Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

10 Langkah Untuk Bebas Hutang

Assalamualaikum..

Saya yakin di Malaysia ni sangatttt ramaiii orang yang berhutang. Paling kurang, ramai graduan yang start2 kerja dah ada hutang PTPTN. Yang kaya-raya pun, saya yakin tak ramai yang membeli rumah banglo mereka dengan tunai.

Jadi, hari ni saya nak kongsikan 10 langkah bagaimana untuk membebaskan diri dari hutang. Langkah-langkah ini saya dapat dari seorang pemberi komen (yang saya ucapkan banyak2 terima kasih) di laman fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki di Facebook. Saya berpendapat teknik yang dikongsikan sangat mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang. Jadi, saya kongsikan semula di sini semoga ia dapat menjadi panduan kepada lebih ramai orang lagi yang ingin membebaskan diri mereka dari cengkaman #hutang.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu mempunyai semangat yang kuat untuk sampai ke garisan penamat. Begitulah juga seperti keinginan untuk membebaskan diri dari hutang ini. Cekalkan hati anda dan istiqomahlah mengikut 10 langkah di bawah ini bagi mencapai matlamat untuk bebas hutang.

10 Langkah Untuk Bebas Hutang

Menurut beliau, 10 langkah tersebut adalah:

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI  yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1) Hutang perabot RM2000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (perabot?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda  bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis. Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

Jadi… secara ringkasnya, menurut beliau, kalau kita nak bebas hutang, kita kena kurangkan perbelanjaan. Ini bermaksud ada keinginan yang memerlukan duit yang kita mesti korbankan.

Cara saya pula…

Tapi, sebenarnya ada satu lagi cara untuk kita membebaskan diri dari hutang.. iaitu dengan menambahkan pendapatan. Dan cara inilah yang saya pilih.

Buat masa ini Alhamdulillah saya bersyukur, saya masih mempunyai pekerjaan dan gaji yang tetap masuk setiap bulan. Saya juga mempunyai suami tempat bergantung. Tapi, saya tahu langit bukan selalunya cerah. Kadangkala hujan turun di tengah hari. Musibah dan ujian boleh menimpa pada bila-bila masa dan apa yang ada hari ini boleh hilang dengan sekelip mata dengan izin-Nya. Saya tahu bukan mudah untuk mengurangkan perbelanjaan. Sebab kadang-kala perbelanjaan yang sedia ada memang sudah sedia minima. Jadi, apa yang saya buat?

Saya menjinak-jinakkan diri dengan bisnes Shaklee untuk menambahkan pendapatan. Shaklee yang dulu hanyalah satu produk yang saya guna dan makan sendiri. Kini, saya berkongsi pula kebaikannya dengan orang lain. Alhamdulillah..dari hati jatuh ke hati..bisnes Shaklee tidaklah sesukar yang disangka walaupun ramai yang menyangka sudah terlalu ramai penjual Shaklee di Malaysia ini. Saya yakin akan rezeki yang terletak di tangan Allah. Dia yang Maha Pemberi Rezeki dan menentukan apa yang selayaknya kita dapat bergantung kepada usaha diri sendiri dan kebergantungan kita kepada Allah yang Maha Kuasa. Dan syukur Alhamdulillah… dengan bisnes Shaklee ini, bukan sahaja pelbagai kehendak spontan yang dapat ditunaikan, tetapi juga saya mampu membayar hutang rumah setiap bulan tanpa menggunakan sesen pun dari gaji kami suami isteri. Bukan hanya untuk kebahagiaan diri sendiri, tetapi juga demi kegembiraan keluarga dan masyarakat. Kerana dengan bonus Shaklee lah saya dapat membawa keluarga ke Turki baru-baru ini dan kerana bonus Shaklee lah saya boleh mengeluarkan sedekah dan zakat tanpa berkira-kira lagi.

bebas hutang, financial freedom, langkah untuk bebas hutang

Bermula dari situ, saya yakin Shaklee mampu memberikan kami financial freedom yang kami cari selama ini. Buktinya sudah ada. Mentor-mentor saya semuanya sudah berjaya meraih 5,6 angka. Asalkan ada usaha yang gigih, semangat yang kental, mentor yang bagus, dan keyakinan dan tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT, bi iznillah… saya tiada alasan ataupun sebab untuk gagal dalam bisnes ini.

Jadi, jika anda juga ingin #bebashutang, ambillah langkah yang betul dari sekarang. Kurangkan perbelanjaan ataupun cari jalan (yang halal) untuk menambahkan pendapatan. Dan jika anda ingin menceburkan diri dalam bisnes Shaklee, anda boleh menghubungi saya melalui sms/whatsapps 012-35795999 atau emailkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com. InsyaAllah anda akan diberi tunjuk ajar untuk berjaya dengan cemerlang sebagai SID.

Jommm!!  Jika anda mahu bebas hutang, bertindaklah sekarang!

4 Comments
  1. kalau kitorg, banyak2kan bayar pinjaman yg interest rate paling tinggi dulu. kasik jimat interest2 tuh.

    since yg interest rate tinggi2 pun biasanya jangkamasa pendek, so mcm rasa puas hati plak kalau dapat setel awl. kalau bayar lebih loan rumah drpd 30 tahun jadi 20 tahun lama lagi nak rasa. tp mcm loan kereta drpd 7 tahun jadi 3 tahun, mmg puas hati.

  2. Sedang mengaplikasi…

  3. Wah…boleh bawak family holiday lagi…good jod

Leave a Reply to amisa Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency