“To travel is to take a journey into yourself” – Danny Kaye
Nak kenal diri sendiri? Pergilah mengembara! Begitulah kakfar tahu kakfar ni jenis orang yang macam mana.
Kakfar sebenarnya memang kaki travel. Dari zaman kecik-kecik lagi. Sebab abah pun jenis kuat berjalan. Mula-mula dulu, kakfar hanya makan angin dengan keluarga je. Pastu, seawal darjah 4, kakfar dah join rombongan sekolah ke Kuala Lumpur, tahun seterusnya join piknik kat Janda Baik, dan lepas UPSR pergi Cameron Highland.
Kakfar terlampau suka mengembara sampaikan kakfar boleh switch cita-cita nak jadi doktor kepada engineer bila kakfar dapat offer pi belajar kat obesi pada usia 18 tahun. Haha. Alhamdulillah, kakfar survived walaupun tak minat sangat pun sebenarnya engineering ni 😂
Baru 3 bulan kat France, kakfar dengan my friend, Semy, dah panjang langkah sampai Aalen, Germany, untuk join Malaysian students kat sana yang buat jamuan sambutan hari raya walaupun masa tu bukan pada hari raya yang pertama. Kesian tau kitorang masa tu. ‘Kecik’ lagi baru 18 tahun. Tapi, dah beraya jauh dari keluarga. Dahlah takde komuniti Malaysia kat tempat kitorang masa tu kecuali kumpulan kitorang sendiri yang seramai 12 orang je.
Kakfar ingat lagi. Masa hari raya pertama, kitorang just berkumpul dan buat makan-makan sesama kitorang 12 orang dan dengan cikgu-cikgu bahasa Perancis yang baik hati. Kebetulan raya puasa time tu dekat dengan krismas. So, kira macam sama-sama sambut raya masing-masinglah.
Tapi yelah, manalah meriah mana kan?😅 Mana ada ketupat rendang semua tu. Masa tu aku pandang ko. Ko pandang aku. Haha Sadis!
So, bila kawan Semy di Stuttgart (kalo tak silap) ajak beraya kat Germany, apa lagi makin panjanglah langkah kitorang 😁. Kitorang pun terima jemputan tu dan buat kitorang punya first international trip lepas 3 bulan sampai kat France.
Itulah pertama kali kitorang naik train malam. Boleh tahan cuak juga sebenarnya naik train malam kat europe ni! Sebab kitorang berdua je muslimah bertudung naik train malam2 tu. Huhuhu. Dahlah train malam ni memang lembab macam kura-kura sebab dia berhenti kat semua stesen. Pastu ada macam-macam jenis orang pulak yang naik. Paling tak tahan, kalau yang naik tu mabuk. Bau mulut dia.. ughhh!
Bila dah sampai Jerman, kakfar rasa peghak sungguh bila tengok ramai orang Malaysia kat sana. Haha. Dapat jumpa rendang pun punyelah excited kemain, padahal masa raya kat Malaysia kakfar bukan peminat rendang pun Yang bertambah peghak lagi, snow sangatlah tebal masa kitorang sampai tu. Ada tempat, sampai tenggelam kaki kita bila berjalan! Yela.. Manalah tak peghak sebab kat tempat kitorang masa tu salji baru je nak start turun. Kitorang punya first time kan haha
Anyway sejak dari tu, kakfar makin ligat berjalan. Pantang ada cuti sikit, pasti kakfar manfaatkan untuk pergi tengok tempat orang. Kakfar manfaatkan sepenuhnya faedah jadi student untuk dapat tiket murah.
Tak cukup pergi dengan kawan-kawan, kakfar ajak adik kakfar pulak datang untuk explore Europe sama-sama. Nak tahu macam mana perasaan mengembara jauh-jauh untuk kali pertama? Boleh baca pengalaman yang adik kakfar kongsikan di sini. Tapi kena bertabahlah membacanya sebab karangannya memang panjang berjela berkilo2 meter
Orang dok kata syoknya muda-muda dah dapat travel jauh-jauh.
Eh, bukan mudah tau! Dulu mana ada tiket flight atau pakej murah2 macam sekarang. Dan kitorang pun bukannya orang kaya. Tapi sebab nak travel punya pasal, kitorang memang berjimat cermat sampai pernah ikat perut.
Kenapa sampai macam tu sekali kami ketagih nak travel?
Sebab dengan mengembaralah kakfar rasa jiwa kita jadi makin kaya. Mata dan minda kita akan terbuka luas. Kita belajar untuk sesuaikan diri dengan budaya orang lain tanpa melupakan jati diri.
Kita akan belajar untuk atasi halangan. Kita belajar untuk survive! Kita belajar kenal orang yang travel dengan kita. Kita belajar kenal diri sendiri!
Mungkin akan kedengaran sedikit ironi, tapi asbab mengembaralah kakfar rasa makin cinta dengan negara sendiri! Orang sekarang ramai rasa nak migrate, tapi kakfar takde pulak rasa teringin
Tak caya cakap kakfar? Cer korang try travel sekali
Anyway, sekarang kakfar banyak slow down dah bab-bab travel ni sebab terikat dengan komitmen. But i’m still a traveler walaupun dekat2 aje. Dan kakfar rasa cukup seronok sebab minat ini kini dikongsi bersama adik2 kakfar dan juga downline2 di bawah #CharmEmpire yang akan ke jepun tak lama lagi.
Ke destinasi manakah yang kakfar dan keluarga akan pergi pada tahun ini?
Jeng jeng jeng! Nanti kakfar story
Love,
@kakfar | SID 860722
012-3579599
Leave a Reply