Nak order? Hubungi 012-3579599

Memoir Mengandung dan Melahirkan Ihsan Amsyar

Semenjak dua menjak ni orang keliling saya ramai betul yang mengandung dan bersalin. Bukan je mentor saya, Master Lydzar sedang mengandung, my colleague/lunch mate/ngaji mate kat ofis pun sedang sarat. Semalam, dalam group whatsapp SEMESTA, sorang my schoolmate saya baru bersalin. Itu tak kira customer2 yang pm untuk beli or tanya pasal set hamil/set pantang lagi. And in fact, sedang saya menaip entry ini, kakak ipar saya baru je melahirkan anaknya yang ketiga! Hahh.. tu dia..betapa kuatnya rasa aura2 makyong/maktang dikeliling saya sekarang ni. Sampai saya sendiri pun ada jugak terasa teringin nak mengandung lagi. Hihihihih..

Tapi, nanti dululah. Anak kedua saya, Ihsan Amsyar pun kecik lagi. Baru 1 tahun 7 bulan. Masih breastfeeding. Walaupun pada usia Irfan Haziq yang sama saya telah mengandungkan Ihsan Amsyar, tapi untuk perancangan anak yang ketiga, kami bersetuju untuk melengahkan sedikit masa memandangkan kedua-dua beradik ini masih terlalu manja.

So, memandangkan tak dapat nak story pregnancy journey in real time, kali ni rasa nak #throwback saat-saat akhir kelahiran Ihsan Amsyar dulu. (Nak cerita saat kelahiran anak buah baru takleh..sebab mak dia pun tgh dok kena jahit kot sekarang ni :D).

Saya tak punya diari.. dan dalam blog pun saya jarang sempat nak update tentang my life events. So, kena korek jugak memori usang dalam kepala ni untuk ingat semula kisah hampir dua tahun lepas ni. Mujurlah ada lecithin yang bagi saya kuat memori and teknologi canggih macam facebook yang bantu saya track my timeline. Ahaks!

So beginilah serba sedikit al-kisahnya…

Kenangan Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah.. saya dikurniakan cycle period yang teratur dan amat mudah saya mengagak kehamilan saya apabila period saya pada bulan 10 2012 itu telah lewat. Masih teringat pada waktu itu, arwah mak baru saja meninggalkan kami sekeluarga lebih kurang sebulan sebelum itu. Bagi menceriakan abah dan sentiasa merapatkan hubungan kami adik-beradik, kami decide untuk bercuti bersama-sama ke Penang pada cuti Deepavali tahun 2012 tersebut. Hihi. Macam takde tempat lain. Padahal hubby memang orang sana and kitorang pun kerap jugak balik kot. Ahaks!

Tapi, itulah suggestion atau lebih kepada request dari adik-beradik saya. Yup, last diorang pergi Penang pun masa kenduri kahwin kami dan masa tu tak sempat nak jalan kemana-mana pun. So, bila dah kahwin ni, hubby sayalah yang jadik tourist guide! 🙂

Anyway, sebenarnya just nak cerita… masa bercuti nilaa saya bagitau kakak ipar saya, “Hmm..period dah lewat 5 hari ni.” Masa tu memang saya dah agak mesti pregnant. Tapi, saya tak buat test pun. Lepas balik bercuti, kakak ipar saya menggesa saya buat test, then teringat dulu masa pregnant kan Irfan saya ada beli 2 test kits. Satu yang murah punya. Satu lagi mahal sikit (Clear Blue). Saya just guna salah satu daripadanya. The double line was soooo obvious with the cheap tester that I didn’t repeat the test again. So, untuk test second pregnancy ni, saya pun amiklah Clear Blue yang dibeli almost 3 tahun sebelum itu. Walaupun test kit tu dah expired, the result was as expected… it’s BLUE!

Compared to the first child, masa hamil anak kedua ni saya relax sikit. Dah ada sedikit ilmu kehamilan. Dah tahu apa yang kena makan. Apa yang kena jaga. So, saya buat buku merah pun bila dah nak masuk trimester kedua.

Alhamdulillah..sama macam masa hamilkan Irfan, pregnancy kali kedua ini saya takde muntah-muntah atau loya yang melampau. Ada perkara yang saya tak suka macam bau cafe/dapur menggoreng, makanan berempah (sup/kari etc) seperti sup daging..saya akan elakkan. Kalau ada makanan yang saya rasa macam bau pun dah tak boleh, saya terus tak makan. What for kita makan tapi kalau lepas tu termuntah balik kan? Favourite food pun sama macam masa Irfan dulu. Saya suka makan seafood dan western berbanding ayam/daging atau malay/arab food. Dan masa tu, saya pun sudah terfikir…mesti boy lagi ni! 😀

Dan untuk hamil kali kedua ni, saya mengambil sepenuhnya Set Hamil Shaklee. Pil vitamin warna pink yang doktor bagi saya hanya ambil beberapa kali apabila saya terputus stock vitamin Shaklee sahaja. Selebihnya saya sedekahkan kepada ofismet yang baru mula hamil pula usai saya habis cuti berpantang. Hehe. Alhamdulillah..dengan vitamin ibu hamil Shaklee, bayi sihat dan membesar dengan baik. Saya juga tidak mengalami masalah Hb rendah dan sentiasa cergas sehingga ke saat akhir.

Kalau masa menghamilkan anak pertama dulu saya hanya mendengar nasihat yang diberikan oleh JM/doktor yang dijumpa setiap bulan, pada kehamilan kali ini saya banyak mengambil inisiatif untuk mencari ilmu tentang kehamilan dan kelahiran. Tak kiralah dari google, forum, buku, FB group…mana-mana info yang saya rasa berharga, saya akan kutip dan cuba amalkan. Saya bukan hanya semata-mata follower apa yang orang selalu kata, tapi saya menjadi seorang yang lebih informed dan memahami dan peka dengan situasi dan setiap perubahan yang berlaku.

Dua Minggu Sebelum Kelahiran

Rasa jenuh pulak kalau nak ceritakan semua cerita 9 bulan sewaktu kehamilan dalam satu entry. Hihi. So let’s cut it short! Ini dia cerita saya untuk dua minggu terakhir sebelum kelahiran anak kedua…

Ihsan Amsyar sepatutnya dijangka bersalin pada 11/07/2013 bersamaan dengan 2 Ramadhan 1434H. Hahh..bila mengetahui tarikh tersebut, ada terasa sedikit sedih di hati kerana ingatkan tak dapat langsung nak berpuasa pada tahun tersebut. Ditambah pula dengan ketiadaan lagi ibu sendiri untuk menjaga saya semasa berpantang dan kejauhan ibu mertua yang berada jauh nunnn di utara sana. Walaupun ibu mertua saya offer untuk menjaga saya, saya tak sanggup nak berpisah lama-lama dengan encik suami. Dan saya juga tak mahu suami saya berulang-alik ke Penang setiap wiken untuk melawat kami apatah lagi di bulan puasa. So, dari saat saya tahu saya akan bersalin di bulan puasa, saya letakkan mind set yang saya mahu dan boleh berpantang sendiri! Mungkin itu juga salah satu sebab mengapa pada pregnancy kali kedua ini saya banyak belajar agar boleh bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tak kira masa mengandung mahupun berpantang.

Saya melahirkan Irfan pada minggu ke 40, 2 hari sebelum EDD. So, saya expect kelahiran anak kedua mesti akan lebih awal. Namun, jangkaan saya meleset. Walaupun sudah masuk minggu ke-38 dan ke-39, masih lagi tiada tanda-tanda yang saya akan bersalin. Jadi, saya menjadi semakin cergas dan bergerak lebih banyak bagi memastikan saya tak perlu di induce kerana lewat bersalin.

Saya pergi kerja seperti biasa dan setiap hujung minggu ada saja aktiviti saya di luar. Lagi 8 hari sebelum EDD, saya bershopping ke Shaklee. Lagi 5 hari nak EDD, saya pergi bercuti ke Port Dickson. Balik dari Port Dickson, terus straight ke Stadium Melawati dan kompleks PKNS di Shah Alam untuk shopping lagi barang baby di Baby Expo dan baju raya. Alhamdulillah..masih aktif dan cergas masa ni… 🙂

amsyar030713amsyar060713  amsyar090713

Sehinggalah akhirnya tiba 10 July 2013, 1 hari sebelum EDD. Seluruh umat islam di Malaysia memulakan ibadah puasa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui keinginan saya untuk menjalani ibadah dan menikmati suasana di bulan Ramadhan lalu memakbulkannya. Malah, bukti betapa Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia bukan sahaja bagi saya sehari, tetapi 6 hari berturut-turut untuk berpuasa, bertarawikh dan melipat gandakan ibadah dan mengumpul pahala sehingga hari saya bersalin.

Syukur Alhamdulillah. Mungkin juga berkat saya mengikut tips dalam video ini, saya berjaya menjalani ibadah puasa dengan baik walapun usia kandungan sudah mencecah yang ke-41 minggu. Jadi, kalau ada ibu-ibu lain seperti saya yang sedang hamil ataupun menyusu yang mahu berpuasa atau ganti puasa, anda sangat disarankan untuk follow tips yang diberikan dalam video ini.

Back to my story…

Selasa, 15/07/2013..

Usai subuh, saya ke toilet dan mendapati terdapat tompokan darah (mukus) yang keluar, sama seperti melahirkan Irfan dahulu. Dalam hati kuat saya mengatakan, ok tak lama lagi dah ni.

So, saya pun cakap kat hubby, “Baby dah nak keluar ni.”

“Nak pegi hospital ke?” tanya hubby.

“Mlm ni kot keluar. Pegi lambat sikitlah hospital. Tak berapa sakit pun lagi. Pergi tempat lain dulu.” 😀

Ya. Walaupun dah ada tanda-tanda untuk melahirkan, saya ajak juga suami saya untuk menemani pergi ke beberapa tempat untuk menyelesaikan beberapa urusan sebelum saya ditahan di hospital. Lagipun belum ada atau kerap rasa sakit. Sebelum keluar, saya rendam akar cik fatimah dan bancuh raspberry tea untuk diminum yang dikatakan sangat membantu dalam proses untuk bersalin.

amsyar150713

Destinasi pertama saya adalah ke pejabat untuk COD Ostematrix. Terkejut mereka apabila nampak saya datang sebab mereka ingatkan saya dah ada kat hospital menunggu masa nak bersalin sahaja. Hihihi.

Next stop was to Pesuruhjaya Sumpah. Nak angkat sumpah dan bagitau yang saya tak dapat hadir semasa pemberitahuan faraid pada tarikh yang ditetapkan sebab saya akan berada dalam pantang. Ia juga bagi menyatakan segala kuasa membuat keputusan dan pengendalian harta arwah mak bagi pihak saya diserahkan kepada adik saya.

Selesai urusan di situ, saya ke LHDN pula untuk bagi support documents/resit untuk pengecualian cukai.. It was long overdue actually. Tapi..bagi jelah, mana tau dapat claim balik cukai-cukai yang dah dibayar sebelum tu.

Lepas LHDN, barulah saya dan suami ke Hospital Damai. Agak lama juga kami menunggu giliran dan akhirnya dalam pukul 3 lebih petang baru saya dapat berjumpa dengan Dr. Zunita. Masa tu contraction dah agak kerap walaupun hanya sekejap sekejap. Dan sakitnya juga masih boleh ditanggung. Dr. Zunita memberitahu bukaan baru dalam 2-3 cm dan terpulang kepada saya untuk terus tinggal di hospital atau pulang ke rumah. Sudah tentulah saya mahu balik! Nak buka puasa di rumah. Nak jumpa irfan. Tapi, sebelum saya dibenarkan balik, beliau tetap mahu melakukan CTG bagi mengetahui kekerapan contraction dan memastikan keadaan saya dan bayi ok walaupun saya menolak.

Jadi, sementara ketua bidan melakukan CTG ke atas saya, suami saya pergi menjemput Irfan di nursery. Dekat sejam juga saya ditahan dan diattach dengan mesin CTG tersebut. Aduhaii..bosan sungguh! Saya tak dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana atau bertukar posisi bagi mengelakkan kesilapan mesin terssebut. Dan akhirnya, ketua bidan memberitahu bahawa contraction masih belum konsisten. Boleh jadi saya akan bersalin pada malam ini atau mungkin 2 3 hari lagi. Jadi, mereka membenarkan saya pulang.

Keluar dari hospital, masa tu jam sudahpun menunjukkan pukul 6 lebih petang. Dah hampir waktu berbuka tapi kami tak bersedia apa-apa pun lagi. Nak ke bazaar ramadhan rasa macam tak selesa bagi saya untuk bersesak-sesak dalam keadaan perut memboyot sambil menahan sakit begitu. Nak tinggal dalam kereta sementara suami pergi membeli takut terberanak sorang-sorang pulak. Hihihi. Nak masak lagilah tak mungkin. Puas fikir nak makan apa dan akhirnya saya call Nandos di Aeon Wangsa Maju untuk reserve one table masa berbuka. Terbayang-bayang sos peri-perinya yang sedap tu. Last wish sebelum berpantang kononnya. Hihi. By right, reservation hanya boleh dibuat di restoran sahaja tetapi saya meyakinkan mereka bahawa saya memang sedang dalam perjalanan ke sana dan Alhamdulillah, dengan izin Allah mereka membenarkan saya untuk reserve. Haaa..amekk!! Makan pedas-pedas lagi. Kalau lambat lagi bersalin, tak taulah nak cakap apa.. 😀

Sampai di Aeon dan sementara menunggu waktu berbuka, saya sempat lagi shopping tudung baru untuk saya pakai masa beraya nanti. Hihihi. Pantang2 pun mestilah nak vogue bila orang datang beraya kan? 😉 Sambil tu, saya mula activatekan apps Contraction Birth Counter. Kononnya nak monitor sendiri berapa kali sakit nak bersalin tu datang. Memang rasa macam senggugut tu lebih kerap datang, tapi terlalu mild sampai saya selalu terlupa untuk ambil kira. Huhuhu.

Lepas berbuka, kami pun pulang ke rumah. Selepas isyak, sakit contraction dah semakin kerap. Saya beritahu husband yang saya nak duduk dalam bilik. Tolong jaga Irfan. Alhamdulillah, Irfan pun seolah-olah sangat memahami dan langsung tidak mencari saya dan minta breastfeed. Ya. Walaupun Irfan sudah berusia 2 tahun 4 bulan pada waktu itu, saya masih menyusukan Irfan sehingga Amsyar lahir.

So, duduk dalam bilik, memang bermacam-macam posisi saya buat untuk menahan sakit. Kadang kala, saya duduk menghenjut di atas birth ball. Kadang-kadang mengerekot macam udang di atas katil. Sekali sekala bersujud. Di masa yang lain saya bersandar ke dinding. Habis satu teko raspberry tea saya dah minum. Saya makan kurma ajwa sebanyak-banyaknya. Mulut tak putus-putus berzikir dan berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin. Tak larat nak berzikir saya buka youtube untuk mendengar alunan zikir dan doa.

Sehinggalah pada pukul satu pagi, saya bagitau suami… “Tolong call Kak G.” Ok, fahamlah suami bahawa it’s time to go to hospital. Kami minta tolong kakak ipar dan anak buah yang kebetulan tinggal bersamanya untuk datang ke rumah menemani Irfan sementara kami ke hospital untuk bersalin. Sementara menunggu mereka sampai, saya mandi air panas. Lamaaaa…sangat lama. Dekat sejam saya berdiri dicurahi air panas yang bagi saya amat selesa pada waktu itu untuk menahan sakit bersalin.

Kami sampai di hospital pada pukul 3 pagi. Saya pada mulanya dibawa ke wad bersalin dahulu sementara menantikan kedatangan doktor. Mujurlah doktor pun tinggal dekat je dengan kawasan hospital. But still, untuk orang yang terasa sangat nak beranak, seminit pun dirasakan lama! Again, saya dipasang dengan mesin CTG. But, sorry nurse..saya memang tak boleh duduk diam. Selepas memasang mesin tu, bidan tersebut keluar. Dan lebih kurang 20 minit kemudian dia masuk untuk lihat carta yang keluar dari CTG machine. Terkejut agaknya, dia pun terus buat VE. And then terus menjerit panggil  assistant untuk tarik katil pergi labour room.

Saya pulak bila tengok keadaan tu boleh pulak cakap, “dah berapa cm?” Dia jawab, “Dah full dilated (i.e 10cm). It’s coming now!” Ohh..patutla terasa cam nak be*ak je. Huhu

Di labour room, nurse suruh saya baring sementara menunggu doktor sampai. Saya degil dan kata saya tak nak! Terkejut agaknya dia sebab saya melawan. Sampai dia cakap sepanjang karier dia dekat 40 tahun tak pernah dia jumpa patient macam saya. Haha. Saya cakap saya tak boleh baring. Sungguh! Memang saya tak boleh baring atau duduk. Ada sesuatu yang nak keluar sangat-sangat dah. Dia boleh cakap “jangan beranak dulu. Doktor belum sampai!” Aduyaiii… cemana nak tunggu? Bukannya saya sakit perut nak membuang ni. Huhuhu. So, saya pun melutut sambil berpaut di bahu suami saya. Bising betul nurse tu sampai ugut saya. “Heii..duduklaaaa…nnt baby u jatuh macam mana?” Huhuhu..

Hahh..masa tu takut jugak so saya cubalah duduk walaupun rasa sakit teramat-amat sangat. Mujur Doktor Zunita sampai tak lama kemudian. Dia mengambil tempat lalu berkata, “Ok teran.” Saya sempat bertanya, “air ketuban dah pecah ke?” Hahaha. “Dah,. Dia dah pecah sendiri,” jawab Dr. Zunita. “Ok, push!” “Urggghhh!”

Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Eh? Takde? Tadi macam nak beranak sangat dah. “Awak tak rasa sakit dah ke?” tanya Dr. “Hmmm…ntahlah. Sakit tapi…..” “Ok, takpe next contraction curi nafas dan push sampai keluar. Dah nampak kepala baby dah ni.” So, saya pun cuba dan cuba lagi. Contraction saya tersangat pendek sampai tak sempat baby keluar sepenuhnya saya dah tak rasa lagi untuk meneran. “Awak dah kencing ke tadi?” tanya Dr. Zunita lagi. “Last kencing kat rumah.” Lebih sejam yang lalu semasa mandi. And since then, dah banyak juga air yang saya minum. Huhuhu. So, since saya takleh nak buang air sendiri, doktor pun masukkan urinary catheter. Huhuhu. Seriously, itulah pengalaman saya yang paling ngeri semasa bersalin Amsyar. Tapi since saya tak nampak, saya tak rasa apa-apa dan tau2 saja saya dah siap buang air.

“Ok, sekarang teran.” Saya pun buat tapi baby masih tak keluar. Tak rasa sakit cemana nak teran kan? Huhu. “Kesian kat baby awak ni Fara. Dia dah nak keluar sangat dah ni. Nampak dah kepala tu. Lemas nanti kalau lama-lama camni. Dah lebih 30 minit dah ni. Kalau awak tak rasa sakit, saya bagi pethidine nak?”

Hahhh..dengar je nama drugs terus saya jadik alert. Haha. So, in the next contraction, saya amik nafas panjang-panjang…et voila! Alhamdulillah…syukur..akhirnya putera kedua saya, Ihsan Amsyar bin Norfitri seberat 3.3kg selamat dilahirkan pada 16 Julai 2013 pukul 4.34 pagi. 🙂 🙂 🙂

amsyar160713-2 amsyar160713

Jadi, begitulah kisahnya pengalaman saya mengandung dan melahirkan anak yang kedua saya di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Alhamdulillah, syukur kepada Allah segalanya selamat dan berjalan lancar seperti yang diharapkan. Dan bermulalah episod saya berpantang sendiri… (yang saya akan ceritakan di lain entry!)

Untuk ibu-ibu yang sedang hamil di luar sana, jagalah kesihatan anda. Ambil makanan yang berkhasiat dan mencukupi untuk menampung keperluan anda dan bayi. InsyaAllah, anda juga boleh kekal aktif dan cergas sepanjang kehamilan seperti yang saya alami semasa kehamilan Amsyar ini. Malah, dengan persediaan yang betul, tidak mustahil untuk anda juga mampu berpuasa semasa sedang sarat mengandung dan seterusnya mendapat pengalaman yang tak mungkin dilupakan semasa bersalin. Saya bukanlah banyak sangat pengalaman bersalin, tapi InsyaAllah kalau ada sedikit ilmu, saya pasti akan kongsikan 😉

Till then, enjoy your pregnancy journey ya!

Love,

Fara Fadzil

 

 

Shaklee ID: 860722

012-3579599

2 Comments
  1. Salam…
    Saya datang ziarah, baca entry dan follow…
    Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu… 🙂
    Maria Firdz recently posted…WW ~Cabaran Cikgu Alaf 21~My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

July 2017
M T W T F S S
« Dec    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency