Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Yes!! Parut Jerawat Dah Pudar!

Salam jumaat pembaca blog RahsiaVitaminIbu.Com sekalian…

Hari ni nak kongsi kisah seorang pengguna Shaklee yang sangat happy sebab parut jerawat dia dah pudar. Dengan kata lain, nak share testimoni lerr… ๐Ÿ˜€

Manalah tahu di kalangan kita semua ada mengalami masalah yang sama. Mungkin anda boleh amalkan apa yang sister nih (saya namakan Miss A) ambil sehingga beliau berjaya memudarkan parut jerawatnya..

testimoni parut jerawat pudar/hilang

Yes!! Parut jerawat dah pudar!

Gambar no.1:

Awal tahun 2013, Miss A mengalami masalah jerawat yang teruk gara-gara salah pakai produk. Dah macam-macam produk Miss A cuba. Tapi, semakin menjadi-jadi pula jerawat yang tumbuh.

Haa..pembaca sekalian kena ambil iktibar ye. Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran sekarang, tak semuanya selamat dan berkesan. Banyak yang mengandungi bahan kimia merbahaya malah sangat toksik kepada badan kita!

Gambar no 2:

Pertengahan 2013, Miss A pun cuba produk Shaklee. Dia ambil ESP, alfalfa dan vitamin E. Selepas lebih kurang 2 – 3 bulan mengamalkan kombinasi produk ni, Alhamdulillah.. jerawatnya mula kering.

Saya suka nak highlight perkataan 2-3 bulan kat atas ni untuk mengingatkan para pembaca dan pengguna bahawa supplement memang akan mengambil masa untuk menampakkan kesan. Cara supplement atau vitamin berkerja bukan seperti ubat kerana ia BUKAN UBAT. Ubat memang ‘ditugaskan’ untuk merawat, maka kesannya cepat. Supplement pula bertugas untuk membantu melengkapkan nutrisi dalam badan kita supaya sel-sel badan berfungsi dengan baik dan seterusnya dapat ‘membaiki kerosakan’ pada badan kita dengan sendiri secara semulajadi. Dan 3 bulan adalah tempoh yang sesuai untuk melihat keberkesanan sesuatu produk dengan syarat ia diambil secara KONSISTEN dan air masak diminum secukupnya.

Berbalik kepada pilihan supplement Miss A ni tadi, beliau telah mengambil:

  1. ESP – ESP merupakan protein yang bertindak sebagai pembaiki sel-sel rosak dan pembina sel-sel baru. Ianya penting untuk membantu membaiki ‘kerosakan’ sel kulit pada wajah akibat pengambilan produk yang tidak sesuai. ESP bukan sahaja boleh diminum tetapi juga dibuat masker untuk membantu melembutkan dan memudarkan parut dengan lebih cepat.
  2. Alfalfa – Alfalfa adalah raja segala tumbuhan yang bertindak sebagai pendetoks. Toksin yang terdapat dalam badan kita adalah salah satu punca jerawat pada muka. Jadi, alfalfa membantuย  membuang toksin di dalam badan akibat salah pengambilan produk dengan mengeluarkannya melalui perkumuhan. Pengambilan alfalfa harus disertai dengan pengambilan air masak yang banyak bagi menyahtoksin dan sekaligus mengeringkan jerawat yang ada.
  3. Vitamin E – Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat diperlukan untuk melindungi sel-sel kulit dari serangan radikal bebas dan sinaran UV. Kalau tidak, kenapa dalam iklan produk kosmetik, mereka selalu menekankan kehadiran dan kepentinganVitamin E ini dalam produk mereka kan? Tak lain tak bukan, sudah tentulah kerana manfaatnya yang banyak dalam memastikan kejelitaan wajah. Dalam kes pengguna di atas, vitamin E diambil bagi membantu menghilangkan bekas jerawat dan parut yang ada.

Gambar no. 3:

Kita dapat lihat, jerawat Miss A semakin pudar. Alhamdulillah.. ๐Ÿ™‚

Gambar no. 4:

Dan akhirnya pada awal tahun 2014 yang lepas, bukan sahaja jerawat malah bekas parut juga semakin pudar kelihatan. Inilah hasilnya setelah bersabar dan istiqamah mengambil ketiga-tiga supplement ini. Bi iznillah…

 

testimoni parut jerawat pudar

Jom Pudarkan Parut Jerawat!

Best kan? Teruja tak nak hilangkan parut jerawat yang lama2 tu? Kalau anda juga berminat untuk mengamalkan apa yang Miss A amalkan, boleh hubungi SID Pilihan Ramai di KL melalui sms/whatsapp 012-3579599 (Fara Fadzil) atau email kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com. Penghantaran dilakukan ke SELURUH MALAYSIA dan perkhidmatan COD disediakan di sekitar kawasan Kuala Lumpur – Ulu Kelang, Keramat, Wangsa Maju, Taman Melawati, Taman Permata, Setapak,ย  Setiawangsa, Ampang, Bangi, Kajang, Putrajaya, Selayang, Shah Alam, Temerloh, Segamat, Seremban dan Universiti Malaya.

Atau jika anda ingin shopping secara online anda boleh klik butang di bawah. ๐Ÿ™‚

order set pudarkan jerawat

Dan sekiranya anda mencari produk kosmetik yang selamat serta bebas bahan kimia dan toksin, anda juga boleh bertukar kepada rangkaian produk Healthy Beauty dari Shaklee. Hubungi 012-3579599 untuk keterangan lanjut.


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, mencegah, menyembuh atau merawat mana-mana penyakit. Dapatkan nasihat pakar kesihatan anda untuk sebarang permasalahan kesihatan yang anda alami.

4 Comments
  1. Alfalfa memang tidak ditanam di Malaysia mungkin kerana tidak sesuai dengan permukaan geografi kita. Tapi dengan adanya shaklee alfalfa complex, pengguna dapat nikmati khasiatnya dan dapat menghilangkan parut jerawat

    • Ye betul tu Vitakcrew. Alfalfa ni raja segala tumbuhan yang dapat menyahtoksinkan badan kita termasuklah toksin yang menyebabkan jerawat ๐Ÿ™‚
      Fara Fadzil recently posted…Me @ 33 tahunMy Profile

  2. Sy punye muka…makin berjerawat dan berparut lps guna local skincare…dah r nak raye esk…mmg mood down….naik biji2 merah n gatal dekat pp belah knan…bile sentuh kwasan merah tu kasar…tp sy bru consume vitamin c shaklee & esp…bru seminggu…

  3. Sy bru seminggu consume vitamin c dan wsp…boleh ke kurang jrwat dan parut?

Leave a Reply to Mood down Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company