Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Potong Kaki Akibat Kencing Manis – Adakah Cara Untuk Mengelakkannya?

Sejujurnya, saya sangat susah nak bercerita tentang penyakit kencing manis. Sebab setiap kali saya membicarakannya, pasti saya akan terbayangkan saat-saat akhir ketika menjaga arwah mak saya yang menderita akibat penyakit ini. Selama lebih dari 10 tahun arwah mak berpegang kepada insulin dan ubat kencing manis sehinggalah kemuncaknya pada 9 April 2012, bacaan gulanya terlampau tinggi (sehingga tak dapat dibaca!) dan akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri. Suratan atau kebetulan, arwah mak dan abah pada masa itu memang sedang berada di rumah saya dan dari rumah saya inilah arwah mak dikejarkan ke Hospital Ampang dengan ambulans.

Di hospital, para doktor melakukan usaha dengan sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan arwah mak. Nadi mak tersangat lemah. Tekanan darahnya terlampau rendah. Selama 3 hari mak tidak sedarkan diri dan selama lebih kurang seminggu arwah mak tinggal di wad ICU. Doktor terpaksa memberikan ubat yang paling kuat bagi menaikkan tekanan darahnya – agar darah dapat dipam ke seluruh anggota badan. Tapi, ia bukan satu kerja yang mudah!

Darah seorang pesakit diabetes adalah sangat likat akibat kandungan gula yang sangat tinggi. Salur darahnya sempit kerana terdapat rintangan insulin yang menyebabkan glukosa tidak dapat diangkut ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga. Dan disebabkan oleh salur darah yang sempit, maka adalah amat sukar bagi jantung melakukan tugas mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrisi yang secukupnya sehingga ke hujung anggota badan seperti di jari-jari kaki dan tangan.

Apabila oksigen dan nutrisi tidak sampai ke kawasan tersebut, lama-kelamaan sel-sel dan tisu-tisu di situ pun mati. Itulah yang terjadi kepada arwah mak. Apa yang berlaku terlalu cepat. Dalam masa kurang 24 jam, saya menyaksikan sendiri bagaimana jari-jemari tangan yang sentiasa membelai saya menjadi hitam… begitu juga dengan jari jemari kakinya… šŸ™

Ini bukan tangan arwah mak saya - tapi macam nilah tangannya selepas diberi ubat untuk naikkan tekanan darah

Ini bukan tangan arwah mak saya – tapi macam nilah tangannya selepas diberi ubat untuk naikkan tekanan darah

Tapi, Ā Alhamdulillah… pada hari keempat di hospital, arwah mak mula sedarkan diri. Jari jemari yang hitam semakin kering dan mula mereput. Itulah yang doktor kenalkan sebagai ‘dry gangrene’ ataupun gangrene kering. Tapiii.. cerah yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dua minggu selepas mak sedarkan diri, gangrene di sebelah kaki kiri arwah mak terkena jangkitan dan ia semakin merebak ke atas. Jadi, mahu tidak mahu sebahagian dari tapak kaki mak terpaksa dipotong!

Kaki kiri arwah mak juga dipotong lebih kurang saiz ini :(

Kaki kiri arwah mak juga dipotong lebih kurang saiz ini šŸ™

Potong kaki akibat kencing manis?? Tak pernah sekalipun dalam fikiran kami adik beradik, mak akan terpaksa melalui proses itu! Tapi, siapalah kami nak menolak ketentuan Ilahi. Arwah mak sendiri redha maka kami semua harus kuat demi insan yang sangat kami cintai.

Selama sebulan arwah di bawah penjagaan hospital sebelum kami memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah saya dan menjaganya sendiri. Setiap pagi sebelum subuh, saya bangun mencuci luka kakinya, luka bed sore nya, membersihkannya, memasak lauk untuknya sebelum dia ditinggalkan bersama abah sementara saya pergi kerja. Di hujung minggu, giliran adik-beradik yang lain pula. Semuanya di rumah saya, di depan mata saya sendiri.

Jadi, saya sangat-sangat memahami kalau ada sesiapa yang berada di situasi ini.Ā Kerisauan menjaga ibu yang selama ini menjaga kita. Ibu yang selama ini kita nampak sentiasa ceria dan bertenaga, menyembunyikan segala masalah dan duka, tiba-tiba terlantar tidak berdaya.

Bagi membantuĀ mempercepatkan proses pemulihannya, saya bukan sahaja memastikan makan makanan yang berkhasiat setiap hari, tetapi juga memberikannya supplement bagi melengkapkan nutrisi. Ya! Supplement adalah sangat penting kerana khasiat yang dia dapat dari makanan adalah terlalu sedikit dan tidak mampu menampung keperluan sel dan tubuh badannya.

Jika tidak mendapat nutrisi yang cukup, bukan sahaja proses pemulihan menjadi lambat, malah gangrene di kawasan lain mungkin akan merebak dan berisiko untuk dipotong juga!

Jadi, kalau ada yang bertanya, kalau pernah kena potong kaki akibat kencing manis, adakah cara untuk mengelakkan anggota lain dipotongĀ juga?

Jawapan saya, ya!

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan atas usaha kami memantau pemakanan arwah mak dan memberikan nutrisi penting yang secukupnya, luka kesan amputation di kaki kirinya sembuh dengan sempurna dan gangrene di tempat lain juga tidak merebak ke atas.

Cara mengelakkan kaki dipotong akibat kencing manis

Apa yang telah kami berikan kepada arwah mak?

Selain menjaga pemakanan (no fast food!), saya juga telah memberikan supplement-supplement ini kepada arwah mak:

1. ESP – Susu soya ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah yang dapat membantu mengawal paras gula. Ia tidak mempunyai kanji dan membekalkan protein yang penting dalam proses pertumbuhan sel dan tisu-tisu baru. ESP juga mengandungi kalsium dan bersifat alkali yang membantu mengurangkan keasidan dalam darah.

2. Zinc – Zinc adalah khasiat mineral yang terkandung dalam ikan haruan yang sangat bagus dalam membantu pemulihan dan mengeringkan luka. Pesakit diabetes yang mempunyai luka (tak kira akibat amputation atau apa sahaja) mempunyai kesukaran untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Jadi, jika anda mahu luka anda sembuh dan kering dengan cepat, pastikan anda mendapat khasiat zinc dalam pemakanan seharian.

3. B-complex – Pesakit kencing manis kebiasaannya akan mudah letih kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga akibat rintangan insulin. Jadi, pengambilan vitamin b-complex adalah sangat penting bagi membantu melancarkan peredaran darah dan menukarkan glukosa kepada tenaga.

4. Vitamin C –Ā Bagi menyerap khasiat dari pemakanan secara optimum, kami juga memberikan mak vitamin C. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan sistem imun, tetapi juga mengukuhkan kapilari dan salur darah serta menyembuhkan luka dengan cantik.

5. Vivix – Dan sudah tentu saya memberikannya Vivix. Vivix mengandungi resveratrol dan polyphenols dari tumbuhan yang mempunyai paras antioksidan yang sangat tinggi. Terdapat kajian yang menunjukkan resveratrol yang boleh membantu mengurangkan rintangan insulin dalam diabetes:

“resveratrol improves insulin sensitivity, reduces oxidative stress and activates the Akt pathway in type 2 diabetic patients.” P Brasnya, G.A Molnar, M.Mohas, L.Marko, B. Laczy, J. Cseh, E.Mikolas, I. Andras Szijarto, a. Merei, R. Halmi, L.g Meszaros, B.sumegi, I Wittmann.

supplement elak potong kaki akibat kencing manis

Alhamdulillah.. dengan supplement yang diberikan, arwah mak menjalani saat-saat akhir hayatnya dengan lebih bertenaga. Dalam masa beberapa bulan sahaja, luka kakinya sembuh sepenuhnya dan isi dan kulit tumbuh dengan baik. Dari Kuala Lumpur, arwah mak akhirnya dapat mencapai hasratnya untuk pulang ke rumahnya sendiri di Temerloh. Tetapi, Allah SWT lebih menyayanginya.. Sebulan setengah kemudian, pada 13 September 2012, mak kembali ke rahmatullah mengadap Yang Maha Pencipta…

Tetapi, sebagai anak saya bersyukur kerana sempat berkhidmat sepenuhnya di saat-saat akhir hayat arwah mak. Dan saya juga harap, anda yang mempunyai ibu bapa begitu juga. Sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi hayat mereka masih ada.

Banyak lagi yang saya boleh kongsikan tentang pengalaman menguruskan pesakit kencing manis, tetapi cukuplah setakat ini sahaja buat masa ini.

Anda boleh menghubungi saya di 012-357 9599 atau emailkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com jika anda mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Nasihat saya, berikanlah nutrisi yang secukupnya kepada orang kesayangan kita…kerana dengan nutrisi yang cukup, barulah sel badan dapat menjadi sihat dengan sempurna.

Pilihan saya adalah Shaklee, anda bagaimana?

Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

ID:860722

012-3579599

10 Comments
  1. faraa…
    serious.. sedih baca entry fara pasal ibu ni
    akak tulis fiction semata2…
    so, touching untuk entry fara lebih terasa
    apatah lagi mak sendiri…
    bagus fara.. boleh jaga mak waktu2 dia x sihat
    alfatihah untuk arwah mak
    azlina recently posted…KERANA DIABETIS. CUCU SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI DATUK TERSAYANG.My Profile

  2. Alfatihah buat arwah ibu fara..su juga ada keturunan diabetes ni belah arwah mak..dulu selalu tgk arwah mak makan berpuluh2 biji ubat..

    sayu rasa hati tak sempat nak perkenalkan shaklee ni..

    Semoga arwah ibu kita di tempatkan di kalangan org2 beirman..

    • Thanks su.. Aminn..
      Takpelah..sekarang tugas kita pulak memperkenalkan shaklee ni kepada orang lain supaya mereka tidak mengalami nasib yang sama..

  3. Alfatihah untuk emak saudari.

    Sedih saya membacanya. Tabahkan hati. Selepas ini lebih ramai lagi awareness tentang kencing manis.

  4. kencing manis memang penyakit yang susah nak baik…sedih bila baca kesah akak…harap semua dapat jaga kesihatan…
    imah recently posted…Kencing Manis Potong KakiMy Profile

  5. Al Fatihah untuk ibu sis..
    Pada zaman sekarang ni, bukan orang yang berusia je berisiko untuk mendapat kencing manis, yang muda belia pun tak terkecuali.
    Sama-samalah kita beringat sebelum terkena.
    jida recently posted…Testimoni Vivix – Pesakit Auto Imun Semakin PulihMy Profile

  6. saya baca sampai nangis2 ni…sedih bila pk bab mak ayah kita ni. saya mohon share citer ni yer. semoga perkongsian ni dapat membantu org lain.

    • Memang sedih tapi itulah kenyataan. Terima kasih sis.. semoga lebih ramai dapat dibantu dengan perkongsian ini. Amin…

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

October 2024
M T W T F S S
« Jan    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency