Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Me @ 33 tahun

Alhamdulillah…3 hari lalu genaplah 33 tahun Allah pinjamkan nyawa kepada saya di dunia. Bila belek-belek balik apa saya dah buat selama 33 tahun ni, OK… saya rasa start tahun ni saya kena lebih fokus, lebih kenal dan lebih sayang kepada diri sendiri.

Bukan bermakna jadi selfish ye! Tapi… supaya saya lebih mengenali potensi diri untuk berjaya di dunia dan akhirat, supaya saya lebih mengenali dan menyayangi insan lain. Bagaimana saya mahu menyayangi dan mencintai orang lain jika saya tidak kenal dan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu? Bagaimana saya mahu memberi kasih sayang jika saya tidak mempunyai kasih sayang untuk diri sendiri?

Saya pada kebiasaannya adalah orang yang jenis “go with the flow” ataupun “take life as what it is”. Tapi, saya rasa cukuplah 33 tahun sebelum ini saya bangun di hari lahir dan tertanya-tanya “Eh dah xx tahun! Apa yang aku dah buat eh?”. Saya tak mahu nanti dah usia 60 tahun pun (kalau dipanjangkan umur..insyaAllah), saya masih tertanya-tanya soalan yang sama. 😀

Rugi…rugi! Masa yang dah berlalu tak boleh diganti. Syukur Allah masih panjangkan umur sehingga hari ini. Tapi semakin panjang perjalanan kita di dunia ini, semakin dekat sebenarnya kita untuk sampai ke destinasi di akhirat sana. Sudah cukupkah bekalan saya?

So, insyaAllah..doakan saya untuk lebih berjaya tahun ini. Lebih berjaya setiap hari. Melakukan perbezaan setiap hari. Menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kebetulan cycle bisnes saya pun bermula dari Mac hingga Februari. So, saya harap saya akan dapat mencapai semua yang dalam Vision Board saya pada tahun ini. Doakan saya jugak ye! 🙂

VISION BOARD 2015-16 blog

Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan perjalanan hidup saya sehingga kini. Jatuh bangun, tinggi rendah yang saya sudah alami adalah anugerah dan tarbiyah Allah untuk saya sebagai hamba-Nya. Syukur atas segala ujian dan nikmat ini. Dan terutama sekali syukur kerana Dia mempertemukan saya dengan orang-orang yang hebat dan kaya dengan kasih sayang sebagai bukti kasih sayang dan rahmat-Nya kepada saya.

Terima kasih kepada arwah mak, abah, suami, anak-anak, adik-beradik, keluarga dan kawan-kawan yang tak putus-putus menyokong dan mendoakan saya. Terima kasih atas ucapan, doa dan hadiah sempena hari lahir yang saya terima di whatsapp/facebook mahupun secara berdepan. Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian semua juga.

Thanks to beloved suami yang belanja makan kat Wangsa Grill by Chef Zubir.

photo 4

And pastu hadiahkan actifry Tefal yang super bestt ni! Love it sooooo much! InsyaAllah, lepas ni akan semakin rajin ke dapur untuk sediakan makanan yang sedap, sihat dan berkhasiat. Hihihi.

photo 2

And also thank you so much to my BFF – Mimi, Syeda & Ani sebab hadiahkan jubah dress electric blue from Zawara ni. Depa nilah kawan sejati. Dari zaman sekolah sampailah cukup 20 tahun dah ni. We’ve been for each other through thick and thin. Thank you girls 🙂

photo 1

photo 3

So, that’s it!

Alhamdulillah sekali lagi atas pinjaman nyawa ini. Semoga Allah merahmati kita semua! 🙂

Love,

Fara Fadzil

 

 

012-3579599

 

2 Comments
  1. Hi Fara! Selamat hari ulangtahun ke 33! Sebaya la kita

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

October 2024
M T W T F S S
« Jan    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Wordpress Development Company