Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Vitamin C Shaklee: Bukan Sebarang HOT SELLER

Kalau siapa-siapa belum tahu, antara banyak produk Shaklee, Vitamin C lah yang paling HOT SELLER. Kejap-kejap je habis.. kejap-kejap je lesap..Baru je sampai stok baru, tak sampai 3 4 hari dah out of stock. Macam Chipsmore plak “Now you see, now you don’t”. Sebelum ni, Vitamin C ni dah menghilangkan diri dari market lebih dari setahun. Punyerlah ramai yang rindu dengan vitamin C Shaklee ni..sampaikan bila tiba je stok baru 21 Oktober 2013 aritu..dalam masa 4 hari sahaja dah habis!!! HOT tak HOT la Vitamin C nih. Jangan main-main. Memang siapa yang lambat order hari tu, terpaksa gigit jari. Tapi, Alhamdulillah..sebab kali ni Vitamin C tak hilang lama. Seminggu dua lepas tu datanglah dia semula.. Cuma kena sabar menunggu ajelah.

Anyway, Vitamin C Shaklee ni dikenali dengan pelbagai nama. Ada orang panggil Vitamin C Shaklee ni Sustained Release Vitamin C, ada yang panggil Vita-C Plus, ada yang panggil Vita-C SR (SR for sustained release), ada yang panggil vitamin C 500mg dan macam-macam lagilah. Tapi, awas ye! Dulu, sebelum vitamin C Shaklee ni menghilang lama, ramai insan yang ‘kurang beretika’ telah mengambil kesempatan untuk re-branding Vitamin C Shaklee ni. Ia di-repack dan dijual semula di pasaran dengan harga yang sangat-sangat tinggi melebihi daripada harga runcit yang ditetapkan oleh Shaklee. Kalau harga runcit sebiji Vitamin C ni hanyalah lebih kurang 51 sen, ada yang telah menjual semula dengan harga lebih dari RM1 sebiji!! Bayangkan kalau peniaga-peniaga ini telah membeli vitamin C ini dengan harga ahli, bukan sahaja 2x ganda..malah berganda-ganda mereka telah mengaut keuntungan. Saya bukan nak dengki, tapi saya simpati dengan pengguna atau customer yang telah tertipu dengan orang-orang yang macam ni. Nak tahu nama brand vitamin c yang mereka jual tu? Oh..macam2 yang saya dengar..tapi cukuplah saya berikan gambar-gambar kat bawah ni supaya anda mengetahui bagaimana rupa vitamin C Shaklee yang sebenar. Kalau rasa-rasa macam pernah tengok je..macam pernah makan je..haa..berhati-hatilah lepas ni supaya anda tidak tertipu sekali lagi.

Vitamin C, vitamin c shaklee, vitamin c sustained release, vita-c plus, hot seller shaklee

Kenapa Vitamin C Shaklee menjadi HOT SELLER?

Tak lain tak bukan kerana ramai yang telah JATUH CINTA dengan keberkesanannya. Vitamin C Shaklee yang bersifat ‘SUSTAINED RELEASE’ menyebabkan tubuh badan kita sentiasa dilindungi oleh antioksidan untuk melawan radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan serangan penyakit dan kemusnahan sel. Ini bermaksud, kandungan vitamin C Shaklee yang sebanyak lebih kurang 500mg itu tidak dilepaskan ke dalam badan secara sekaligus tetapi secara perlahan-lahan bagi memenuhi keperluan badan. Jadi, instead of badan kita hanya dilindungi pada satu-satu masa, dengan Vitamin C Shaklee ianya akan dilindungi sepanjang masa. Vitamin C juga merupakan vitamin yang larut air yang sangat mudah diserap oleh badan dengan syarat kita minum air masak yang cukup (2-3 liter sehari) menyebabkan kesannya sangat cepat dirasai.

Apa manfaat Vitamin C?

Vitamin C merupakan vitamin ASAS yang diperlukan oleh manusia tak kira usia. Walaupun kita boleh mendapatkan vitamin C daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran, kuantiti yang kita peroleh dari sumber tersebut amatlah rendah kerana banyak vitamin C telah termusnah akibat pencemaran, penggunaan baja dan bahan kimia, dipetik sebelum ranum, dimasak terlalu lama dan macam2 lagi. Jadi, pengambilan supplement vitamin C amatlah perlu bagi :

  • Meningkatkan imunisasi badan – vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang melindungi badan dari serangan bakteria dan kuman. Antara punca mengapa orang yang sering demam atau mudah diserang selsema adalah kerana mereka kekurangan vitamin C. Ia juga membolehkan zat besi (iron) lebih mudah diserap bagi membina sel darah merah.
  • Mencantikkan kulit – selain melindungi badan dari kuman dan bakteria, vitamin C juga dapat melindungi sel daripada rosak dan termusnah. Ini dapat mengelakkan kemusnahan sel kulit yang menjadi punca jerawat dan pembentukan pigmentasi ataupun jeragat. Pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari juga membantu dalam mencerah dan melicinkan kulit.
  • Membentuk kolagenkolagen merupakan tisu penyambung atau penyokong yang menyokong dan membentuk otot, tulang dan sel-sel di dalam badan kita. Vitamin C diperlukan dalam pembentukan kolagen ini.
  • Memperbaiki simtom pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah punca gusi berdarah, luka lambat sembuh, lebam dikulit, kulit kering dan kasar.

Siapa yang memerlukan vitamin C?

  • Perokok – bekalan vitamin C dalam badan seorang perokok amat cepat termusnah.
  • Semua orang yang ingin meningkatkan sistem ketahanan badan atau yang senang diserang penyakit dan kerap selsema.
  • Semua orang yang tidak suka makan sayur atau jarang makan buah-buahan.
  • Semua orang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat ataupun eczema.
  • Wanita yang mengambil pil perancang atau mereka yang mengambil pil tahan sakit kerana pil ini menyusutkan vitamin C di dalam badan dengan banyak.
  • Orang yang mudah stress kerana stress mempercepatkan kehilangan vitamin C dari badan.

Dengan gaya hidup dan keadaan alam sekitar zaman sekarang, sememangnya semua orang memerlukan vitamin C. Jadi, macam manalah Vitamin C Shaklee ni tak jadi HOT SELLER! Anda tunggu apa lagi? Hantarkan pesanan kepada rahsiavitaminibu [at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-357 9599. Atau boleh juga add saya di Facebook (Fara Fadzil) dan like FB page: VItamin Online Store untuk mendapatkan tips-tips kesihatan dan info terkini produk. Setiap pembelian bersama VItamin Online Store anda akan diberikan konsultasi percuma dan cara dan jadual makan yang betul. Jom grab satu vitamin c Shaklee ni sebelum out of stock lagi! 🙂


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
1 Comment
  1. terbaik…

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2024
M T W T F S S
« Jan    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Floating Social Media Icons by Acurax Wordpress Designers