ini merupakan sejenis bakteria ‘cerdik’ yang boleh melemahkan lapisan mukosa dan menyebabkan sakit gastrik semakin teruk. Saya mengatakan ia ‘cerdik’ kerana tatkala semua bakteria lain boleh termusnah dek keasidan yang tinggi di dalam perut, bakteria H. pylori ini bukan sahaja boleh menyesuaikan diri di dalamnya dengan membentuk satu lapisan yang melindunginya daripada asid tersebut, tetapi juga bakteria H. pylori ini boleh ‘melekat’ pada lapisan mukosa dan menembus lapisan ini dan hidup di kawasan yang kurang berasid.
- Gastrik juga boleh berpunca daripada tabiat merokok dan pengambilan minuman keras. Ini kerana asap rokok dan alkohol boleh memburukkan lagi pertahanan dan mencederakan lapisan mukosa yang ada.
- Sebarang tekanan yang dialami oleh individu tak kira tekanan disebabkan oleh kerja, masalah peribadi, sosial mahupun kesihatan juga boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk menghidap gastrik.
- Individu yang mengambil ubat-ubatan tradisional Melayu atau Cina seperti akar kayu atau herba-herba juga harus berhati-hati kerana kebiasaannya ubat-ubatan ini dicampur dengan steroid supaya ia menjadi lebih mujarab dan berkesan.
Simptom Penyakit Gastrik
Jika anda belum pernah mengalami gastrik seumur hidup, mungkin anda tak dapat mengenal pasti yang anda sedang mengalami penyakit itu sehinggalah ia telah disahkan oleh doktor. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom-simptom berikut, besar kemungkinan anda adalah pesakit gastrik:
- Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
- Rasa senak, berangin, tidak selesa atau pedih pada perut dan ulu hati
- Perut kembung, kerap sendawa dengan kuat dan kentut selepas makan.
- Hilang selera makan.
- Rasa mual dan loya.
- Muntah akibat tolakan gas dalam perut.
- Cirit-birit yang teruk melebihi 3 hari.
- Susut berat badan (pada peringkat teruk)
Jika sampai ke peringkat kronik, ulser perut boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh dikesan apabila anda mendapati:
- Najis menjadi hitam seperti tar.
- Muntah mengandungi darah atau atau berwarna gelap seperti kopi.
Penawar Penyakit Gastrik
Sekiranya anda sedang mengalami gastrik, elakkanlah dari makan makanan yang pedas dan bercili, makanan yang masam seperti jeruk dan cuka, minuman bercafein seperti kopi dan teh, minuman bergas dan berbikarbonat dan elakkanlah daripada merokok. Jika tidak, anda akan menambahkan lagi keasidan dan ketidakselesaan perut.
Bagi meneutralkan asid, anda memerlukan makanan yang bersifat alkali. Jadi, keraplah minum susu bagi mengelakkan terkena gastrik kerana susu bersifat alkali. Terutamanya jika anda seorang yang sangat sibuk dan tak dapat menepati jadual waktu makan, alaskan perut anda sekurang-kurangnya dengan segelas susu sementara menanti waktu makan.
Makan dengan kerap pada kuantiti yang kecil. Orang yang mengalami gastrik harus sentiasa mengalas perut bagi mengelakkan kepekatan asid dalam perut yang tinggi pada satu-satu masa. Makan sedikit biskut, kekacang atau buah dan minum susu antara waktu makan bagi mengelakkan anda mendapat gastrik.
Ubah gaya hidup anda! Jaga waktu makan, amalkan pemakanan yang baik, kawal emosi dan tekanan hidup dan Insya-Allah anda akan menjadi golongan yang paling berisiko untuk mendapat gastrik.
Set Gastrik Shaklee
Bagi membantu anda mengelakkan diri dari terkena gastrik yang berulang, anda juga boleh mengamalkan set supplement berikut:
ESP
- ESP adalah protein kacang soya yang bersifat alkali yang membantu untuk meneutralkan asid.
- Ia memberikan rasa kenyang dan mengandungi zat asid amino yang perlu untuk membina dan membaiki semula sel-sel yang telah terhakis akibat rembesan asid hidroklorik.
B-Complex
- B-complex berfungsi untuk melancarkan aliran darah yang seterusnya memberikan kita rasa tenang dan tidak tertekan yang boleh menjadi punca penyakit gastrik.
- Ia membantu memberi tenaga kepada pesakit dan juga membantu meringankan rasa sakit perut bagi mengelakkan kebergantungan pesakit kepada ubat tahan sakit atau pain killer.
Ostematrix
- Ostematrix Shaklee adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan susu. Ia bukan sekadar kalsium kerana ia turut diperkaya dengan magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
- Ostematrix bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid yang telah memasuki kawasan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Peppermint Ginger Plus
- Bagi membantu membuang angin yang berkumpul dalam badan, peppermint ginger plus merupakan supplement yang sangat sesuai.
- Mengandungi bahan-bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis, peppermint ginger plus amat membantu dalam melegakan ketidakselesaan perut.
- Ia juga membantu pencernaan dan mengelakkan dari ketidakhadaman.
Untuk mengetahui keberkesanan supplement untuk gastrik ini, jom tengok apa yang Puan Farahana kata dalam video ini…
Mendapat rawatan dari doktor adalah perlu untuk mengelakkan gastrik menjadi lebih kronik, tetapi mencari jalan pencegahan itu adalah lebih afdal. Tak gitu? Mana tahu, anda juga berjaya untuk mengelakkan diri dari terkena gastrik seperti Puan Farahana tadi.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599. Konsultasi pertama kali adalah percuma dan setiap pembelian bersama VItamin Online Store/RahsiaVitaminIbu.Com disertakan dengan sesuatu yang istimewa. Apa lagi? Jom hubungi sekarang! 😉
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
Leave a Reply