Alhamdulillah.. minggu ini masuk minggu kedua saya kembali bekerja usai cuti bersalin selama 2 bulan. Saya selamat melahirkan putera kedua saya, Ihsan Amsyar bin Norfitriyang seberat 3.3kg pada 7 Ramadhan 1434 yang lalu di Hospital Damai Melawati. Cepat sangat masa berlalu..tup-tup tempoh berpantang dah habis dan saya sudah memulakan kerja semula. Rasa macam belum puas pulak bercuti! Mungkin kerana kali ini saya berpantang sendirian dan seawal minggu kedua saya sudah perlu melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan menjaga bayi (dan kadang-kadang anak sulung juga!) tanpa bantuan sesiapa atau hanya dengan bantuan suami. Jadi, masa berehat yang diberikan dirasakan begitu singkat. Tapi, hakikatnya inilah cabaran yang dihadapi oleh ramai pasangan suami isteri zaman sekarang yang sudah kehilangan ibu bapa atau sudah uzur atau tinggal jauh dan tidak pula mempunyai maid.
Tetapi Alhamdulillah.. di samping pemakanan yang berkhasiat, pengambilan set berpantang dan menyusu Shaklee juga amat membantu saya untuk berpantang dengan mudah. Bersama Shaklee, saya dapat segera memulihkan diri dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian. Tanpa sebarang jamu, saya dapat berpantang dengan tenang dan cergas. Tiada tekanan atau stress untuk menghasilkan susu dan luka juga sembuh dengan cepat lantas memudahkan saya untuk bergerak dan berkerja dengan pantas. Saya juga bersyukur kerana pengambilan set berpantang dan menyusu Shaklee ini tidak menyebabkan bayi saya meragam atau cirit-birit sebagaimana pengambilan jamu yang saya amalkan semasa berpantang anak yang pertama. Keguguran rambut selepas bersalin juga lebih terkawal, kulit semakin cerah, tiada masalah sembelit dan stok susu juga bertambah 3x ganda berbanding sebelum ini. Best kan? Dan yang paling best..berat badan pun berjaya dikurangkan sebanyak lebih kurang 13kg dalam masa 2 bulan.. ^-^
Nak tahu apa rahsianya? Inilah dia….Taraaaa….
Jika anda juga terpaksa berpantang sendirian seperti saya, jom ramai-ramai pakat ambil set berpantang dan menyusu Shaklee ni. Mudah, berkesan, selamat dan semestinya halal… 🙂
Hubungi rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-357 9599 untuk pertanyaan lanjut dan tawaran yang istimewa. Dapatkan konsultasi percuma hanya dengan pembelian bersama saya! 🙂
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
On September 23, 2013 / alfalfa, bcomplex, chewable vita c, esp, ostematrix, set berpantang dan menyusu Shaklee, set berpantang shaklee, set menyusu shaklee, vitalea, zinc
Leave a Reply