Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Panduan Kurangkan Sakit Gout

Sebelum mengetahui panduan untuk mengurangkan sakit gout, mari kita baca dan fahami dulu serba sedikit tentang penyakit ini.

Apa itu Gout?

Gout adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di bahagian tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat ia biasanya terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin juga tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephrophaty atau tophi. Ia disebabkan oleh paras asid urik dalam darah yang menghablur (crystallised) dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

sakit gout, set gout shaklee

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik dan masalah di buah pinggang. Ia adalah salah satu penyakit arthritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein)); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menjadi hablur garam  dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang bermula dari tapak ibu jari kaki dan menular ke sendi yang lain pada kaki dan tangan.

sakit gout, set gout shaklee

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah, daging organik yang tinggi purin. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purin ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut akan meningkatkan risiko untuk mendapat gout sebanyak 50%. Selain itu, pengambilan ubat yang tinggi asid secara berterusan turut meningkatkan risiko penyakit gout.

Panduan Kurangkan Sakit Gout

Bagi membolehkan pesakit gout menikmati kehidupan yang lebih baik, anda boleh mengikuti panduan mengurangkan sakit gout yang disenaraikan di bawah ini:

  1. Kekalkan hidrasi
    Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam keluar toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan yang menyebabkan serangan penyakit itu di bahagian sendi akan dikumuhkan melalui air kencing. Jadi, tubuh perlu sentiasa terhidrat agar kekerapan kencing meningkat bagi mengusir asid urik dan mengelakkan ia terkumpul di dalam sendi.
  2. Elak minuman keras
    Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan membentuk asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.
  3. Elak beli ubat gout di kaunter
    Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Walau bagaimanapun, air yang sama juga diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Dalam situasi ini, pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.
  4. Makan secara sihat
    Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Pesakit gout harus mengikuti diet khas dengan mengurangkan jenis-jenis makanan yang mengandungi purin kerana bahan itu  akan dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. Cara terbaik ialah dengan mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout 

Sekiranya anda menghidapi gout, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.


KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)
Makanan perlu dielak
Makanan diambil secara sederhana
Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin
Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Kebanyakan sayuran
Makanan Berprotein
Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak
Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup
Ekstrak daging
Sup daging
Sup sayur
Lain-lain
Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)
Minum 6-8 gelas air masak sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.

 Sumber

  • Mengekalkan berat badan yang sihat
    Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal, ia boleh menyebabkan jumlah asid urik dalam badan meningkat. Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan yang ideal akan datang secara semula jadi. Hanya amalkan senaman sederhana, kerana ia juga sesuatu yang baik untuk semua orang.
  • Mendapat rehat yang secukupnya
    Tidur adalah cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

Set Gout Shaklee

Selain mengamalkan panduan di atas ini, pesakit gout juga boleh mengambil supplement yang terkandung dalam Set Gout Shaklee bagi meredakan penderitaan penyakit itu.

set gout shaklee, kurangkan sakit gout, gout

Set Gout Shaklee terdiri daripada Performance Drink Orange, Alfalfa Complex, Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet.

Fungsi bagi setiap supplement dalam Set Gout Shaklee ini adalah seperti berikut:

  1. Performance Drink Orange – berfungsi untuk memelihara keseimbangan elektrolit atau air dalam badan bagi mengekalkan hidrasi pesakit gout. Bagi menyingkirkan asid urik daripada badan, pesakit gout perlu minum air dengan banyak agar asid urik ini dapat disingkirkan melalui perkumuhan air kencing. Performance drink akan membantu proses pembuangan ini dengan menggantikan air yang hilang dan memelihara paras air dalam badan lalu mengelakkan pesakit gout daripada dehidrasi.
  2. Alfalfa ComplexAlfalfa merupakan pendetoks yang bertindak untuk membuang toksin yang terkumpul di dalam badan melalui proses perkumuhan. Bagi melancarkan proses detoks, pengambilan alfalfa hendaklah disertai dengan minum air masak 3-4 liter sehari bagi membantu penyingkiran asid urik yang terkandung dalam badan.
  3. Omega Guard – Minyak ikan Omega Guard merupakan asid lemak omega-3 yang penting untuk mengelakkan keradangan sendi. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Jadi, pengambilan Omega Guard amatlah perlu bagi membantu mengawal keradangan akibat penyakit gout.
  4. Advanced Joint Health Tablet – merupakan supplemen bagi memberikan keselesaan pada sendi dan memudahkan pesakit gout untuk bergerak.

Adakah orang kesayangan anda menderita penyakit gout? Jangan gusar..apa kata berikhtiar pula dengan set gout Shaklee ini.

Untuk pesanan dan pertanyaan lanjut tentang vitamin yang terkandung di dalam Set Gout Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599. Ada sesuatu yang istimewa menanti anda! 😉


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Network Widget by Acurax Small Business Website Designers