Salah satu perkara yang paling penting dan utama yang perlu ibu-ibu menyusu faham bagi menjayakan penyusuan anak mereka adalah tentang peri pentingnya ibu-ibu menyusu ini mendapatkan nutrisi yang secukupnya dan malah bagi sesetengah jenis nutrient, mereka memerlukannya dalam kuantiti yang lebih tinggi berbanding daripada wanita yang tidak menyusukan anak seperti berikut:
Nutrient
|
Normal (30 tahun ke atas)
|
Mengandung
|
Menyusu
|
Energy (kcal)
|
2180
|
2540 2650
|
2680
|
Protein (g)
|
55
|
62.5
|
70-75
|
Calcium (mg)
|
800
|
1000
|
1000
|
Vitamin A (µg RE)
|
500
|
800
|
850
|
Vitamin C (mg)
|
70
|
80
|
95
|
Thiamin, B1 (mg)
|
1.1
|
1.4
|
1.5
|
Riboflavin, B2 (mg)
|
1.1
|
1.4
|
1.6
|
Niacin (mg)
|
14
|
18
|
17
|
Folate (µg)
|
400
|
600
|
500
|
Zinc (mg)
|
4.9
|
5.510
|
7.2 9.5
|
Selenium (µg)
|
25
|
25 29
|
34 41
|
Take note ye, dalam table diatas saya hanya listkan jenis-jenis zat makanan yang diperlukan lebih oleh seorang ibu menyusu berbanding wanita yang tidak mengandung atau menyusukan anak. Untuk zat-zat lain, keperluannya sama seperti biasa. Jadi, kita nampak perbezaannya kan? Cuba kita selidik, adakah pemakanan kita semasa laktasi mendapat nutrisi-nutrisi ini secukupnya? Adakah sebelum mengandung atau menyusu kita sudah cukup mendapat nutrisi ini? Adakah selepas melahirkan anak kita menggandakan usaha untuk makan makanan yang lebih berkhasiat? Atau semasa berpantang kita ditegah daripada makan pelbagai jenis makanan dan dipaksa makan dalam kuantiti yang sedikit supaya dapat kembali kepada bentuk badan yang asal?
Harus diingat ye ibu-ibu, keperluan nutrisi ini adalah untuk ANDA (baca: KITA, termasuk saya). Kuantiti dan pemilihan makanan yang kurang berkhasiat yang kita ambil tidak akan menjejaskan penghasilan susu dengan syarat kita dapat mengekalkan kekerapan penyusuan dan pengepaman. Sebagaimana ketika mengandung, segala nutrisi disalurkan kepada anak melalui plasenta, begitu jugalah alirannya apabila menyusukan mereka. Sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi khasiat yang mencukupi untuk keperluan ibu dan anak, yang mendapat kesannya adalah si ibu. Sebabnya, segala khasiat yang diambil dari makanan akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan tahukah anda, nutrien untuk si comel bukan sahaja dari pemakanan yang kita ambil, tetapi juga dari simpanan lemak yang kita bina semasa mengandung? Sekiranya kesemua ini hilang, apakah pula khasiat yang tinggal untuk kesihatan dan kecergasan tubuh kita?
Jadi, tidak hairanlah kalau ada ibu-ibu menyusu yang sering merasa keletihan atau mengadu sakit-sakit tulang dan sendi dan pelbagai masalah lagi. Ini semua sebenarnya adalah kesan dari kekurangan zat dalam pemakanan seharian. Bagaimana untuk mengatasinya? Saya pasti anda pun sudah tahu jawapannya. Makanlah makanan yang seimbang seperti yang disyorkan dalam piramid makanan dengan melebihkan sedikit kuantiti pengambilan bagi makanan untuk mendapatkan zat di dalam jadual di atas. Contohnya seperti berikut:
Kalsium
|
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet |
---|---|
Vitamin A
|
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren |
Vitamin B Kompleks
|
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati. Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian) |
Vitamin C
|
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi |
Tetapi, bagaimana jika anda tidak mampu untuk mengamalkan diet yang seimbang dan mencukupi ini? Jangan bimbang. Ambillah dengan konsisten set menyusu Shaklee di bawah ini dan alamilah perbezaannya!
Leave a Reply