Nak order? Hubungi 012-3579599

Saya Sedang Berpantang dan Menyusu: Set Mana Yang Paling Sesuai?

Kebanyakan ibu-ibu yang sedang berpantang, pasti juga menyusukan anak. Ramai yang kadang-kadang keliru dan tertanya-tanya set vitamin apakah yang paling sesuai untuk mereka kerana bimbang apa yang dimakan semasa berpantang tidak sesuai apabila menyusukan anak. Keraguan ini mungkin kerana dipengaruhi oleh sesetengah jamu yang mempunyai kesan yang ‘panas’ yang boleh mengakibatkan bayi cirit-birit atau situasi-situasi yang lain.

Dengan set vitamin Shaklee, anda tidak perlu bimbang! Melainkan anda dan bayi mengetahui bahawa kalian menghidap sesuatu penyakit atau alahan terhadap sesuatu jenis makanan, supplemen Shaklee yang dicadangkan di dalam set berpantang dan menyusu adalah sesuai digunakan bersama-sama. Ianya dihasilkan dari sumber semulajadi, halal, dan mendapat kelulusan KKM. Jadi, anda selamat menggunakannya!

Persamaan antara set menyusu dengan set berpantang Shaklee

set vitamin asas shakleePersamaan antara kedua-dua set menyusu dan berpantang ini adalah mereka mengandungi tiga jenis vitamin yang sama iaitu B Complex, Vita-Lea (multivitamin dan multimineral) dan Vitamin C. Ketiga-tiga vitamin ini adalah vitamin asas untuk memberikan kita kesihatan yang optimum. Semua golongan, tak kira anda tua, muda, lelaki dan wanita, semuanya perlu mengambil set vitamin asas ini untuk melengkapkan zat keperluan tubuh kita. Kita sendiri tahu, di zaman moden ini, kita semakin terdedah dengan pencemaran, asap rokok dan bahan kimia dan kadang-kala terlalu sibuk untuk menyediakan sendiri makanan yang seimbang dan berkhasiat. Tabiat makan luar, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam dengan penggunaan baja kimia atau yang dimasak terlalu lama..semuanya menyebabkan nutrien yang terkandung di dalam makanan seharian kita terjejas dan tidak menjamin kecukupan zat seharian yang kita perlukan. Apatah lagi bagi ibu yang bersalin dan menyusukan, kan? Mereka lebih memerlukan ketiga-tiga vitamin asas ini untuk memastikan pemulihan segera selepas bersalin dan memastikan kesihatan badan sentiasa optimum bagi memudahkan penyusuan. Badan yang lemah, lesu, tidak bermaya, sakit…semuanya berpunca daripada kerosakan sel badan yang tidak mendapat zat yang diperlukan secukupnya. Antara fungsi-fungsi vitamin ini adalah untuk kesegahan sel (Vitamin C), memberikan tenaga (Vita-Lea) dan mengurangkan stress (BComplex) yang sangat membantu dalam mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas. Jadi sebab itulah ketiga-tiga vitamin ini diletakkan di dalam set berpantang dan juga menyusu.

Tambahan vitamin dalam set berpantang Shaklee

zinc complex shaklee, zinc shaklee, sembuhkan luka, atasi masalah rambut gugurKemudian untuk berpantang, ibu-ibu yang baru bersalin disarankan untuk mengambil zinc complex. Bukan atap zink kat kampung tuh yee..hehehe. Kenapa zinc complex?

Zinc membantu penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat & cantik, dan ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan makan banyak ikan haruan/ pati ikan haruan! Jadi, untuk sesiapa yang tidak suka makan ikan haruan, kini anda telah jumpa penyelesaiannya! Dan bukan itu sahaja, ibu-ibu yang baru lepas bersalin sering mengalami keguguran rambut. Ada yang mengatakan, keguguran rambut ini lebih dahsyat apabila bayi melelehkan/pandai menyemburkan air liur? Suratan atau kebetulan? Saya pun kurang pasti tentang itu..tetapi untuk mengawal dan mengurangkannya, ambillah Zinc Complex ini dalam pemakanan seharian kita.

 

vitamin e shaklee, vita e shaklee, sembuhkan luka, hilangkan parut, antioksidan, untuk bersalin ceaser

Bagi yang bersalin secara ceasarian, pengambilan Vitamin E & Selenium amatlah disarankan. Vitamin E Complex Shaklee yang dilengkapi dengan Selenium adalah antioksidan yang tinggi untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut dengan lebih cepat.

 

 

 

Tambahan vitamin dalam set menyusu Shaklee

alfalfa shaklee, milk booster, keputihan, kacip fatimah, tambah susuUntuk set penyusuan pula, supplemen yang ditambah adalah alfalfa. Alfalfa yang berasal dari perkataan arab bermaksud “raja bagi segala makanan” merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan mampu membekalkan nutrisi yang kebanyakannya tidak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Bertindak sebagai milk booster, alfalfa adalah supplemen wajib dalam set penyusuan. Ia juga turut membantu dalam penghadaman dan membuang angin dalam badan. Tetapi, awas! Sekiranya anda atau pun bayi anda merupakan pesakit SLE, anda TIDAK BOLEH mengambil supplement ini.

ostematrix shaklee, kalsium, magnesium, vitamin d, kesihatan tulang

Ibu-ibu yang menyusu juga digalakkan untuk mengambil Ostematrix (kalsium) kerana susu ibu mengandungi kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang bayi. Sekiranya ibu menyusu tidak minum susu 4 gelas sehari atau tidak cukup mengambil 1000mg kalsium setiap hari, kandungan kalsium dalam darah si ibu akan merosot dan akan mula diambil daripada tulang. Apabila ini berlaku, ketumpatan tulang akan berkurangan dan menyebabkan si ibu merasakan sengal-sengal tulang dan kaki, berisiko tinggi untuk mendapat osteoporosis, mudah letih dan lesu serta menampakkan garis-garis tua di muka.Β  Ostematrix juga amat sesuai diambil bagi mereka yang mengalami masalah sembelit dan buasir yang amat sinonim di kalangan ibu yang baru bersalin bagi melembutkan najis.

ESP shaklee, protein soya shaklee, menyusu, kulit cantik, kurusDan akhir sekali, protein ESP. Protein merupakan komposisi utama bagi tubuh kita kerana ia bertanggungjawab untuk membina sel baru dan membaiki sel yang rosak. Dengan protein yang cukup, sel kita akan menjadi lebih sihat dan penyerapan vitamin akan berlaku dengan lebih cepat. Apabila vitamin lebih cepat diserap, badan kita akan sihat dengan lebih cepat. Bagi ibu yang baru bersalin, ESP adalah penting untuk memulihkan semula luka-luka dan sel-sel yang rosak selepas bersalin dan untuk ibu menyusu pula, ia menggalakkan penghasilan susu yang lebih cepat dan pekat. Dengan protein yang cukup, lemak yang berlebihan akan ditukar menjadi otot dan mengelakkan si ibu daripada mendapat bentuk badan yang menggeleber atau payudara yang ‘jatuh’ selepas bersalin atau kesan daripada penyusuan anak.

 

Jadi sekarang, adakah anda lebih jelas tentang supplemen mana yang anda perlukan ketika bersalin dan menyusukan anak? Kenali kekurangan anda dan anda akan mendapat jawapannya. Semua supplemen ini boleh diambil tak kira semasa anda sedang berpantang mahupun sesudah itu. Set paling asas untuk berpantang/pembedahan ialah vitamin c, b complex, vitalea dan zinc. Manakala untuk ibu menyusu pula, yang paling asas yang perlu anda ambil ialah vitamin c, b complex, vitalea dan alfalfa. But of course, ini adalah cadangan sahaja…anda sentiasa bebas untuk memilih dan ‘customize’ set vitamin yang anda mahuΒ  mengikut budget dan keperluan anda.

Hubungi rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dan bantuan dalam pemilihan set vitamin yang paling sesuai untuk anda sekarang juga πŸ™‚


 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
2 Comments
  1. Good supplimen for mommy who love breastfeeding, vitamin nih boleh merelaktasi semula susu ibu tidak jika susu ibu putus bekalan selama 2 bulan selepas berpantang? If yes, just give ur feedback through my blog, tq πŸ˜‰

  2. InsyaAllah boleh..kalau si ibu terus mengamalkan konsep demand vs supply..lg kerap pam, lg byk demand..n insyaAllah lg byk supply.. Supplement ni akan membantu si ibu dlm proses tu spy cergas,sihat dan bertenaga..insyaAllah..ibu yg sihat memudahkan penghasilan susu…

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2017
M T W T F S S
« Dec    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Plugin for Social Media by Acurax Wordpress Design Studio