Dalam banyak-banyak supplement Shaklee, saya PALING SUKA Ostematrix. Bagi saya, Ostematrix ni bukan sahaja pil kalsium terbaik untuk memelihara kesihatan tulang, tetapi juga banyak membantu saya dalam mendapatkan tidur yang lena, bangkit dengan rasa bertenaga dan juga melancarkan proses pembuangan setiap pagi đ
Perbezaan Ostematrix Shaklee
Hebatnya Ostematrix ini kerana ia bukan sekadar kalsium semata-mata. Selain dari kalsium, Ostematrix turut dilengkapi dengan matriks nutrien yang lain iaitu Magnesium, Vitamin D3, Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron bagi membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
Setiap hidangan Ostematrix (4 kapsul) membekalkan:
- 1000 mg (100% Keperluan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
- 400 mg (100% Keperluan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke daam tulang dan menguatkannya.
- 400 IU (100% Keperluan Harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
6 Manfaat Utama OsteMatrix Selain Memelihara Kesihatan Tulang
Bila sebut pasal OsteMatrix, pasti ramai yang membayangkan fungsi utamanya untuk membekalkan kalsium bagi membina dan menguatkan tulang. Ya, yang itu memang sudah pasti. Kita memerlukan kalsium yang cukup setiap hari bagi menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan menyokong sistem saraf. Ia juga penting dalam merawat tulang yang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
Namun, bukan itu sahaja! Berikut disenaraikan 6 lagi manfaat utama yang boleh diperolehi jika anda mengamalkan OsteMatrix:
1. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis. Wanita yang pernah hamil mungkin selalu/pernah mengalami kekejangan di tengah-tengah malam atau mengalami bengkak kaki. Itu adalah salah satu tanda bahawa mereka kekurangan kalsium.
2. Memberikan tidur yang lebih lena
Ostematrix juga berfungsi untuk membantu meringankan stress dengan memberikan tidur yang lebih lena. Ini kerana di dalam OsteMatrix turut mengandungi Magnesium yang sangat membantu dalam mendapatkan tidur yang berkualiti. Kekurangan unsur Magnesium ini seringkali dikaitkan dengan masalah insomnia dan seterusnya menjadi punca seseorang berasa letih dan tertekan di siang hari. Kalsium dan magnesium di dalam OsteMatrix bekerjasama untuk mengecut dan merehatkan otot semasa tidur dan seterusnya memberikan tidur yang lebih lena kepada si pengamalnya.
3. Memperbaiki masalah haid
Senggugut tatkala datang bulan boleh menjadi sesuatu yang sangat kritikal. Ada wanita yang mengalami kekejangan perut sehingga pengsan akibat senggugut setiap kali datang haid. Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak berupaya untuk membantu mengurangkan rasa sakit ketika haid ini.
4. Pengalkalian Tubuh
Proses metabolisma, pemakanan dan pendedahan kepada radikal bebas menyebabkan badan kita sentiasa berasid. Bagi mengimbangi semula pH badan, OsteMatrix yang bersifat alkali ini boleh membantu meneutralkan keadaan asid tersebut.
5. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
Disebabkan oleh kealkalian OsteMatrix, maka ia juga dapat membantu memperbaiki hiperaktiviti perut dan juga sakit gastrik. Dengan mengamalkan OsteMatrix secara konsisten, insyaAllah kesan daripada rembesan asid kuat hidroklorik yang berlebihan untuk mencernakan makanan di dalam perut dapat diringankan.
6. Membantu dalam pelawasan
Kehadiran magnesium di dalam OsteMatrix menjadikan ianya sangat sesuai untuk digunakan untuk membantu mengatasi masalah sembelit. Magnesium adalah mineral yang banyak terkandung dalam makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan menjadikannya satu nutrisi penting untuk pelawasan.
Jadi, itulah dia 6 lagi kebaikan OsteMatrix yang membezakannya dengan pil kalsium yang lain yang berada di pasaran. Terbukti ianya lebih dari kalsium semata-mata! đ
Harga OsteMatrix Shaklee
Setiap botol OsteMatrix mengandungi 120 biji dan berharga RM61.
Bagi mendapatkan 100% kalsium harian (1000 mg), anda perlu mengambil 4 biji OsteMatrix setiap hari. Â Jadi, sebotol OsteMatrix adalah untuk kegunaan sebulan.
Untuk mendapatkan penjimatan sehingga 20% ke atas pembelian OsteMatrix (dan/atau mana-mana produk Shaklee yang lain), anda boleh mendaftar menjadi ahli Shaklee dengan yuran penyertaan sebanyak RM65 seumur hidup. Sila hubungi 012-3579599 untuk pesanan dan pertanyaan lanjut.
Jom jaga kesihatan tulang kita!
Fara Fadzil
Shaklee ID: 860722
012-3579599
salams fara
kak mieja dtg sini:)