Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Takut Kena Induce? 10 Tips Untuk Cepat Bersalin

Jika anda sedang membaca artikel ini, kemungkinan besar anda sedang hamil di akhir trimester ketiga,atau sudah OVERDUE, atau sudah jenuh menanti bilakah tempoh hamil ini akan berakhir. Atau mungkin juga atas sebab-sebab yang menyebabkan seperti menghidap GDM atau komplikasi yang lain, anda sedang mencari tips untuk cepat bersalin agar anda tidak perlu di-induce di hospital.

Personally, saya memang tak pernah ada pengalaman di-induce yang ngeri-ngeri. Tetapi, berdasarkan apa yang saya baca dan apa yang saya dengar dari pengalaman orang-orang di sekeliling saya..to induce a labour (mempercepatkan proses bersalin) di hospital bukanlah satu pengalaman yang SELALU indah. Sometimes it works, sometimes it doesn’t.

Pengalaman saya sendiri

Anak pertama saya, Irfan, lahir dua hari sebelum tarikh saya dijangka bersalin (EDD: estimated due date). Masa anak pertama, ilmu tentang bersalin memang sangat cetek, jadi memang tak tahu langsung pasal induce atau apa-apa yang berkaitan dengan melahirkan anak. Yang saya tahu dan ingat masa tu adalah kata-kata nurse JM yang selalu pesan, “kalau keluar tanda, terus pergi hospital.” Kali pertama pergi ke hospital, doktor suruh balik. Kali kedua pergi iaitu lebih kurang 12 jam kemudian, saya terus dimasukkan ke labour room sebab bukaan sudah 4-5 cm. Dan tak lama kemudian, seorang doktor datang untuk pecahkan air ketuban. Masa tu saya memang tak tahu apa-apa..jadi saya hanya turutkan saja apa yang dia lakukan. Kalau saya dah tahu, mungkin saya tidak akan bersetuju. Kenapa saya cakap begitu?Hahh..jangan tak tahu ye. Pecahkan air ketuban juga merupakan satu teknik induce supaya kita rasa contraction lagi kuat. Tapi risikonya?? Macam-macam…yang saya enggan ulaskan di sini. Tapi alhamdulillah…semuanya berjalan lancar, saya berjaya bersalin secara normal dan kami dibenarkan pulang lebih kurang 12 jam selepas kelahiran.

Berbeza dengan pengalaman anak yang kedua, Amsyar. Amsyar dilahirkan 5 hari SELEPAS EDD. Kiranya, saya dah overdue lah. Tapi, saya rasa tenang dan cergas sehingga ke saat-saat akhir kelahiran. Dengan izin-Nya juga, mungkin kerana saya mengamalkan set hamil shaklee dan set mighty triple gem  semasa mengandungkan anak yang kedua ini dan juga ilmu yang saya timba sepanjang tempoh kehamilan membuatkan saya lebih ‘berinformasi’ dan bersedia untuk menghadapi proses kelahiran. Saya tidak tergopoh-gopoh berkejar ke hospital sejurus selepas keluar tanda malah saya sempat lagi COD barang customer dan menyelesaikan beberapa urusan peribadi di pesuruhjaya sumpah dan LHDN sebelum membuat pemeriksaan di hospital. Dan Alhamdulillah, saya berjaya berpuasa sepenuhnya pada hari itu sambil melayan contraction yang datang dan pergi. Tetapi.. walaupun tenang, jangan ingat saya langsung tak pernah ada rasa cuak ye apabila saya telah melewati tarikh EDD.  Terutama sekali apabila doktor memberitahu EXPIRED DATE (baca: last date untuk lahirkan baby via SVD) yang dia boleh tunggu. Jadi, bagi mengelakkan situasi yang SAYA tidak ingini, saya pun buat research tips-tips untuk cepat bersalin dengan natural induce yang akan saya kongsikan di bawah ini.

Tips-Tips Untuk Cepat Bersalin

DISCLAIMER: Tips-tips untuk cepat bersalin di bawah ini hanyalah satu perkongsian berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis sahaja. Tiada kajian atau bukti kukuh untuk mengesahkannya. Dan penulis tidak akan bertanggung jawab atas apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pembaca selepas membaca artikel ini.

Tips #1: Banyakkan Senaman.

Ibu hamil patut dan harus melakukan senaman ringan sepanjang waktu kehamilan. Di akhir-akhir kehamilan, banyakkan berjalan, turun naik tangga, jalan itik dan mencangkung (squatting) jika anda mahu mempercepatkan proses bersalin.

tips cepat bersalin, squatting

Squatting

 

Tips #2: Lakukan kerja rumah

Ya! Di awal-awal kehamilan mungkin ada yang tidak boleh melakukan kerja yang berat2 di rumah. Tapi, jika anda memang seorang yang cergas dan mengalami kehamilan yang berisiko rendah, jangan terlampau berehat dan lakukanlah kerja-kerja rumah seperti menyapu, mengemop lantai, mencuci, menyental dan lain-lain seperti biasa terutamanya di akhir kehamilan sebagai teknik natural induce bagi memudahkan untuk bersalin. Cucilah lantai toilet anda sambil mencangkung sehingga berkilat setiap hari jika perlu…insyaAllah tak lama nanti..pasti anda akan ke labour room! 😀

tips cepat bersalin

Sebelum bersalin, jom cuci rumah bersih-bersih dulu!

Tips #3. Minum Raspberry Leaf Tea

Yummy! Memang sedap teh ni. Technically, minum teh ini DENGAN BANYAK di akhir-akhir kehamilan tidaklah mempercepatkan proses bersalin tapi jika diamalkan secara berterusan beberapa minggu sebelum bersalin ia dipercayai dapat membantu proses kelahiran itu berjalan dengan ‘lebih lancar’.

raspberry leaf teas, tips cepat bersalin

Ini raspberry leaf tea yang saya minum. Memang sedap!!

 

Tips #4. Makan makanan yang pedas-pedas

Ada orang bila makan yang pedas-pedas mudah dia nak ke toilet :D. Sewaktu hamil, kalau anda antara orang yang perutnya sensitif dan tak mahu bersalin awal, elakkanlah makan makanan yang berempah dan pedas ini. Tapi, kalau bayi anda tiada tanda-tanda nak keluar walaupun anda dah melepasi EDD, mungkin anda patut cuba tips ni agar cepat bersalin tanpa di-induce di hospital.

tips cepat bersalin, rahsia vitamin ibu

Eat spicy food to induce the labour naturally!

Masa anak kedua saya, selepas seharian berjalan sambil melayan contraction yang datang pergi, saya berbuka puasa (masa tu bulan Ramadhan!) dengan Nand*s bersama sos peri-peri Extra Hot nya. Hihi. Ternyata lepas balik dari berbuka contraction lebih konsisten dan akhirnya saya bersalin sebelum sahur keesokan harinya!

Tips #5: Kerap Bersama Suami

Walaupun semasa mengandung anda rasa kurang seksi dengan perut yang memboyot, selalu-selalulah bersama suami kerana air mani yang memasuki Miss V itu mengandungi prostaglandin, satu bahan yang seakan hormon, yang serupa dengan ‘ubat’ yang digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin/induce.  Prostaglandin ini membantu melembutkan serviks dan seterusnya menggalakkan pembukaannya. Selain itu, kepuasan bersama suami akan turut melepaskan hormon oksitosin yang bertanggungjawab untuk mencetuskan contraction untuk bersalin.

tips cepat bersalin

Tips #6: Nipple Stimulation

Haa… jangan ingat nak keluarkan susu saja kena buat nipple stimulation ye! Ada yang kata nak keluarkan baby (baca: cepat bersalin) pun boleh buat nipple stimulation ni kerana konsepnya sama – iaitu pengeluaran hormon oksitosin untuk mencetuskan sakit kontraksi (contraction). Anda boleh menggunakan jari atau jika ada anak yang masih menyusu, berikan susu kepadanya. But, it didn’t work for me. Sebab saya masih tandem nursing irfan sepanjang kehamilan anak kedua tapi saya still overdue! Hihihi.

Tips #7: Makan nenas

nenas - tips cepat bersalin

Nenas ni sifatnya tajam…selalu dikatakan bahaya dimakan di awal-awal kehamilan, especially bagi ibu-ibu yang mengandung pertama kali yang belum tahu sama ada dia berisiko tinggi atau rendah. Tapi, kalau dah 40 minggu masih belum ada tanda-tanda nak bersalin, mungkin ibu-ibu boleh cuba makan nenas ni…manalah tahu boleh cepatkan proses bersalin. 😀

Tips #8: Evening Primrose Oil (EPO)

Walaupun tiada bukti yang kukuh, EPO juga dikatakan boleh membina prostaglandin yang mengawal muscle contraction. Jadi, pengambilannya di akhir-akhir kehamilan mungkin boleh membantu dalam pembukaan serviks bagi mempercepatkan kelahiran. Sebab tulah GLA Complex Shaklee, yang mengandungi khasiat dua kali ganda lebih dari EPO di pasaran tidak dibenarkan diambil oleh wanita yang sedang hamil bagi mengelakkan keguguran. Tapi, kalau dah cukup bulan dan nak cepat bersalin, mungkin boleh dijadikan sebagai natural inducer.

Tips #9: Bercakap dengan baby

 

bercakap dengan bayi - tips cepat bersalin

“Baby… mama dan ayah tak sabar nak jumpa baby :)”

Bayi anda boleh mendengar anda walaupun dia masih di dalam perut. Jadi, sentiasalah berkomunikasi dengannya. Apatah lagi segala apa yang berlaku selama 9 bulan kehamilan itu hanya diketahui dan dialami oleh si ibu dan bayi yang dalam kandungan. So, work together! Sentiasa bersembang dengan bayi anda seolah-olah dia berada di hadapan anda. ‘Pujuk’ dia untuk cepat keluar. Mana tahu kemudian anda boleh cepat bersalin? Hihi. Sounds ridiculous? Anda tak rugi apa-apa jika anda melakukannya.

Tips #10: Amalan Rohani

And last but not least, mantapkan amalan rohani. Untuk yang beragama Islam, sentiasalah bersolat taubat, hajat, tahajud dan berdoa kepada Allah SWT agar anda dapat bersalin dengan mudah dan selamat. Baca Al-Quran dan amalkan surah-surah seperti surah Maryam, Luqman, Yusuf, At-taubah, Yasin dan Al-Hujurat. Maafkanlah dan minta maaf dari orang di sekeliling anda terutamanya suami dan ibu bapa dan minta juga untuk mereka doakan kesejahteraan anda dan bayi anda.

Itulah dia 10 tips untuk cepat bersalin yang dapat saya kongsikan di sini. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tips-tips ini hanyalah sebagai usaha untuk mengelakkan di-induce di hospital. Untuk ibu-ibu yang berisiko rendah yang sudah melewati EDD, jangan terlalu panik. InsyaAllah…baby akan keluar bila dia dah bersedia untuk keluar. Apa-apa pun sentiasalah dengar nasihat doktor anda demi keselamatan ibu dan anak. Jika anda masih 50-50 untuk menurut nasihat yang telah diberi, dapatkanlah juga pandangan dari pakar-pakar perubatan dan perbidanan yang lain agar anda boleh membuat keputusan yang berinformasi.

Saya doakan ibu-ibu hamil yang sedang membaca artikel ini selamat melahirkan bayi masing-masing dengan lancar dan selamat. Untuk kembali pulih selepas bersalin nanti, ibu-ibu boleh menggunakan set berpantang shaklee. InsyaAllah, menurut pengalaman saya sendiri, set ini banyak membantu untuk kembali cergas dan menghasilkan susu ibu dengan banyak dan segera.

Personally bagi saya, biarlah bayi lahir lambat sikit daripada terlalu awal seperti kisah ibu yang melahirkan bayi pramatang dalam video ini yang melalui pelbagai lagi cabaran getir.

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, anda boleh menghubungi RahsiaVitaminIbu.com di talian 012-357 9599 melalui call/sms/whatsapp atau emailkan kepada rahsiavitaminibu@gmail.com. Pasti ada sesuatu yang istimewa menanti anda! 🙂

8 Comments
  1. Nice sharing…yg rasberry tea tu x pernah lg rasa. Teringin jgkla nk rasa nnt…

  2. Anak pertama mmg lambat sikit tp
    Bila dh masuk anak kedua tak sabar2 plak nk kuar

  3. sy nak ke 3 p serah diri n mntk induce sbb x saba2 nak bg baby keluar..kalau lmbt keluar,hubby terpaksa blk kl dlu,so tipu kt doc ckp dh skt perut..tp sbnrnya xde tanda pun..haha..

    tp ambikla langkah selamat mcm senaman,trn naik katil ke..

    kalau mkn nenas dan pedas2 tu takut sakit perut bende lain plak susah plak kan..

  4. saya pun overdue masa anak ke2, 4 hari
    sgt suka RTL, best! lepas bersalin pun elok minum utk tlg kecutkan rahim.

  5. zahra terlebih awal 2mggu..hahaha…scheduled czer…esha je la yg mel ada buat tips2 nak cepatkan labour tu, tp sudahnye czer…hehehe

Leave a Reply to Amelza Kamel Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency