Biiznillah.. pada 14 Disember 2014 nanti, saya dan rakan-rakan SID dari RichFamily akan bersama-sama meraikan kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak Tunku Budriah, Cheras (RKKTBC) dalam satu program yang kami anjurkan sendiri iaitu Program Back to School 2015.
Justeru, saya mengambil peluang ini untuk membuat sedikit sebaran tentang satu kempen yang sedang kami jalankan untuk menjayakan program ini.
Tentang Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras
Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana tenteram dan selamat. Kanak-kanak yang menghuni RKKTBC ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan terabai.
Berdasarkan maklumat dari RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam linkungan 7 hingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sesi persekolahan pada tahun 2015 nanti.
Kempen Back to School 2015
Dengan ini, kami melancarkan Kempen Back to School 2015 untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita yang lain. Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian pakaian dan peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama daripada pihak Mydin bagi menyediakan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan.
Cara untuk membuat sumbangan
Terdapat 2 cara untuk membuat sumbangan kepada tabung Back to School 2015 ini:
1. Membeli sambil beramal
Sepanjang bulan November ini, untuk setiap pembelian produk Shaklee daripada saya atau mana-mana SID dari RichFamily, 10% dari hasil keuntungan jualan akan terus disalurkan kepada tabung Back to School 2015 untuk kanak-kanak di RKKTBC.
Anda boleh menghubungi saya di talian 012-357 9599 untuk sebarang pesanan dan pertanyaan tentang produk Shaklee yang sesuai untuk kegunaan anda dan seisi keluarga. Shaklee menyediakan rangkaian produk bukan sahaja vitamin untuk kesihatan (Healthy Nutrition) seperti set menyusu, set kanak-kanak, set kecantikan, set kurus, set suami isteri, set kesihatan jantung, set kesihatan sendi, dan pelbagai lagi, malah ia turut menawarkan produk-produk penjagaan kulit dan rambut (Healthy Beauty – Nutriwhite, Enfuselle, ProSante), penjagaan berat badan (Healthy Weight – Cinch) dan juga produk penjagaan rumah (Healthy Home -Get Clean) yang selamat, semulajadi dan bebas bahan kimia.
2. Tajaan Peribadi
Cara yang kedua adalah anda juga boleh membuat sumbangan peribadi mengikut kategori seperti di bawah:
- Tajaan kelengkapan sekolah: RM150
- Tajaan Set Pakaian Sekolah: RM100
- Tajaan Sepasang Kasut: Rm30
- Tajaan Korporat: RM1500 (minima 10 orang)
Selain daripada keperluan persekolahan ini, RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. Jika kutipan tabung Back to School 2015 ini mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.
Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun Master Lydzar Rusman seperti yang tertera di bawah:
Bank: CIMB
No akaun: 7602390876
Email: lydzar@gmail.com
Dan mohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk mengisi borang ini untuk penyerahan resit rasmi :
Kerjasama dan keprihatinan dari semua pihak dalam menjayakan kempen ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Surah Al-Anam : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala timbangan dan sukatan dengan adil.”
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh hubungi saya di talian 012-3579599.
Salam sayang,
Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Pilihan Ramai di KL
ID: 860722
012-3579599
Leave a Reply