Nak order? Hubungi 012-3579599

Inspirasi 2018

Dah 2 bulan berlalu. Ini inspirasi 2018 kakfar.

Berdebar-debar betul kakfar sejak masuk 2018 ni tau. Banyak sangat impian. Banyak sangat perancangan. Dan semuanya berkisar kepada 3 perkara penting ni – famili, karier & bisnes. Tahun 2018 adalah tahun kejayaan. Walau sibuk macam mana pun, kakfar kena cepat-cepat adapt dengan segala perubahan rutin yang baharu supaya tidak lagi ketinggalan.

Jadi, dari awal tahun ni lagi kakfar memang dah start buat overhaul. Servis mana2 yang perlu diservis. Ganti apa-apa yang dah tak boleh pakai. Baiki apa-apa yang dah rosak. Buat jadual baru. Dan macam-macam lagi.

inspirasi 2018

Apa yang dah berubah dalam hidup kakfar sejak 2018 ni? Apa plan kakfar untuk tahun ni?

Yang pertama, jadual harian keluarga. Dah lebih sebulan anak-anak kakfar mula sekolah di tahun baru ni. Yang sulung masuk darjah 1. Yang no 2 pergi tadika. Yang no 3 kat taska. Haa.. tiga tempat berlainan sekaligus. Jadual harian memang kena rombak dan berubah sepenuhnya. Masa awal-awal dulu memang kakfar kelam kabut tapi Alhamdulillah, sekarang dah makin terurus.

Yang kedua, di pejabat, masa depan syarikat untuk tahun 2018 dan tahun seterusnya masih penuh dengan ketidakpastian. So, memang semua orang sedang sibuk dan perlu kerja keras. Semua program kena lancar. Semua bid mesti menang! Dengan boss baru lagi yang nak disesuaikan, nak kirakan kakfar memang tak menang tangan. Tapi insyaAllah boleh je buat semua. Kita positif aje!

Yang ketiga dan sangat penting juga – my Shaklee business. Kakfar tengok ramai sangat di luar sana yang masih tak cukup perbelanjaan seharian. Kakfar nampak ramai sangat di luar sana yang terpaksa kuburkan impian sebab tak cukup duit. So, tahun ni, kakfar nekad. It’s time to bring #CharmEmpire to the next level. Kakfar nak lahirkan ramai lagi leaders dalam group kakfar ni.

Walaupun sibuk dengan kerja dan keluarga, insyaAllah tahun ni kakfar plan nak bantu at least 3 orang untuk dapat sales RM10k setiap bulan dengan bisnes Shaklee. Kalau boleh kakfar nak lahirkan 3 orang yang dapat jana pendapatan sampingan tetap 4 angka setiap bulan. Sekarang dah bulan kedua. Pencarian protege masih diteruskan. Dan insyaAllah akan terus dicari sampai bila-bila.

Ada tak yang berminat? Kalau ada, cepat-cepat roger kakfar ye supaya kita boleh naik ke puncak bersama-sama. Lagi cepat kita mula, lagi cepat kita akan sampai destinasi. Dengan income 4 angka tu macam-macam kita boleh buat tau! Kita boleh tunaikan macam-macam impian atau/dan boleh juga disimpan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di masa depan. InsyaAllah, kakfar harap plan-plan kakfar ni akan jadi kenyataan.

Korang pula macam mana? Dah masuk bulan kedua ni, dah siap ke plan untuk 2018? Kalau belum, masih lagi belum terlewat untuk kita mulakannya. Kalau dah buat, cuba kongsi plan atau impian 2018 kita tu kat blog atau wall FB masing-masing. Jangan takut nak kongsi impian kita. Sebab bila kita kongsi, akan ada ramai orang yang mendoakan kita. Mana tahu, di kalangan mereka ada yang dimakbulkan doanya. Nanti bila sampai tahun depan, kan syok kalau -kita dapat tengok semula impian-impian kita yang dah menjadi nyata? 🙂

Jom buat. Agar kita boleh beri inspirasi sesama kita.

Love,

Fara Fadzil

 

 

@kakfar | SID: 860722

Founder of CHARM Empire

012-3579599

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

February 2018
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company