Dah 2 bulan berlalu. Ini inspirasi 2018 kakfar.
Berdebar-debar betul kakfar sejak masuk 2018 ni tau. Banyak sangat impian. Banyak sangat perancangan. Dan semuanya berkisar kepada 3 perkara penting ni – famili, karier & bisnes. Tahun 2018 adalah tahun kejayaan. Walau sibuk macam mana pun, kakfar kena cepat-cepat adapt dengan segala perubahan rutin yang baharu supaya tidak lagi ketinggalan.
Jadi, dari awal tahun ni lagi kakfar memang dah start buat overhaul. Servis mana2 yang perlu diservis. Ganti apa-apa yang dah tak boleh pakai. Baiki apa-apa yang dah rosak. Buat jadual baru. Dan macam-macam lagi.
Apa yang dah berubah dalam hidup kakfar sejak 2018 ni? Apa plan kakfar untuk tahun ni?
Yang pertama, jadual harian keluarga. Dah lebih sebulan anak-anak kakfar mula sekolah di tahun baru ni. Yang sulung masuk darjah 1. Yang no 2 pergi tadika. Yang no 3 kat taska. Haa.. tiga tempat berlainan sekaligus. Jadual harian memang kena rombak dan berubah sepenuhnya. Masa awal-awal dulu memang kakfar kelam kabut tapi Alhamdulillah, sekarang dah makin terurus.
Yang kedua, di pejabat, masa depan syarikat untuk tahun 2018 dan tahun seterusnya masih penuh dengan ketidakpastian. So, memang semua orang sedang sibuk dan perlu kerja keras. Semua program kena lancar. Semua bid mesti menang! Dengan boss baru lagi yang nak disesuaikan, nak kirakan kakfar memang tak menang tangan. Tapi insyaAllah boleh je buat semua. Kita positif aje!
Yang ketiga dan sangat penting juga – my Shaklee business. Kakfar tengok ramai sangat di luar sana yang masih tak cukup perbelanjaan seharian. Kakfar nampak ramai sangat di luar sana yang terpaksa kuburkan impian sebab tak cukup duit. So, tahun ni, kakfar nekad. It’s time to bring #CharmEmpire to the next level. Kakfar nak lahirkan ramai lagi leaders dalam group kakfar ni.
Walaupun sibuk dengan kerja dan keluarga, insyaAllah tahun ni kakfar plan nak bantu at least 3 orang untuk dapat sales RM10k setiap bulan dengan bisnes Shaklee. Kalau boleh kakfar nak lahirkan 3 orang yang dapat jana pendapatan sampingan tetap 4 angka setiap bulan. Sekarang dah bulan kedua. Pencarian protege masih diteruskan. Dan insyaAllah akan terus dicari sampai bila-bila.
Ada tak yang berminat? Kalau ada, cepat-cepat roger kakfar ye supaya kita boleh naik ke puncak bersama-sama. Lagi cepat kita mula, lagi cepat kita akan sampai destinasi. Dengan income 4 angka tu macam-macam kita boleh buat tau! Kita boleh tunaikan macam-macam impian atau/dan boleh juga disimpan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di masa depan. InsyaAllah, kakfar harap plan-plan kakfar ni akan jadi kenyataan.
Korang pula macam mana? Dah masuk bulan kedua ni, dah siap ke plan untuk 2018? Kalau belum, masih lagi belum terlewat untuk kita mulakannya. Kalau dah buat, cuba kongsi plan atau impian 2018 kita tu kat blog atau wall FB masing-masing. Jangan takut nak kongsi impian kita. Sebab bila kita kongsi, akan ada ramai orang yang mendoakan kita. Mana tahu, di kalangan mereka ada yang dimakbulkan doanya. Nanti bila sampai tahun depan, kan syok kalau -kita dapat tengok semula impian-impian kita yang dah menjadi nyata? 🙂
Jom buat. Agar kita boleh beri inspirasi sesama kita.
Love,
@kakfar | SID: 860722
Founder of CHARM Empire
012-3579599
Leave a Reply