Sebenarnya, semua orang mengalami keguguran rambut, tak kira lelaki mahupun wanita. Antara punca-punca keguguran rambut adalah seperti faktor penuaan, tekanan, perubahan hormon, pengambilan ubat, melahirkan anak atau menghidap sesuatu jenis jangkitan. Pada satu-satu masa, hanya lebih kurang 90% daripada rambut kita yang akan bertambah panjang manakala 10% lagi akan masuk ke dalam “resting phase” di mana ia tidak akan panjang lagi. Setiap dua atau tiga bulan, rambut yang berada dalam “resting phase” ini akan gugur untuk memberikan laluan kepada rambut baru untuk tumbuh.
Di kalangan wanita, masalah keguguran rambut kelihatan amat kritikal terutamanya selepas mereka bersalin. Memang ngeri apabila melihat jumlah taburan rambut yang gugur di lantai setiap hari atau pun setiap kali menyikat rambut. Malah, ada yang menyifatkan keguguran rambut yang sedang dialami umpama sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk pesakit kanser!! Tetapi, ibu-ibu tidak perlu terlampau “freak out”. Seperti mana perubahan-perubahan yang dialami semasa mengandung, situasi yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara.

Masalah keguguran rambut yang dikaitkan dengan kehamilan biasanya berlaku 3 bulan selepas bersalin. Peningkatan hormon semasa hamil menyebabkan kebanyakan rambut tidak gugur semasa mengandung dan hanya memasuki “resting phase”. Walau bagaimanapun, apabila wanita itu sudah bersalin, paras hormon akan kembali kepada asal dan rambut pun mula gugur mengikut kitaran normal. Rambut yang sepatutnya gugur semasa mengandung juga akan turut gugur bersama-sama pada waktu ini. Jadi itulah sebabnya rambut yang gugur selepas bersalin lebih banyak daripada biasa.
Pada waktu ini, sehingga 60% daripada rambut yang ada akan memasuki “resting phase”. Keguguran rambut yang teruk biasanya akan berlaku pada 3 atau 4 bulan selepas bersalin kerana folikel rambut sedang “diperbaiki”. Tetapi seperti yang dinyatakan tadi, kehilangan rambut ini hanyalah sementara dan akan kembali seperti biasa dalam masa 6 hingga ke12 bulan.
Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjadi lebih teruk dan sukar dikawal sekiranya anda sendiri tidak mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya. Untuk mengawal dan mengelakkan diri daripada menghadapi situasi ini, pastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya atau mengambil supplemen untuk melengkapkan keperluan tubuh anda. Vitamin dan mineral yang dimaksudkan ialah:
Biotin (Vitamin H) – Biotin diperlukan untuk menghasilkan tenaga daripada karbohidrat dan penting untuk kesihatan kulit, mata dan rambut. Ia membantu dalam mendapatkan rambut yang kuat dan sihat dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik. Biotin juga membantu dalam metabolisma asid amino yang merupakan unit terkecil bagi protein untuk membina dan membaiki sel rambut. Ia adalah sejenis vitamin yang larut air, jadi badan kita tidak mampu untuk menyimpannya dengan lama. Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa mendapatkan sumber biotin dari diet seharian kerana jika tidak, ia akan menjadi punca kepada masalah keguguran rambut. Untuk mendapatkan biotin, anda boleh mengambil supplemen vitamin B Complex.
Zinc– Zinc adalah mineral penting yang boleh didapati dalam hampir kesemua sel. Ianya telah digunakan sejak zaman dahulu kala kerana keupayaannya untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Zinc juga memainkan peranan penting dalam deria rasa, penglihatan, pembinaan tubuh, deria bau dan kawalan insulin. Ia mengandungi sifat antioksidan dan membantu dalam melindungi rambut anda daripada kerosakan akibat radikal bebas. Dan menurut University of Maryland, kekurangan zinc boleh mengakibatkan keguguran rambut.
Vitamin A -Vitamin A terlibat dalam dalam memastikan perkembangan dan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia bertanggungjawab dalam sintesis asid retinoik yang terdapat dalam folikel rambut. Vitamin A akan membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan juga memastikan ianya sentiasa lembab dengan menghasilkan minyak semulajadi yang dipanggil sebum pada wajah dan kulit kepala. Sumber vitamin A boleh didapati contohnya daripada CarotoMax Shaklee.
Adakah anda juga stress dengan masalah keguguran rambut ini? Cubalah supplemen-supplemen ini dan lihatlah perubahannya :).
Hubungi farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dengan sesuatu yang istimewa sekarang!
*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnose, merawat atau menyembuh mana-mana penyakit.
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
Leave a Reply