Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Kenapa Kita Perlu Berbisnes?

Ada banyak faktor kenapa kita perlu berbisnes walaupun sudah ada pekerjaan tetap. Untuk ibu-ibu berkerjaya seperti saya, faktor utama yang mendorong kami untuk berbisnes selalunya adalah kerana ANAK. Sebagai ibu, kita kalau boleh mesti nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. Prioriti ke atas keluarga mesti akan kita letakkan di tempat nombor satu, kemudian mungkin kerjaya.

kenapa kita perlu berbisnes

Anak – Faktor utama kenapa kita perlu berbisnes

Contoh hari tu, seorang kawan saya tak dapat datang kerja sebab terpaksa jaga anak. Kerja banyak kat ofis. Meeting bersilih ganti. Tapi, sebab anak takde orang jaga, semua kerja dan meeting kena ditangguhkan.

Saya pun selalu macam tu. Baru-baru ni, saya sepatutnya pergi outstation selama 3 hari untuk FAT pertama dengan end customer. Tapi, sebab dapat arahan last minute untuk pergi mewakili boss saya dan encik suami pun memang dah outstation juga, maka saya tak dapat nak penuhi permintaan tersebut. Tambahan lagi, takkan kami berdua nak keluar outstation pada masa yang sama dan biar anak kami dijaga oleh orang lain? Kami bukan ada keluarga yang duduk dekat-dekat pun untuk anak-anak menumpang kasih. Dan kami tiada maid.

Dan itu bukan pertama kali saya terpaksa buat macam tu. Sebelum daripada itu, dah 2 kali juga saya pernah pernah menolak tawaran untuk pergi training kat France sebab utamakan family. Training kat negara yang saya sendiri rindui. Tapi takpe. Saya tak menyesal pun. Ada rezeki nanti, saya pergi sendiri.

Wanita bekerjaya yang lain mungkin akan kata rugi sebab saya dah melepaskan peluang untuk mengembangkan kerjaya saya. Tapi, bila saya dah jadi seorang mak ni, sibuk macam mana pun kerja kat office, bila tiba bab anak-anak, bab family.. saya memang akan letak prioriti mereka di tempat nombor satu.

kenapa perlu berbisnes?

Demi mereka, saya sanggup lakukan apa saja..

Jadi, saya memang faham sangat. Bila ada orang yang tiba-tiba EL sebab kena jaga anak.

Anak sakit. Pengasuh lari. Taska diarahkan tutup.

Bukan kita yang minta. Tapi, keadaan yang memaksa.

Bukan selalu. Hanya sekali sekala.

Tapi, kalau selalu macam mana? Kalau anak memang selalu sakit? Selalu keluar masuk hospital?

Habis annual leave, kita amik pula unpaid leave. Nanti dah takde gaji, apa pula kita nak makan ye? 😔

Kalau boss bagi work from home, takpe juga. Tapi, kalau tak boleh? Kalau kita memang kena turun site, buat keje operator, hmm.. nak buat kerja dari rumah macam mana? 😔

Jangan risau, ibu-ibu sekalian… Sebab bila ada kemahuan, pasti masih ada caranya.😊

Itulah sebabnya kenapa kita perlu berbisnes. Berbisnes walaupun sudah ada kerjaya umpama satu “backup plan” jika kerjaya terpaksa dilepaskan demi anak-anak dan keluarga ataupun satu jambatan untuk kita mendapat kebebasan masa bersama keluarga.

Jom bina bisnes Shaklee

Nak bisnes apa pula? Paling senang, kalau anda ada kemahiran, ‘jualkan’ kemahiran anda itu dari rumah. Memasak ke, menjahit ke, ajar tuisyen ke…

Tapi, kalau nak LAGI SENANG, dan kalau kemahiran pun tak berapa nak ada macam saya ni, apa kata anda cuba bina bisnes Shaklee. Tak payah ada sijil pun nak buat bisnes ni. Tak nak pergi mana-mana pun takpe. Semua boleh buat dari rumah dekat dengan keluarga. Cuma kena ada usaha.

Ya, janji rajin usaha, mesti kita boleh berjaya. Tak pandai tak apa, sebab saya boleh ajar (kalau mendaftar dengan sayalah). Saya dulu pun masa mula-mula memang zero bab-bab meniaga. Tapi, Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari upline, saya dah boleh berdiri di atas kaki sendiri sekarang ni.

Mereka dah ajar saya. Sekarang, tiba masanya untuk saya mengajar orang lain pula. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Jadi, saya mencari-cari juga protege yang nakkan ilmu-ilmu saya ni. Dengan harapan, moga-moga dapatlah jadi bekalan akhirat saya nanti.

Jadi, saya seru kepada insan-insan hebat di luar sana. Sebelum hari hujan, marilah kita sama-sama sediakan payungnya. Tak kiralah sama ada anda lelaki, wanita, bekerja, suri rumah, pelajar…Cuba fikirkan masa depan kita.. Masa depan anak2 cucu kita. Adakah kita betul-betul dalam keadaan yang selamat? Cukupkah kewangan kita kalau tiba-tiba kita hilang pekerjaan, hilang tempat bergantung dan sebagainya? Allah boleh tarik nikmat yang kita ada pada bila-bila masa. Jom keluar dari zon selesa dan  marilah kita berniaga dan berjaya dalam Shaklee ni sama-sama.

Saya ikhlas nak mengajar sesiapa yang mendaftar di bawah saya. Kalau belum mendaftar lagi, bolehlah hubungi 012-3579599 ye! 😊

Till then,

Fara Fadzil

SID: 860722

012-3579599

#shakleekualalumpur

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

March 2024
M T W T F S S
« Jan    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Social Media Integration by Acurax Wordpress Developers