Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Vitamin untuk wanita kekal sihat di sepanjang usia

Keperluan untuk kesihatan wanita amat unik. Ada fasa-fasa dalam kehidupan seorang wanita yang memerlukan penjagaan yang lebih rapi – contohnya ketika anda meningkat matang dan berubah seperti memasuki alam akil baligh ataupun menopause, dan ada juga fasa-fasa di mana wanita memerlukan penjagaan kesihatan yang istimewa seperti sewaktu datang bulan dan juga mengandung. Walau di mana pun anda berada, kehidupan yang sihat yang merangkumi nutrisi yang lengkap dan sihat serta senaman merupakan langkah utama bagi mencapai kesihatan yang optimum dan berpanjangan di kalangan wanita.

Berikut adalah saranan pemakanan tambahan atau supplemen yang boleh diambil bagi mengekalkan kesihatan wanita yang optimum.

Khasiat yang diperlukan oleh wanita

Khasiat polifenol– Baru-baru ini, polifenoldijolok dengan gelaran ‘lifespan essentials’ (ramuan utama untuk umur yang panjang), kerana ia bekerja keras dalam badan kita untuk mencegah mekanisma sesetengah penyakit daripada berlaku1.  Walaupun tindakbalas spesifiknya yang menyokong kesihatan masih di dalam kajian, tetapi polifenol sangat dikenali dengan keupayaannya yang boleh mengurangkan risiko penyakit kardovaskular, kanser, diabetes dan penyakit-penyakit yang melibatkan saraf2.

Kalsium, Vitamin D dan mineral – Kalsium yang diperkayakan dengan vitamin D, zinc, copper, manganese dan boron adalah amat penting untuk pembentukan tulang yang baru dan mengekalkan kekuatan tulang. Berdasarkan British Medical Journal, kekurangan kalsium akan menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat osteoporosis. Dan terutamanya, sewaktu mengandung dan menyusukan anak, badan anda memerlukan kalsium yang lebih kerana kedua-duanya – anda dan bayi anda – memerlukannya3. Supplemen yang dilengkapkan dengan mineral-mineral ini juga memperbaiki perubahan mood dan simtom-simtom lain yang berkaitan dengan PMS dan menopause.

Asid Gamma-Linolenic (GLA) – Gamma-Linolenic  Acid atau GLA adalah asid lemak penting yang terdapat terutamanya di dalam minyak sayuran seperti minyak borage dan minyak bunga matahari. Sudah menjadi tradisi, GLA digunakan oleh wanita sejak zaman berzaman untuk mengekalkan kesihatan mereka sepanjang  kitaran haid. GLA bertindak sebagai kunci kepada penghasilan prostaglandin PGE1 yang melindungi dan menenangkan, yang bertanggungjawab untuk menyeimbangkan hormon, mengurangkan senggugut, melegakan bengkak payudara dan menyokong kesihatan semasa menopause.

Asid Lemak Omega-3– Pengambilan asid lemak omega-3 ketika mengandung dan menyusukan anak boleh membantu dalam perkembangan otak bayi anda. Terdapat juga bukti yang menyatakan pengambilan asid lemak Omega 3 dapat membantu mencegah preeclampsia, meroyan, masalah menopause, osteoporosis selepas menopause dan kanser payudara. Selain itu, asid lemak Omega-3 juga dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung4.

Protein SoyaProtein soya adalah asas pembinaan tubuh dan kita memerlukan asid amino untuk mengekalkan dan membaiki sel, tisu dan otot. Soya telah terbukti dapat memperbaiki simtom-simtom yang berkaitan dengan menopause, mencegah penyakit akibat kekurangan hormon estrogen seperti penyakit jantung5, stroke dan osteoporosis, dan mencegah kanser payudara di kalangan wanita6. Ibu yang mengandung juga memerlukan sumber protein yang lebih berbanding wanita normal bagi menyokong keperluan badan mereka dan juga perkembangan janin yang sedang membesar.

 

Reference:
4.       Saldeen P, Saldeen T., Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct; 59(10):722-30
5.       Sacks F, Lichtenstein A, VanHorn L, et al. Soy protein, isoflavones and cardiovascular health. Circulation 2006:113:1-12

6.       Wu AH, Yu MC, Tseng CC, Pike MC. Epidemology of soy exposures and breast cancer risk. Br J Cancer 2008; 98:9-14

 Apakah yang Shaklee tawarkan untuk menjaga kesihatan wanita di sepanjang usia?

vivix

 

Vivix

Campuran botani yang unik – Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, European Elderberry dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol yang membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

set wanita shaklee

Set kesihatan wanita – GLA Complex, Ostematrix, OmegaGuard

Pakej kombinasi yang mengandungi asid gamma-linoleic (GLA), asid lemak Omega-3 dan kalsium serta mineral lain untuk mengekalkan kesihatan jantung, tulang dan kesihatan am.

 

 

 

 

 

Energizing Soy Protein ESP – Sumber protein berasaskan tumbuhan semulajadi dan lengkap yang rendah lemak, tanpa kolestrol dan lengkap dengan 9 asid amino perlu. Terbukti secara klinikal dapat membekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

 

Di manakah anda sekarang? Hubungi rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau SMS/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dan mendapatkan konsultasi percuma 🙂

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company