Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Cara Atasi Hb Rendah, Kalau Ibu Hamil Tak Mahu Selalu Pening

Pening semasa hamil memang sudah lumrah di kalangan wanita. Di awal trimester pertama, hormon kehamilan, progesteron, membuatkan dinding-dinding salur darah berada di dalam keadaan “rehat” lalu menyebabkan tekanan darah menjadi rendah dan seterusnya membuatkan si ibu berasa pening dan loya. Tetapi awas! Jika ia masih berlarutan di trimester kedua dan ketiga, besar kemungkinan rasa pening yang anda alami itu adalah disebabkan oleh jumlah hemoglobin (atau Hb) yang rendah akibat kekurangan zat besi di dalam badan.

Atasi Hb rendah yang menjadi punca pening semasa hamil

Bacaan hemoglobin (Hb) normal

Bacaan Hb yang baik atau normal semasa hamil adalah >11g/dl. Kalau di klinik-klinik kerajaan, setiap kali appointment atau check ups, kandungan hemoglobin ni memang akan diperiksa oleh bidan-bidan perubatan. Kalau si ibu tak mencapai paras Hb yang ditetapkan, siaplaaa.. buku merah akan ditandakan dengan pen dakwat merah dan ibu-ibu akan diberi ceramah kesihatan FREE tentang cara nak atasi Hb rendah ini.

Jadi, bagaimana cara nak naikkan semula Hb?

Makan makanan yang kaya dengan zat besi

Contoh makanan yang kaya dengan zat besi adalah:

  1. Bijirin yang diperkaya dengan zat besi – Banyak bijirin atau cereal di pasaran memang selalui diperkaya dengan zat besi. Kandungan zat besinya adalah  ialah sebanyak 68mg (376% DV) setiap 100 grams atau 28mg (158% DV) setiap cawan (42 grams). Tetapi awas! Jika anda menghidap GDM atau kencing manis semasa hamil, atau mempunyai masalah obesiti, pengambilan bijirin untuk menaikkan Hb bukanlah satu langkah yang bijak kerana bimbang akan menyebabkan penyakit yang lain pula.
  2. Serbuk koko – serbuk koko mengandungi 36mg (200% DV) setiap 100 grams atau 1.8mg (10% DV) bagi setiap sudu besar (5 grams). Boleh digunakan dalam masakan seperti puding, jeli, minuman dan sebagainya.
  3. Spirulina (rumpai laut) -Spirulina mengandungi sebanyak 29mg (158% DV) bagi setiap 100 gram atau 2mg (11% DV) setiap sudu besar (7 grams). Ia boleh didapati daripada rumpai laut atau pemakanan tambahan seperti Vita-lea Shaklee.
  4. Makanan laut – makanan laut secara amnya tinggi dalam zat besi. Udang sebanyak 3 oz, dapat membekalkan zat besi sehingga 132% DV. Makanan lain seperti tiram (57%) dan sotong (51%). Tetapi, kesannya tidaklah secepat pengambilan daging.Makanan kaya dengan zat besi untuk atasi hb rendah
  5. Hati ( ayam, lembu, kambing) – oleh kerana hati merupakan tempat simpanan zat besi, semestinya hati merupakan makanan yang tinggi kandungan zat besinya. Dalam setiap 100g hati, kandungan zat besi adalah sebanyak 23g atau 129% DV. Tapi, saya bukanlah seorang peminat organ dalaman. Jadi, menu berasaskan hati memang bukan dalam pilihan saya.
  6. Kacang – kacang seperti cashew, hazel dan almond, juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Dalam 100g kacang, ia membekalkan sebanyak 34% DV. Kacang juga digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu perkembangan otak bayi.
  7. Sayuran hijau– sayuran hijau terutamanya bayam sangat digalakkan kerana selain mempunyai zat besi, ia juga mengandungi vitamin C. Vitamin C sangat diperlukan bagi meningkatkan serapan zat besi. Semangkuk bayam membekalkan sebanyak 6g zatbesi atau 36% DV.
  8. Daging– kandungan zat besi dalam daging sebanyak 100g membekalkan 21% DV. Kandungan zat besi dalam daging / sumber haiwan lebih mudah diproses berbanding dari sumber tumbuhan.
  9. Buah prun– prun merupakan buah yang sangat lazat. Rasanya manis dan lembut, mudah disediakan serta mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Prun juga membantu melawaskan sistem pemakanan dan mengatasi masalah sembelit yang biasa dialami wanita mengandung. Kandungan zat besi dalam prun adalah sebanyak 3.5mg (20% DV) setiap 100 gram atau 4.7mg (26% DV) setiap cawan(132 grams).
  10. Tempeh– tempe merupakan makanan yang enak dan kaya dengan protein. Ia juga tinggi zat besi di mana kandungan zat besinya 2.7mg (15% DV) setiap 100 gram atau 4.5mg (25% DV) setiap cawan(166 grams). Tempeh boleh digoreng begitu sahaja, di masak bersama sayur atau ditambah dalam masakan seperti sambal goreng.

Sumber

Makan supplement zat besi DENGAN CARA YANG BETUL DAN PADA WAKTU YANG TEPAT

Tetapi, ianya agak mustahil untuk makan segala makanan yang kaya dengan zat besi dengan kuantiti yang banyak setiap hari kan? Jadi, biasanya, sekiranya anda mengalami masalah Hb yang rendah semasa hamil, anda pasti juga akan dibekalkan dengan supplement zat besi bagi membantu meningkatkan bilangan hemoglobin (darah) bagi menampung keperluan bayi di dalam kandungan. Walau bagaimanapun, tanpa cara pengambilan yang betul, khasiat mineral ini mungkin tidak akan dapat diserap secara optimum dan menyebabkan masalah pening anda sentiasa berlarutan.

Justeru, bagi memastikan penyerapan zat besi dilakukan secara optimum, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan seperti di bawah ini:

  • Elakkan makan nasi berlauk bersama dengan kopi, teh atau susu. Minuman-minuman ini mengandungi caffein ataupun calcium yang boleh mengganggu penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan secara optimum.
  • Elakkan makan iron pills (supplemen zat besi) bersama pil kalsium (atas sebab yang sama seperti di atas).
  • Makan nasi bersama air jus buah atau air kosong. Zat besi akan diserap dengan lebih baik.
  • Makan supplement zat besi setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama.
  • Makan banyak serat, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu penyerapan zat besi dan mengelakkan sembelit.
  • Makan daging terutamanya daging merah dan makanan laut sekurang-kurangnya 3x seminggu.
  • Perahkan jus limau ke dalam makanan bagi menambah khasiat vitamin C yang menyerap khasiat zat besi dalam makanan.
  • Sentiasa gunakan ikan bilis yang sudah dikopek dan udang kering dalam masakan sebagai perencah yang menambahkan khasiat zat besi.
  • Jangan basuh dan masak sayuran hijau terlalu lama kerana ia boleh memusnahkan khasiat vitamin yang terkandung di dalamnya.

Sumber

Banyak sungguh makanan yang perlu dimakan dan peraturan yang kena ikut bagi memastikan Hb sentiasa cantik di paras >11g/dl. Kenapa ya?

Kepentingan Hemoglobin Semasa Hamil

Kepada Ibu…

Jika ibu yang hamil kurang mengambil zat besi dari pemakanan seharian, bukan sahaja si ibu akan kekurangan darah dan berasa pening, malah lebih teruk lagi si ibu boleh mengalami sesak nafas, jantung berdegup laju/berdebar-debar sehingga boleh menyebabkan pitam atau jatuh pengsan.

Jika semasa mengandung atau bersalin si ibu ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut!

Kepada bayi…

Manakala kesan kepada bayi pula, ianya sangat penting bergantung kepada jangkamasa kandungan:

1. Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu)

Pada masa ini, bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl) dan jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (contohnya, tiada kaki dan tangan yang sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair, ia akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)

Ketika ini bayi di dalam kandungan telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu rendah, jantung bayi tidak akan dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung bayi tidak kuat dan ada risiko bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain kekurangan darah, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Pengalaman saya…

Bukan senang nak hadapi masalah Hb rendah ini. Saya amat memahaminya kerana saya juga tergolong di kalangan kumpulan wanita yang mengalami masalah Hb dan tekanan darah yang rendah. Saya mudah letih, tercungap-cungap dan selalu ‘blackout’  dan terhuyung-hayang apabila tiba-tiba berubah posisi dari duduk kepada berdiri atau dari kawasan terang ke kawasan yang suram.

Masa mengandungkan anak yang pertama pada tahun 2011, hanya 2-3 kali sahaja saya melepasi bacaan >11g/dl. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Saya bergantung sepenuhnya kepada pil supplement yang klinik berikan. Tetapi bacaan Hb masih di antara 9-11g/dl dan sembelit masa mengandung tak usah ceritalah. Pengambilan zat besi memang menyebabkan najis berwarna hitam dan mengakibatkan sembelit.

Untuk anak yang kedua, saya bertukar 100% kepada set hamil Shaklee. Alhamdulillah..pengalaman mengandung yang dilalui ketika ini lebih mudah dan lancar. Tiada sebarang masalah walaupun saya langsung tidak mengambil vitamin yang doktor telah preskripsikan kerana amaun supplement yang saya ambil melalui set hamil Shaklee sudah cukup untuk menampung keperluan saya dan bayi ketika itu. Alhamdulillah…tiada masalah Hb rendah..dan tiada juga rasa pening yang melampau ketika hamil.

Keberkesanannya turut diakui oleh Puan Aya Chalo dalam video ini..

Jadi, kalau anda juga mengalami masalah yang sama seperti saya atau Puan Aya Chalo…ya, saya betul-betul mengesyorkan anda untuk mencuba supplement Shaklee untuk ibu hamil ini. Jadikan ia sebagai usaha kita untuk memberikan si manja nutrisi yang terbaik sejak dari dalam kandungan lagi. Jangan segan-segan untuk menghubungi saya di 012-3579599 untuk menceritakan masalah Hb rendah anda dan saya akan kongsikan segala ilmu yang saya ada bagi membantu anda mengatasi masalah ini.

Semoga ilmu yang dikongsikan di dalam entry ini bermanfaat kepada semua! 🙂

Till then, be happy n be healthy 🙂

Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Pilihan Ramai di KL

ID: 860722

012-3579599

4 Comments
  1. Artikel ini sangat lengkap dan bagus, sekali dengan pengalaman sendiri. Seronok baca. Ramai ibu yang abaikan kepentingan iron ketika mengandung, artikel ini sangat membantu meningkatkan kesedaran mereka. Good Job.
    ida ifaz recently posted…[Video] 4 Langkah Elak Kematian Mengejut Ketika Diserang StrokMy Profile

  2. Saya tak suka kalau HB rendah time hamil..nanti nurse akan marah-marah
    nad recently posted…TURUNKAN KOLESTEROL KEPADA NORMAL DENGAN SHAKLEEMy Profile

  3. Berapa harga set hamil shaklee ni

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

November 2023
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Media Integration by Acurax Wordpress Developers