Nak order? Hubungi 012-3579599

Kenapa Ramai Ibu Gilakan ESP?

ESP? Apa tu? Kalau ada yang masih tak tahu, ESP adalah protein soya yang sangat digila-gilakan oleh ramai orang di Malaysia ini terutama wanita dan kaum ibu. Kenapa?

Tak lain tak bukan sudah tentulah kerana ia adalah sejenis protein soya yang TIDAK DIMODIFIKASIKAN SECARA GENETIK (NON-GMO SOY) yang memberi pelbagai manfaat kepada si pengamalnya.

Dari sejak kecil, kita telah didedahkan tentang kepentingan protein kepada badan. Protein merupakan bahan binaan asas manusia. Protein lah yang membina dan membaiki sel. Proteinlah yang penting untuk bina otot. Dan macam-macam lagilah. Tapi, cuba tengok berapa portion protein yang kita ambil setiap kali makan? Cukupkah untuk menampung keperluan kita yang semakin sibuk, yang sentiasa terdedah dengan pencemaran di zaman sekarang?

kenapa ramai ibu gilakan esp

ESP sememangnya favourite wanita!

Jadi, memang tidak hairanlah kalau ramai di luar sana yang menjadi penggemar ESP terutamanya kaum ibu. ESP adalah all-in-one protein yang memberi manfaat yang semua wanita inginkan.

ESP untuk kejelitaan

Semua wanita tak kira remaja, dewasa atau yang berusia sentiasa ingin kelihatan cantik. Tapi, perubahan hormon, pendedahan kepada asap dan pencemaran, peningkatan usia akan menyebabkan sel-sel kulit rosak dan mengalami masalah seperti berminyak, kering, kendur, kasar dan pelbagai lagi.

Tetapi sekiranya anda mendapat protein yang mencukupi, sel-sel yang telah rosak dapat diperbaiki dan diganti dengan sel-sel baru. Jadi, pengambilan ESP secara konsisten dapat membantu memberikan kulit yang lebih berseri-seri dan lebih anjal. Ia membantu mengekalkan awet muda serta membantu menghilangkan parut dengan pengambilan bersama set kecantikan shaklee.

ESP untuk pengurusan berat badan

Penjagaan berat badan adalah sesuatu yang sangat diberi perhatian oleh kebanyakan wanita. Kalau muka je cantik tapi body macam belon tak menarik juga kan? Especially untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Peningkatan berat badan semasa mengandung mesti nak dihapuskan cepat-cepat! Kalau boleh, nak dapat berat macam zaman anak dara lagi. πŸ˜€

Jadi, untuk membantu dalam pengurusan berat badan anda, anda boleh minum segelas ESP sebelum makan atau antara waktu makan bagi mengalas perut. Ia membantu anda rasa lebih kenyang dan seterusnya mengehadkan pengambilan makanan anda kepada kuantiti yang lebih kecil. Sewaktu berdiet juga anda mungkin akan mudah berasa letih kerana kurang makan tetapi dengan mengamalkan ESP, ia boleh membantu anda rasa lebih bertenaga untuk melakukan kerja seharian. ESP juga membekalkan protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang membantu anda membina otot.

ESP untuk wanita yang sibuk

Wanita atau ibu-ibu pada zaman ini memang sangat sibuk tak kiralah yang berkerja di ofis, mahupun yang menjadi suri rumah. Pelajar-pelajar yang masih belajar juga tak kurang sibuknya! Sampaikan golongan ini terpaksa berkorban waktu makan sehingga boleh menyebabkan gastrik.

Mendapat khasiat melalui pemakanan adalah yang paling utama, tetapi sekiranya terlalu sibuk, anda mungkin memerlukan sesuatu yang lebih ringkas, mudah, cepat dan memberi khasiat. Selain Meal Shakes, ESP juga adalah pilihan terbaik untuk membantu anda mengalas perut, memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun.

ESP untuk kehamilan

ESP turut menjadi peneman setia kepada ibu-ibu yang hamil. Dengan perkembangan janin yang semakin membesar, selain dari mengamalkan supplemen untuk ibu hamil seperti asid folik dan zat besi,Β  keperluan protein kepada ibu dan anak memang tak dapat dinafikan. Ia bertujuan untuk membina sel-sel dan organ yang baru mula terbentuk.

image

My second child

 

Pengalaman saya sendiri mengamalkan ESP semasa hamil anak yang kedua, hasilnya kulit anak saya lebih putih, lembut dan gebu. Sampai orang menyangkakan dia anak cina. Alhamdulillah, walaupun ramai yang mengatakan soya menyebabkan kulit menjadi sensitif, anak saya tidak mengalami masalah itu. Dan ESP telah banyak membantu saya dari segi tenaga sepanjang tempoh kehamilan sehinggakan saya masih boleh giat berjalan sehari suntuk dan berpuasa sebelum saya bersalin keesokan harinya.

ESP untuk penyusuan

Dan yang paling glamer sekali, sudah tentulah ESP untuk penyusuan. Breastfeeding moms memang ramai yang fall in love dengan ESP ni sebab ia boleh menjadi milkbooster yang hebat dengan syarat konsep penyusuan dilaksanakan dengan betul. Al-maklumlah komposisi utama dalam susu ibu kan protein dan ESP adalah bekalan yang memberikan khasiat ini. πŸ™‚

Jadi, dari segi penyusuan, ESP membantu memperkayakan susu ibu dengan protein dan menjadikan ia lebih pekat dan seterusnya membantu bayi untuk kenyang lebih lama. Bi iznillah…

Pendek kata, ESP ini memang peneman wanita tak kiralah di mana-mana peringkat usia.

Tapi, jangan ingat pula ESP ini untuk wanita atau kaum ibu sahaja. Kaum adam yang sukakan soya yang mahu kelihatan handsome, yang sibuk tak ingat dunia, yang nak kurus, yang nak kekal bertenaga yang nak pelihara kesihatan kelenjar dan prostat juga patut mengamalkan soya Shaklee ni.

Ia juga sesuai untuk membantu mengawal paras gula kerana ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah sertaΒ  memelihara kesihatan jantung dan mengawal kolesterol.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi kebaikan ESP yang menyebabkan ia menjadi kegilaan ramai. Mereka sudah merasai manfaatnya, anda pula bagaimana?

image

Promosi Oktober 2014

Apa kata anda cuba sendiri di bulan Oktober ini sempena promosi yang sedang hangat berlangsung. Dapatkan ESP anda hari ini dengan sesuatu yang istimewa dengan menghubungi RahsiaVitaminIbu.com melalui sms/whatsapp 012-3579599 (Puan Fara Fadzil) atau email kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com sekarang juga! πŸ™‚

Atau jika anda ingin memesan ESP dengan segera, anda boleh shopping secara online di sini.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2017
M T W T F S S
« Dec    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Network Widget by Acurax Small Business Website Designers