Musim haji tiba lagi. Semenjak minggu lepas, jemaah haji dari Malaysia sudah mula berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji (dan umrah) bagi tahun 1435H ini. Wah.. memang sangat beruntung mereka yang telah terpilih menjadi tetamu Allah ini, kan?Ada yang muda-muda lagi sudah dapat pergi ke Tanah Suci. Ada yang sudah lama meniti usia baru mendapat jemputan. Rezeki masing-masing.
Pada musim haji ini, selama 40 hari jemaah haji kita akan berkampung di negara Arab. Jadi, sudah semestinya pelbagai perkara yang perlu dipersiapkan dan disediakan sebagai bekalan sepanjang berada di sana. Salah satunya ubat-ubatan dan supplement agar tidak mudah jatuh sakit akibat perubahan cuaca dan supaya sentiasa cergas bertenaga melakukan ibadah. Al-maklumlah terdapat berjuta-juta orang Islam yang berkumpul di sana ketika ini bagi menunaikan rukum Islam yang kelima itu. Jadi, sudah tentu para jemaah haji berharap agar kesihatan diri sentiasa mengizinkan agar dapat menunaikan ibadah sebanyak dan sesempurna yang mungkin bagi mengejar pahala dan saham akhirat yang telah Allah janjikan.
Set Haji dan Umrah Shaklee sebagai bekalan menunaikan haji dan umrah
Apa cadangan produk Shaklee untuk para jemaah haji dan umrah ini?
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis vitamin Shaklee yang sesuai dibawa semasa mengerjakan haji ataupun umrah ini. Tetapi, saya suka mengesyorkan sekurang-kurangnya jemaah haji/umrah membawa supplemen-supplemen yang saya kumpulkan di dalam Set Haji dan Umrah di bawah:
Performance Drink (PD) sebagai bekalan menunaikan haji/umrah
Kenapa PD? Sudah sedia maklum bahawa performance drink Shaklee ini merupakan minuman tenaga yang digunakan oleh para atlit antarabangsa termasuklah yang bertanding di peringkat Olimpik. Jadi, biiznillah minuman ini dapat membantu dalam memberi tenaga dan mengekalkan stamina sepanjang umat Islam menunaikan haji dan umrah di sana. Keadaan cuaca yang panas di tanah Arab menyebabkan kita akan mudah terdehidrasi. Walaupun air zam-zam boleh didapati di mana-mana saja dengan mudah, tetapi minum terlalu kerap mungkin juga menyukarkan sesetengah jemaah haji/umrah kerana perlu kerap berulang ke tandas. Bagi melancarkan perjalanan dan juga ibadah, jemaah haji/umrah boleh mengambil performance drink ini 1-2x sehari bagi mengekalkan keseimbangan elektrolit di dalam badan agar tidak mudah haus dan mengelakkan diri daripada cepat letih.
Harga Performance Drink ini adalah RM82.50 untuk satu canister seberat 539g.
Untuk pesanan Perfromance Drink secara online, anda boleh klik sini.
Nutriferon sebagai bekalan menunaikan haji/umrah
Nutriferon adalah satu formula ekslusif yang dipaten oleh Shaklee bagi menggalakkan penghasilan interferon semulajadi tubuh. Interferon ini adalah satu elemen dalam badan manusia yang bertanggungjawab dalam merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh. Ia seumpama “alarm” yang memberi signal kepada sistem pertahanan tubuh untuk membunuh kuman yang terdapat di dalam badan kita. Perubahan cuaca dan persekitaran yang berbeza di Tanah Arab boleh menyebabkan para jemaah haji dan umrah terdedah kepada pelbagai penyakit seperti demam, batuk dan sebagainya. Jadi, orang ramai yang ingin pergi menunaikan haji dan umrah adalah sangat digalakkan untuk membawa nutriferon ini sebagai bekalan bagi meningkatkan sistem pertahanan badan mereka.
Harga Nutriferon ini adalah RM181.25 untuk sekotak yang mengandungi 30 sachets.
Untuk pesanan Nutriferon secara online, sila klik sini.
Vita-C Plus sebagai bekalan menunaikan haji/umrah
Sebagai bekalan antioksidan untuk mengelak serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit, saya mengesyorkan para jemah haji dan umrah untuk membawa vitamin C shaklee iaitu Vita-C Plus sebagai bekalan mereka ke Tanah Suci Mekah. Vitamin C membantu dalam menyerap khasiat pemakanan kita dengan lebih baik dan membantu mengelakkan kita dari terkena jangkitan penyakit. Perbezaan suhu di bilik yang berair-cond (sejuk) dengan persekitaran di luar yang panas dan berhabuk boleh menyebabkan kita mudah diserang selsema. Jadi, untuk kelegaan yang segera jemaah haji/umrah boleh mengambil Vita-C Plus ini 2 biji setiap hari apabila diserang pemyakit ini.
Harga Vita-C Plus ini adalah RM92.50 untuk sebotol yang mengandungi 180 biji.
Untuk pesanan Vita-C Plus secara online, sila klik sini.
Ostematrix sebagai bekalan menunaikan haji/umrah.
Semasa menunaikan haji/umrah, para jemaah bukan sahaja memerlukan tenaga tetapi juga kesihatan tulang yang baik untuk bersolat, berjalan dari hotel ke masjid, bertawaf, menunaikan saie dan sebagainya. Oleh itu, Ostematrix yang merupakan supplemen calcium dan magnesium Shaklee ini merupakan salah satu supplemen yang wajib dibawa oleh para jemaah yang menunaikan haji dan umrah. Ia dapat membantu melegakan rasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan dan tulang serta memberikan tidur yang berkualiti agar badan rasa segar dan bertenaga keesokan hari.
Harga OsteMatrix ini adalah RM61 untuk sebotol yang mengandungi 120 biji.
Untuk pesanan Ostematrix secara online, sila klik sini.
Demikian secara ringkasnya beberapa cadangan supplemen Shaklee yang boleh dibawa semasa menunaikan haji dan umrah. Jika anda memerlukan supplemen untuk sebarang permasalahan yang lebih spesifik, sila hubungi RahsiaVitaminIbu.com melalui sms/whatsapp 012-3579599 atau email rahsiavitaminibu[at]gmail.com untuk khidmat konsultasi.
Untuk mendapatkan Set Haji dan Umrah ini secara online, anda boleh klik sini. Sila tick/untick produk yang anda berminat dan kemaskini kuantiti yang anda perlukan.
Atau anda juga boleh mendapatkannya dengan menghubungi RahsiaVitaminIbu.com melalui sms/whatsapp 012-357 9599 (Puan Fara Fadzil) atau emailkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan harga.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnose, menyembuh atau merawat mana-mana penyakit. Sila dapatkan khidmat pakar kesihatan untuk sebarang penyakit yang anda alami.
betul sangat, kesihatan kena jaga, supaya dapat mengerjakan haji dengan sempurna..bukan senang dpt jd tetamu Allah ni…
kan mel kannn?