Teruja!!! Bangga!!! Itulah yang saya rasakan apabila membaca kisah inspirasi Master Shareeza Hashim atau lebih dikenali dengan Master Cery yang tersiar di dalam Majalah Harmoni edisi 1-15 September 2014.
Beli majalah Harmoni semata-mata kerana Master Cery
Sebenarnya, saya bukanlah seorang pembaca majalah. Kali terakhir saya membeli majalah jika tidak silap adalah ketika mengandungkan anak sulung saya, Irfan hampir 4 tahun yang lalu. Masa tu memang suka beli majalah Pa & Ma. Maklumlah anak sulung 🙂
Tetapi apabila ‘mak’ dan adik-beradik saya dalam Rich.Family saling bercerita tentang kisah Master Cery masuk dalam Majalah Harmoni, saya pun tak sabar-sabar pergi ke kedai untuk mendapatkan senaskhah majalah ini. Hihihi. Bangga kot! Saya bangga menjadi susur galur Jutawan Shaklee. Saya bangga dan bersyukur mendapat mentor sehebat Master Cery. Umpama seorang anak kecil yang bangga dengan ibu bapa atau nenek moyangnya. Macam itulah saya. 😀
Tetapi, yang paling utama sekali, kisah kejayaan Master Cery yang tersiar dalam Majalah Harmoni ini adalah satu inspirasi bagi saya untuk menjadi hebat sepertinya. Kisah inilah yang akan diceritakan pula kepada anak cucu Miracle saya bahawa kejayaan di dalam Shaklee bukanlah suatu dongeng. Mencapai financial dan time freedom bersama Shaklee bukanlah satu angan-angan mat jenin. Mendaftar menjadi ahli Shaklee memang tak perlukan modal yang besar (RM65 sahaja) tetapi modal yang paling besar untuk berjaya dalam bisnes ini adalah diri sendiri – sejauh mana kita sanggup berubah (menjadi lebih baik) dan sejauh mana kita sanggup melakukan pengorbanan. Barulah boleh raih bonus 6-7 angka!
Saya paling suka kata-kata hikmat dari Master Cery ini,
“Memang kita ingin hidup senang, tetapi berapa ramai pula yang sanggup lalui gunung-ganang cabaran dan kesukaran ini. Jika anda mampu sediakan tujuh gunung air mata darah, tujuh gunung peluh keringat, tujuh gunung kasih-sayang, tujuh gunung keikhlasan dan tujuh gunung kesabaran, insyaAllah anda akan jadi hebat.”
Ya! Walau apa pun bisnes, semangat dan kecekalan hati itu memang sangat penting. Jatuh bangun pasti ada. Sebab akhirnya mereka yang berjuang sehingga ke akhir tanpa kenal erti putus asa itulah yang akan berjaya.
Jika anda berminat untuk mengetahui kisah lanjut Master Cery ini cepat-cepatlah pergi beli Majalah Harmoni keluaran 1-15 September di kedai berhampiran.
Dan jika anda berminat untuk menjadi susur galur Master Cery seperti saya dan menjadi usahawan Shaklee yang berjaya sepertinya, anda boleh menghubungi RahsiaVitaminIbu.com melalui email rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau call/sms/whatsapp 012-357 9599.
Jom jadi sebahagian dari keluarga Jutawan Shaklee!
Lets get her spirit!!!
jom jom!
fuh hebat..suatu hari nanti saya akan jadi seperti mereka,,JUTAWAN….haha…sialah berkunjung ke http://www.rayflexs.blogspot.com