Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Cara memilih protein soya yang terbaik

Saya percaya, pasti ramai yang pernah mendapat email atau terbaca tentang pengambilan soya boleh memudaratkan kesihatan. Terutamanya bagi wanita, walaupun kita tahu, minum soya boleh menjadikan kulit kita dan anak di dalam kandungan cantik, kita ragu-ragu untuk mengambilnya kerana dihantui rasa takut apabila ada yang mewarwarkan bahawa soya boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi, berasaskah ketakutan kita itu? Adakah kita perlu menghindarkan minuman kegemaran kita selama-lamanya kerana kenyataan itu? Jawapannya TIDAK, jika anda tahu bagaimana untuk memilih soya yang terbaik.

Di sini, saya akan kongsikan 7 KRITERIA PENTING YANG PERLU ANDA PERIKSA UNTUK MENDAPATKAN PROTEIN SOYA YANG TERBAIK:

  1. Pertumbuhan kacang soya itu mesti secara organik : Ini bermaksud bermula daripada biji benih yang ditanam, kemudian dijaga, disiram, dibaja sehinggalah ia tumbuh membesar dan sedia dipetik, segalanya dilakukan secara organik tanpa campuran bahan kimia. Kenapa? Jika dibandingkan dengan penanaman organik, penanaman yang bukan organik akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan dan kandungan nitrat dalam makanan tersebut bertambah. Dan dari segi kajian, memang sudah ada bukti yang menunjukkan hubungkait kanser dengan nitrates. Justeru, adalah amat penting untung kita pastikan tiada racun perosak dan bahan kimia lain yang digunakan semasa proses pembesaran kacang soya ini. 
  2. Kacang soya itu mestilah NON GMO (tidak dihasilkan/diubahsuai secara genetik) : Kacang soya yang GMO bermaksud terdapat perubahan yang dilakukan terhadap DNA kacang soya melalui kejuruteraan genetik. Kenapa protein kacang soya mesti TIDAK dihasilkan daripada teknik ini? Menurut kajian, Dr. Louis J. Pribyl (seorang saintis kerajaan Brazil) menekankan bahawa apabila tumbuhan dimasukkan dengan gen baru (gen diubahsuai), ia akan membawa masuk sekaligus toksin yang terbina tanpa disedari. Secara umumnya, banyak syarikat yang menggunakan teknik ini untuk menjimatkan kos kerana kacang soya GMO adalah lebih murah untuk dihasilkan berbanding ditanam secara semulajadi. Jadi, pastikanlah anda TIDAK memilih protein soya yang GMO bagi mengelakkan toksin masuk ke dalam badan anda.
  3. Protein soya itu mengandungi 9 asid amino perlu – Ini ciri yang SANGAT penting! Kita perlu memilih protein yang mengandungi 9 asid amino ini :- histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine. Kesembilan-sembilan ini digelar asid amino perlu kerana mereka tidak boleh dihasilkan oleh badan kita tetapi penting untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim dan protein-protein yang lain. Jika salah satu daripada asid amino ini tiada, keberkesanan sistem imun kita boleh berkurang sehingga 30% dan banyak sistem badan yang lain akan tergendala atau terhenti. 
  4. Dalam proses pembuatan soy isolate, kepingan soya yang dihancurkan mesti dibersihkan dengan AIR dan bukan dengan alkohol – Bukan hanya kerana alkohol itu haram bagi umat Islam, tetapi ia juga akan memusnahkan sehingga 88% kandungan isoflavone. Sedangkan isoflavone itulah yang diperlukan untuk mengurangkan risiko barah paru-paru, payudara, prostat dan usus; selain berfungsi untuk menyeimbangkan hormon serta menaikkan berat tulang. Jadi anda sekarang tahu mengapa soya dikaitkan dengan barah. Puncanya adalah kerana soya yang digunakan itu dicuci dengan alkohol. Jadi, untuk mengelaknya, pilihlah soya yang dibersihkan dengan air.
  5. Bahan anti-thyroid/anti-growth mesti disingkirkan – Orang Asia, yang sudah lama menggunakan soya mentah (seperti tempeh), mengetahui bahawa soya mentah mengandungi bahan “anti-growth” dan “anti-tyrosine”. Tetapi, sekiranya kita kekurangan tyrosine, ini akan menyebabkan tekanan darah kita menjadi rendah, suhu badan menjadi rendah dan  mengalami “restless leg syndrome”. Sebab itulah orang Asia akan sering memasakkan sedikit (suhu rendah) makanan soya mereka agar bahan “anti-growth/anti-tyrosine” ini tidak aktif. Justeru,pilihlah protein soya yang tidak mengandungi bahan-bahan ini tetapi masih dapat mengekalkan ciri-ciri asli bagi mendapatkan kandungan terbaik asid amino dan isoflavone yang sangat sensitif dengan haba. 
  6. Proses pembuatan protein soya tanpa pemanasan – Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Dalam sesetengah kajian, protein yang dipanaskan akan memusnahkan sehingga 50% daripada asid amino perlu. Jika kita sering mengamalkan diet yang kekurangan asid amino perlu, perkembangan otak dan hormon atau lain-lain tisu badan akan terganggu.
  7. Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium – Beberapa laporan negatif menyatakan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid sehingga boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Asalnya, kacang soya yang mentah adalah makanan yang neutral – tidak berasid, dan tidak beralkali. Walau bagaimanapun, proses penyingkiran minyak kacang soya (proses penting agar serbuk soya tidak basi dengan cepat), menyebabkan serbuk itu menjadi berasid. Sebab itulah kalsium (yang bersifat alkali) perlu ditambah untuk meneutralkannya semula.

Sekarang, ianya lebih jelas bukan? Bukan semua soya yang patut disabitkan sebagai punca kepada masalah kesihatan. Sekiranya kita bijak memilih soya, kita akan mendapat manfaat protein terbaik yang dapat diberikan oleh kacang soya ini.

Tidak tahu protein soya manakah yang memiliki ketujuh-tujuh kriteria ini? Tidak perlu cari lagi. Hubungi farafadzil@gmail atau 012-3579599 untuk sebarang pertanyaan dan pesanan bagi mendapatkan protein soya yang menepati ciri-ciri ini dan sememangnya TERBAIK untuk anda seisi keluarga.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
2 Comments
  1. Assalamualaikum.
    Info yang diberikan bagus cuma tak ada sumber yang boleh dipercayai. Saya just nak cadangkan supaya kalau artikel yang ilmiah seperti artikel di atas agar disertakan sekali sumbernya (references) dari mana. Itu lebih baik supaya pembaca lebih yakin untuk terus membaca artikel anda.

  2. Wassalam..
    Terima kasih atas cadangan di atas. Saya akan aplikasikannya pada masa akan datang..InsyaAllah

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

October 2024
M T W T F S S
« Jan    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company