Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Rahsia Vitamin Ibu.Com… 🙂
Alhamdulillah… Semalam 16 September 2014, kita meraikan sambutan Hari Malaysia yang ke-51. Haa.. uols tahu tak kenapa kita ada #harimalaysia ni? Apa pulak bezanya dengan sambutan yang kita selalu sambut setiap 31 Ogos tu? Kalau nak ulas pasal sejarah, post ini akan menjadi terlalu panjang…ngantok pulak korang baca nanti. Hihihi.. So, secara ringkasnya tanggal 16 September ini adalah hari di mana Malaysia ditubuhkan. Jangan tak tahu pulak, sebenarnya Malaysia ini adalah sebuah negara yang ditubuhkan pada 1963 hasil dari penggabungan Persekutuan Tanah Melayu (i.e Semenanjung Malaysia), Sabah, Sarawak dan Singapura (tetapi kemudian pada tahun 1965, Singapura keluar dari Malaysia untuk menjadi sebuah republik). So, jangan confuse dengan tarikh 31 Ogos ye! 31 Ogos (1957) adalah tarikh Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. So dengan kata lain, semasa Semenanjung Malaysia dah merdeka… Sabah dan Sarawak pada masa itu belum merdeka lagi. ZzzZZzzZ….
Ok, cukup-cukuplah pasal sejarah Malaysia…hehehe..
Hari ni sebenarnya saya nak cerita pasal ‘sejarah’ saya pulak… Meh kita berkenal-kenalan skett…
Asalnya…
Nama penuh saya Farahida Binti Mohamad Fadzillah. Tapi hampir semua orang panggil saya Fara. Bagi saya, lahir di Malaysia dalam keadaan aman dan sejahtera sebagai orang melayu dan seorang Islam adalah satu nikmat yang saya tak boleh dustakan. Saya lahir dalam tahun 1980-an di Pahang. Lahir di Raub sebelum kemudian membesar ‘bersama keluarga’ di Temerloh sehingga usia 12 tahun. Melangkah saja ke sekolah menengah, saya sudah ‘berpisah’ dengan keluarga kerana ditawarkan belajar di SBP (again, back in Raub) dan seterusnya sejurus sahaja mendapat result SPM saya merantau pula ke Perancis selama 8 tahun. Selama 8 tahun hidup saya ditaja bukan saja dari kos pembelajaran dalam jurusan kejuruteraan sehingga ke peringkat sarjana (master of engineering) tapi juga kos sara hidup yang lain. See? Besar tak besarnya jasa rakyat Malaysia pada saya? So, now it’s turn for me to pay back…
Hidup di perantauan…
8 tahun di perantauan. 8 tahun saya membawa nama Malaysia di negara orang. Bila orang asing nampak saya, yang pertama mereka tahu saya seorang muslim kerana saya bertudung dan yang kedua pasti mereka akan bertanya datang dari mana kerana raut wajah muka bukan seperti mereka di Eropah atau mana-mana orang Islam di Timur Tengah. Walau ke mana-mana ceruk Eropah saya jelajahi, hanya 2 identiti itu yang saya bawa bersama. Identiti seorang muslim dan juga sekeping passport Malaysia. Orang kurang endah tentang nama atau apa yang saya buat di situ. Tetapi orang sentiasa perasan kelainan yang saya bawa di situ. Saya pernah menjadi satu-satunya pelajar Malaysia dan satu-satunya pelajar yang bertudung di universiti dan sayalah orang yang bercakap perancis dengan accent yang lain dari yang lain. Lidah melayulah katakan. Hihihi.
8 tahun di perantauan. Ramai yang sekadar nampak bestnya saya dapat belajar oversea boleh pergi jalan sini sana tetapi mereka tak tahu tinggi rendah langit yang saya pernah alami. Cabaran saya bukan semata-mata dalam pelajaran yang 100% dalam bahasa asing. Cabaran persekitaran, sosial, sahsiah dan jati diri, keluarga, hati dan perasaan…semua itu tidak mungkin dapat saya lalui jika tidak berpegang teguh kepada 2 identiti ini – seorang muslim dan orang melayu (Malaysia). Selama 8 tahun saya tak kenal seronok nikmat pagi raya Aidilfitri, selama 8 tahun saya hanya berjumpa keluarga setahun sekali, dan selama 8 tahun jugalah saya hidup berdikari – sakit demam, patah riuk, accident…semua kena handle sendiri.
Tahun 2000-2008 menyimpan pelbagai memori yang menjadikan siapa saya hari ini. Banyak yang maniss, tapi tak kurang juga yang pahitnya. Ada yang kelakar, tapi banyak juga yang boleh buat menangis. Saya pernah jadi seorang yang cemerlang tapi saya juga pernah mengalami kegagalan. Saya pernah rasa berada di kemuncak, tapi saya juga pernah berada di bawah. Alhamdulillah… semuanya saya ambil dan terima sebagai satu tarbiah dari Allah.
Kembali ke Malaysia…
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Walaupun saya sayangkan Perancis, saya sayang lagi negara sendiri. Saya sayang dan rindukan family yang lama ditinggalkan. Saya rindukan cuaca panas dan kemesraan orang Malaysia. Saya rindukan kebebasan bertudung dan kemudahan dalam beribadat di sini. Walaupun best friend saya sendiri kat sana dulu pernah declare macam-macam kat saya, saya tetap suka pilih orang yang makan sambal dan belacan dari tanah tumpah darah sendiri. Hihihi. So, tamat pengajian… saya pun balik ke Malaysia. Offer kerja yang saya terima di sana pun saya pandang sepi. Walaupun gaji yang dioffer disana 2x ganda dari apa yang saya dapat di sini.
Saya mula bekerja sebagai jurutera di syarikat saya bekerja sekarang sejak tahun 2009. Saya juga bertemu jodoh di situ dan kini kami telah dikurniakan dengan 2 orang putera. Walaupun bidang yang saya kerja sekarang agak lari dari pengkhususan yang saya pelajari suatu ketika dulu, saya langsung tak anggap 8 tahun yang dihabiskan di sana dahulu sesuatu yang rugi. Saya yakin kerana pengalaman saya di perantauan dululah saya sentiasa ditugaskan untuk mengendali projek-projek yang berkaitan dengan transfer of technology dari customer-customer kami dari luar negara. Saya tahu sebab saya menguasai bahasa Perancislah saya benar-benar diperlukan di situ sebagai perantara dan jurubahasa. Saya memang jenis yang tak suka duduk diam dan sentiasa cari jalan untuk tambah duit.
Sebelum mula bekerja sebagai engineer, saya pernah mengajar tuisyen Matematik kepada pelajar sekolah menengah. 36 jam sahaja saya bekerja dalam sebulan (bukan seminggu ye)..dah boleh dapat RM900+. Syok kan? Itu baru rate mengajar di Temerloh, bukan di Kuala Lumpur. Kemudian, walaupun mempunyai pekerjaan tetap, sekali sekala saya ‘ambil cuti’ juga untuk buat kerja-kerja sampingan sebagai translator-interpreter French-English-French. Boleh tahan mahsyuk tau kerja ni… Untuk level amateur macam saya ni, Alhamdulillah paling banyak saya pernah dapat RM900/DAY. Paling kurang pun RM500/day. So, memang kalau kadang-kadang bila dapat job offer macam ni saya sanggup amik annual leaves. Hahaha. Sekurang-kurangnya dapat juga asah semula skill dan buka minda jumpa orang yang lain dari biasa yang bukan sedia ada dalam network kita. Lagipun dalam setahun tu maybe dapat peluang 2-3 kali je. Saya juga pernah buat subtitle untuk HBO – english to malay. The payment is not so bad. Kalau buat full time, maybe boleh dapat RM3k+ sebulan. Tapi saya terpaksa lepaskan sebab terlalu time consuming. Kalau buat job ni, bisnes Shaklee akan terabai sebab setiap movie deadline hanya dalam masa 2 hari. Lepas tu banyak pulak pantang larang dalam buat subtitle ni. Bukan boleh translate gitu2 je. Yang lagi pening kepala kalau dapat movie yang penuh dengan American slang. Haaa.. Memang jenuhla nak memikiornyerr… Subtitle job ni memang mudah n mahsyuk untuk orang2 yang takde banyak tanggungjawab. Macam saya, saya dah commit untuk buat Shaklee, so all my free time saya prefer untuk fokus pada bisnes yang satu ni… Ehhhh…dah macam resume plak… 😀
Kenapa bersusah-payah cari duit?
Siapa tak suka duit kan? Saya suka duit dan saya suka beranakkan duit. Bukan untuk saya saja. Tapi untuk orang-orang keliling saya. Untuk anak-anak. Untuk keluarga. Untuk masa depan. Untuk merealisasikan sejuta impian. Dalam rezeki yang saya dapat ini, ada 1/3 bahagian untuk orang lain. Lagi banyak saya dapat duit, lagi banyak saya dapat bantu orang lain. Kalau nak kira-kira kos hidup+belajar yang beratus-ratus ribu dulu, apalah sangat yang saya dah bantu dalam masa 5 tahun saya bekerja ni kan? Kalau tak dapat memberi dalam bentuk wang ringgit, saya akan cuba sehabis baik untuk memastikan pekerjaan dan perkhidmatan yang saya lakukan sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada orang lain… Like I said, it’s my turn to pay back… 🙂
This becomes the reason why I love doing Shaklee. Dengan Shaklee, I’ve got all in ONE. Bila saya berkongsi tentang kesihatan, saya memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan taraf kesihatan yang lebih baik. Bila saya berkongsi tentang bisnes, saya memberi peluang kepada orang lain untuk turut menaikkan taraf hidup melalui perniagaan. Kalau berkerja makan gaji, mungkin bukan semua teori yang dipelajari dapat dipraktik. Tetapi apabila berbisnes sendiri, apa yang saya pelajari itulah yang diamalkan dan kemudian dikongsikan kepada orang lain.
I think this is long enough. Now, you know all about me. Haha. Saya ni orang biasa-biasa saja tapi sedang cuba menjadi yang luar biasa. Percaya sebelum berjaya, doakan saya ya! 🙂
Salam Perkenalan,
Fara Fadzil
SID: 860722
012-3579599
hebat fara!bestkan pengalaman merantau tempat orang..
Alhamdulillah su..
Rezeki fara masa muda2 dulu 🙂
Seronoknya dpt bljr di oversea..
Alhamdulillah..pahit manis semua ada sue.. tapi best lagi duk Malaysia..hihihi