Dulu sebelum kenal Shaklee saya memang selalu telan Paracetamol (atau saya selalu panggil Pan*dol) bila sakit demam atau sakit apa-apa. Langsung tak tahu rupa-rupanya paracetamol ni boleh memudaratkan tubuh sampailah saya terbaca artikel ‘Paracetamol Memudaratkan Tubuh?’ yang tersiar di dalam Majalah Harmoni keluaran 1-15 September 2014. Nah..di bawah ini saya salinkan semula sebiji-sebiji apa yang wartawan Hanis Izrin Mohd Hassa nukilkan dalam artikel tersebut untuk tatapan para pembaca RahsiaVitaminIbu.com…
Adakah anda antara individu yang sering mengambil Paracetamol apabila berasa kurang sihat? Jika ya, anda harus berwaspada. Terdapat kajian mendapati Paracetamol yang kerap dipanggil ubat ‘demam’ mempunyai kesan sampingan buruk yang tidak ramai mengetahuinya.
Ubat ini dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Kebiasaannya, paracetamol diambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi dan sakit belakang. Selain itu, paracetamol boleh digunakan untuk melegakan kesakitan Osteoarthritis (arthritis yang disebabkan oleh pecahan lapisan sendi).
Ternyata, paracetamol dilihat berupaya melegakan pelbagai kesakitan yang dihidapi oleh seseorang. Oleh kerana inilah ramai individu memilih untuk mengambil paracetamol apabila diserang sakit ringan atau sederhana. Bahkan terdapat beberapa jenis jenama paracetamol yang cukup popular di negara ini.
Kesan Buruk Paracetamol
Penyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidak begitu berkesan seperti yang dianggap oleh banyak pihak. Lebih menakutkan, ubat ini didapati mempunyai kesan sampingan yang buruk. Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk, asthma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali sebagai ‘attention deficit hyperactivity disorder’ (ADHD) dan mungkin mengakibatkan masalah jantung dan buah pinggang.
Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit. Perkara ini dilaporkan oleh Mail Online.
Diikuti, Penyelidik di University Sydney telah menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu. Satu pertiga responden diberikan dis harian paracetamol, satu pertiga lagi diberikan ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa selama 17 hari untuk pulih. Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu menjelaskan keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada sakit belakang.
Lebih berbahaya, kajian yang dijalankan di University of Washington melaporkan ‘ubat mudah dapat’ ini mendatangkan penyakit berupa kanser darah sekiranya diambil untuk jangka masa panjang. Seterusnya jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain.
Laporan daripada The Medical Journal of Australia pula melaporkan individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yang lain cenderung untuk menerima kesan toksik daripada paracetamol. Malah, merkea yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.
Usah Ambil Terlalu Kerap
Kebanyakan ahli farmasi dan para doktor masih merumuskan paracetamol adalah selamat untuk diambil sekiranya dalam dos yang betul dan dalam tempoh sahaja untuk melegakan kesakitan atau sebagai penahan sakit.
Jangan jadikan paracetamol sebagai ubat yang sering kali anda ambil dan telan apabila berasa kurang sihat walaupun ubat ini mudah didapati dengan harga berpatutan. Hal ini kerana pengambilan paracetamol secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan akan mengundang bahaya kepada kesihatan badan anda.
Sekiranya anda berasa sakit dialami itu masih belum lega meskipun sudah mengambil paracetamol dalam cara yang ditetapkan, usahlah memandai-mandai menambah dos sesuka hati. Sebaliknya, berjumpa dengan doktor serta dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam perihal kesihatan.
So, moral of the story.. nak makan paracetamol boleh..tapi berpada-pada. Jangan sikit-sikit pan*dol, sikit-sikit pan*dol. Ada kesan buruknya!
Alternatif Lain?
Atau kalau nak tinggal terus pun insyaAllah boleh. Caranya? Boleh tiru macam saya. Kalau nak tahu sekarang ni..sepapan Pan*dol pun dah takde kat rumah saya sebab saya lebih senang amalkan supplemen Shaklee supaya badan saya sendiri yang ‘merepair’ dan membaikpulih dirinya sendiri apabila terkena sakit ringan. Of course! Saya masih tetap merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan kesihatan…tetapi selagi saya mampu menanganinya secara semulajadi yang lebih mesra pada tubuh, saya akan mengambil langkah itu sebelum terus mengambil ubat-ubatan yang sintetik.
Contohnya, kalau saya rasa nak selsema demam, saya terus cepat-cepat makan vitamin c...
Kalau batuk berpanjangan, saya ambil garlic dan omega guard…
Kalau sakit kepala berpanjangan/migrain/painkiller, saya ambil b-complex dan ostematrix..
Sebagai ‘antibiotik’ semulajadi, saya minum nutriferon setiap hari ketika sakit…
Kalau sakit lutut atau tercedera akibat bersukan, saya ambil set sendi atau joint health tablet + ostematrix + omega guard dan collagen..
Untuk anak-anak pula, saya make sure seminggu sekali at least diorang ambil meal shakes dan omega guard..
Sekali-sekala ambil juga madu dan minyak kelapa dara..
Atau telan juga habbatussauda yang merupakan penawar segala penyakit kecuali tua.. 🙂
Bi iznillah, kita berikhtiar..Allah jua yang menyembuhkannya…
Diharapkan perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua. Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan produk Shaklee, anda boleh hubungi RahsiaVitaminIbu.Com di talian 012-3579599 (sms/call/whatsapp Puan Fara Fadzil) atau email rahsiavitaminibu[at]gmail.com. Ada sesuatu yang istimewa menanti anda… 🙂
* Produk yang dicadangkan tidak mendiagnose, mencegah, menyembuh atau merawat mana-mana penyakit. Sila dapatkan nasihat dari pakar kesihatan anda untuk sebarang permasalahan yang anda alami.
betul la, sejak ambik shaklee memang x usik dah pan*dol tu…alhamdulillah
sama laa..sejak preggy dan blom kenal shaklee, sanggup tahan sakit dr amik pape ubat berunsur paracetamol sbb risau effect bb..
Kan dee.. kalau boleh pilih yang semulajadi, better amik yang semulajadi…