Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

WordPress Support: “Tolong! Kotak komen blog saya hilang…”

Ya! Itulah yang berlaku kepada saya. Kotak komen blog saya hilang semenjak…SAYA PUN TAK TAHU BILA! Saya perasan dua tiga hari ni memang takde komen baru untuk Rahsia Vitamin Ibu yang saya kena approved. Saya ingatkan memang takde orang melawat blog saya. Tak pernah pulak terfikir yang sebenarnya mereka ni tak boleh nak komen sebab takde kotak komen!! Nasib baiklah ada geng2 BPR yang selalu jenguk blog ni. Bila petang semalam Sue Hamid message kat group whatsapp yang kotak komen saya dah hilang, barulah saya tahu keadaan sebenar. Huhuhu. Patutnya saya dah boleh sedar dari hari Ahad lagi bila Sue Johar kata dalam group takde link untuk komen dalam blog ini. But somehow, saya terlepas pandang message tu dan tak dapat nak repair immediately.

Ok, let’s cut it short. Saya masih baru dengan wordpress dan memang kurang ilmu bab2 troubleshooting wordpress ni. Panik sekejap sebab masa saya tahu tu saya nak start meeting so tak dapatlah nak buka dashboard kat laptop. Sambil dengar sambil dok curi-curi buka guna smartphone yang screen 4 inci tuh je. So memang menambahkan stress lah sebab tak nampak semua setting dalam satu screen. Sampaikan masa nak pam susu lepas meeting tupun, susu malu2 nak keluar sebab dah stress. Moral of the story: Jangan curi masa bekerja untuk buat blog! Hihi.

But Alhamdulillah, bila dah balik rumah…dah tak fikir pasal kerja, barulah saya boleh fokus untuk cari cara macam mana nak appearkan semula kotak komen blog saya yang dah hilang tu. Yang pertama, bila tak tahu..buat cara tak tahu. Jangan suka-suka tukar setting yang kita tak tahu takut nanti jadi macam tikus membaiki labu. So, memandangkan saya tak kenal (rapat) mana-mana otai wordpress yang saya boleh tanya direct, saya pun tanya En. Google.

Saya bukan terror sangat tapi untuk entry kali ni, meh saya kongsikan apa yang saya dah belajar dalam menyelesaikan masalah misteri kotak komen hilang ni…case by case..khas untuk pengguna wordpress yang mengalami masalah seperti saya..

Kes #1: SEMUA kotak komen blog saya hilang…

Ini yang terjadi pada saya. Sebelum ni semua kotak komen saya ada. Tapi, entah apa yang telah berlaku (mungkin saya ada terusik something yang saya tak patut usik), semua kotak komen blog Rahsia Vitamin Ibu tiba-tiba hilang. So, cara mudah nak dapatkan balik semula semua kotak komen itu adalah dengan cara-cara berikut:

1. Pergi kat Dashboard → Posts → Tick semua Title → Pilih Edit dalam Menu Bulk Actions → Apply

kotak komen wordpress hilang

 

 

2.  Kemudian anda akan dibawa ke paparan screen seterusnya dan apa yang ada perlu buat hanyalah: Pilih Allow pada menu Comment dan klik Update!

kotak komen hilang wordpress

Cara ini  membolehkan anda untuk membenarkan kotak komen terpapar di setiap entry blog yang telah dipilih (ticked) secara sekaligus. Jadi, kalau dalam satu page ia memaparkan 20 posts, maka semua kotak komen akan muncul semula dalam kesemua 20 posts tersebut. Jika anda mempunyai banyak posts, anda akan mempunyai banyak pages. Jadi, pastikan anda edit juga semua posts di dalam pages yang lain atau anda tukar kuantiti paparan dalam satu page untuk edit semua posts sekaligus.

Kes #2: Hanya SESETENGAH kotak komen yang hilang..

Kalau ada sesetengah je komen hilang, anda boleh juga edit melalui cara di atas ATAU anda boleh buat cara berikut:

Dashboard → Posts → Pilih post yang tiada kotak komen → Pergi kat kotak Discussion → Tick Allow Comments

kotak komen hilang wordpress

Tak jumpa kotak Discussion ni?

Pergi kat atas skrin sebelah kanan dan klik pada Screen Option dan pastikan anda Tick pada Discussion supaya kotak Discussion itu terpapar di dalam skrin anda.

kotak komen blog wordpress hilang

Dan jangan lupa klik Update ye untuk setiap perubahan yang dilakukan.

Cara yang sama boleh dilakukan jika anda mahu enable/disable comment untuk certain2 posts sahaja. 🙂

Kes #3: Hanya kotak komen di pages yang hilang…

Biasalah dalam satu blog ada macam-macam pages (atau halaman). Mungkin ada sesetengah pages yang kita nak orang komen ada sesetengah yang lain yang kita tak nak. So, kalau tiba-tiba ada kotak komen yang hilang di pages anda, tetapi ada pada yang lain, cuba tengok balik setting di theme atau layout masing-masing. Macam saya, guna U-Design theme, ada setting untuk ruangan komen kat sini:

kotak komen wordpress hilang

Hanya perlu tick pada kotak “Show Comments on Pages” agar komen sentiasa dipaparkan di setiap halaman anda. Dan saya yakin, walaupun anda guna theme yang berbeza dari saya, option ini pasti ada. Anda hanya cuma perlu mencarinya sahaja. 🙂

Ok, itulah serba sedikit yang saya belajar semasa saya troubleshoot my problem semalam. Banyak try and error. Maybe remeh for some people, but a very BIG THING untuk budak baru belajar wordpress macam saya ni. Kalau ada sesiapa yang otai yang boleh tunjuk ajar cara yang lebih mudah, saya mengalu-alukan sangat komen kalian. Dan kalau ramai lagi yang sama macam saya yang baru belajar, kalau terserempak dengan entry ini, diharapkan anda dapat manfaat darinya. Jemput like and share juga agar ramai lagi yang boleh baca 🙂

Nak tanya pasal wordpress, saya bukan orangnya..tapi kalau nak tanya pasal Shaklee, saya boleh ajer..hihihi..

Fara Fadzil

012-357 9599

6 Comments
  1. Bravo! Hehe. Aku pun x penah jadi mcm ni so br first time tau. Cuma musykil la, bukan by default semua post n pages allow comment ke? Hmmm

    • rasanya default memang camtu..
      sebab sblm ni memang ada..
      tapi taktaulah experimen apa aku buat tetiba jdk hilang..huhuhu

  2. super like ayat last 😉

  3. salam fara,

    bagus tutorial fara ni, smg yg lain2 boleh ambil manfaat.

    • waalaikumussalam sue..

      Aminn..itulah yang fara harapkan..semoga dapat membantu mereka yang baru belajar serba sedikit apabila mereka menghadapi perkara yang sama..
      fara tau betapa kalutnya kalau tetiba kotak komen hilang..huhuhu

Leave a Reply to Ani Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company