Asssalamualaikum readers RahsiaVitaminIbu.com sekalian.. Apa khabar? Alhamdulillah..setelah masuk hari kelima Syawal barulah saya berkesempatan untuk update blog ini. Saya harap saya masih belum terlewat untuk mengucapkan kepada anda semua:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia terutamanya pembaca-pembaca setia RahsiaVitaminIbu.com dan juga likers VItamin Online Store. Saya doakan agar segala amal ibadah saya dan juga anda semua di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Bagaimana dengan sambutan raya anda semua? Bagi saya sekeluarga raya tahun ini disambut seperti biasa secara sederhana sebagaimana tahun-tahun yang lalu, cuma kali ini Alhamdulillah..kami diizinkan untuk melawat lebih ramai sanak-saudara berbanding tahun lepas. Almaklumlah, tahun lepas saya memang tidak dapat beraya kemana-mana kerana masih dalam pantang selepas kelahiran anak yang kedua di bulan Ramadhan. Jadi, tahun ni memang kami ambil peluang untuk mengqada’ semula apa yang telah kami tertinggal sebelum ini. Kebetulan pula syarikat tempat saya bekerja mewajibkan “force leave” kepada kami semua sepanjang minggu ini, jadi apa lagi?? Inilah peluang kami untuk eratkan silaturrahim bersama keluarga yang jarang dapat kami jumpa kalau bukan semasa raya!!
Jadi hari ini, setelah beraya di Temerloh → Teluk Intan → Penang/Kulim…insyaAllah kami akan bergerak menuju ke Kelantan pula untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sana. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat semuanya! Tetapi, jangan risau dan bimbang ye! Kedai VItamin Online Store sentiasa dibuka 24/7! Order online berjalan seperti biasa iaitu penghantaran ke seluruh Malaysia, cuma kawasan COD Shaklee kami sepanjang minggu ini berubah-ubah. Untunglah mereka yang berada di Temerloh dan Teluk Intan yang telah berjumpa kami pada minggu pertama raya ini. Walaupun di daerah itu BELUM ada branch Shaklee, mereka masih boleh dapat perkhidmatan COD produk Shaklee daripada kami. So, next COD area untuk produk Shaklee ialah sekitar kawasan Bukit Bunga, Kelantan dan juga, Lipis→Raub→Bentong, Pahang. Dan InsyaAllah..anda semua boleh mendapatkan semula perkhidmatan COD dari RahsiaVitaminIbu.com untuk produk-produk Shaklee di sekitar kawasan Ulu Kelang – Taman Melawati, Taman Permata, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Keramat, etc bermula dari minggu kedua raya seperti biasa. Yang penting, jangan segan silu untuk menghubungi 012-3579599 untuk sebarang pertanyaan lanjut ye! 😀 Akhir kata, bagi pihak RahsiaVitaminIbu.com, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan yang telah kami lakukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua. Semoga raya kali ini memberi kegembiraan kepada kita semua! 🙂 Dah makan banyak lemang dan rendang + kuih raya + air manis tu, jangan lupa ambil apa-apa vitamin yang patut ye! Nanti macam-macam penyakit datang pula! Hihi. Selamat Hari Raya!
selamat hari raya fara…raya sakan la sbb dpt cuti lama 🙂
selamat hari raya sue.. Alhamdulillah..rezeki 🙂
kalu agak2 beg dah penuh sangat vitamin apa yg paling senang nak bawak?
bawak satu lagi beg khas untuk vitamin min 🙂
agak2 beg dah penuh kan, vitamin apa yang paling senang nak bawak?
Raya sakan la, hehe..round satu malaysia..selamat hari raya fara!!
selamat hari raya fara!! dah raya ke berapa baru nk wish kan..ampunn..hehe
Selamat Hari Raya Fara!
Sakannnyaaa beraya macam dah tawaf satu Malaysia je hihihi
selamat hari raya fara
wow! fantastic blog