Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

MH17 – Pengajaran buat saya…

Hari ini, 22 Ogos 2014, diisytiharkan hari berkabung negara demi menghormati ketibaan jenazah mangsa penerbangan #MH17 ke Malaysia. Sedih memang cukup sedih.  Walaupun saya bukan ahli keluarga atau kenalan mereka, tetapi sebagai warganegara Malaysia, cubit peha kiri peha kanan terasa juga. Melihat foto-foto ahli keluarga mangsa yang ditinggalkan yang sedang bersedih sudah cukup membuatkan emosi saya bergetar dan menangis. Apatah lagi penerbangan Amsterdam – Kuala Lumpur itu pernah menjadi salah satu laluan saya untuk pulang ke Malaysia sewaktu belajar di benua Eropah suatu ketika dulu. Bayangkan saja….

Naudzubillahiminzalik…

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga Allah mengampuni dan merahmati mangsa dan kita semua.

Al-fatihah, MH17

Al-Fatihah buat semua mangsa MH17 yang beragama Islam

Terdapat 1001 pengajaran dan iktibar yang kita boleh ambil dari tragedi ini. Bukan hanya bagi mereka yang terlibat malah seluruh masyarakat dunia amnya. Bagi SAYA sendiri, tragedi ini mengingatkan saya bahawa MATI itu boleh terjadi pada bila-bila masa. Sedang berjalan, sedang makan, sedang tidur…hatta sedang menaip entry ini, mungkin saja saya akan dijemput ajal. Astaghfirullah’alazim…

Dan apabila difikirkan begitu, saya akan terfikir sudah cukupkan amalan saya? Bekalan yang saya hendak bawa ke akhirat? Bekalan yang saya mahu tinggalkan kepada anak-anak? Sudah langsaikah segala hutang piutang saya…terhadap manusia (duit, harta, janji,etc) dan kepada Allah (solat, puasa, zakat)? Sudahkah saya meminta maaf kepada suami, ibu bapa, orang-orang yang saya sakiti secara sengaja ataupun tidak sengaja kali terakhir saya berjumpa dengan mereka? Sudah cukupkah taubat saya atas semua dosa yang saya lakukan setiap saat? Sudah banyakkah ayat-ayat Quran yang saya baca untuk menjadi peneman di dalam kubur sehingga ke hari kiamat? Sudah cukupkah saya membantu orang di sekeliling saya?

Astaghfirullah al’azim…

Astaghfirullah al’azim…

Astaghfirullah al’azim…

Terlalu banyak dosa. Dan masih terlalu sedikit amalan. Tetapi, alhamdulillah… saya dipertemukan dengan insan-insan hebat di dalam group bisnes Shaklee yang sering ingat mengingatkan tentang pentingnya melakukan amalan-amalan rohani, bersihkan hati dan sentiasa berniat untuk membantu orang lain di dalam bisnes ini selain dari teguran dan nasihat berterusan dari suami. Biiznillah…sedikit demi sedikit saya cuba untuk mengubah diri dan peribadi menjadi yang lebih baik. Semoga Allah sentiasa berikan kami hidayah dan kekuatan untuk istiqamah dalam apa yang kami lakukan bukan sahaja dalam berbakti kepada orang lain tetapi dalam mengejar keredhaan-Nya dan nikmat syurga di akhirat nanti.

MATI itu pasti. Jadi, satu pengajaran besar buat saya dari tragedi MH17 ini adalah saya WAJIB bersungguh-sungguh melakukan bisnes Shaklee (like I will die tomorrow)  supaya dapat membantu lebih ramai orang bukan saja dari segi menaiktaraf kesihatan tetapi juga kualiti kehidupan.

Untuk bersama-sama saya dalam bisnes ini demi menebar lebih banyak kebaikan dan menambah saham di akhirat sana, hubungi 012-3579599 atau emailkan kepada rahsiavitaminibu@gmail.com.

Dan sekali lagi, buat semua keluarga mangsa tragedi MH17, salam takziah dari saya. Tiada kata yang mampu diucapkan selain doa agar kita semua diampunkan dosa dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Al-Fatihah.

2 Comments
  1. Mati itu pasti..
    Salam takziah pd keluarga mangsa.
    Al fatihah kpd mangsa yg terlibat..

  2. Innalillahiwainnaillahirojiun..takziah pd mangsa…memang jd pengajaran pd kita semua, mati itu pasti…

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2024
M T W T F S S
« Jan    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Floating Social Media Icons by Acurax Wordpress Designers