Nak order? Hubungi 012-3579599

Buasir semasa mengandung dan selepas bersalin


Sumber: PaMa dan diolah semula oleh penulis.

buasir, sembelit Buasir (Hemorrhoids) adalah sesuatu yang amat biasa dialami di kalangan ibu-ibu yang sedang hamil mahupun sesudah melahirkan. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Kebiasaannya pesakit buasir berasa sakit hasil daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak. Apabila hal ini terjadi, ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Wanita hamil berkecenderungan untuk mendapat buasir akibat daripada pengaruh hormon-hormon semasa hamil. Ketika itu, dinding dan injap urat yang berada di sekitar dubur menjadi tegang. Pengaliran darah menjadi perlahan lalu mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.

Selain itu, saiz kandungan yang semakin membesar turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Tekanan yang diberi oleh kandungan terhadap saraf-saraf sekitar pelvik menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Akibatnya saraf tersebut membengkak.

Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.

Boleh Terjadi Serentak
Dalam pada itu, terdapat dua jenis buasir yang perlu diketahui. Ia merujuk kepada buasir dalaman iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan sakit ataupun gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum dan tidak merbahaya. Namun, kekerapan anda meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Manakala buasir luaran pula merupakan jenis penyakit buasir yang merupakan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur dan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan darah akan terputus dan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya sehingga menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala sebeginilah yang mendorong anda untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya. Fakta menarik yang perlu anda tahu ialah kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara serentak ataupun berasingan.

Pelega Buasir
Walau apa pun keadaannya, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti penyebab buasir yang dialami. Tiada gunanya merawat buasir jika anda berterusan mengamalkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan semula masalah yang sama.

Anda disaran untuk kerap mengambil minuman bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat dalam menu seharian berupaya mencegah buasir daripada menjadi lebih teruk.

Amalan kebersihan diri amat penting terutamanya di bahagian dubur. Anda digalakkan agar lebih kerap mencuci kawasan berkenaan dengan menggunakan sabun dan air setiap kali membuang air besar. Paling penting, amalan pembuangan air besar yang baik setiap hari.

Anda boleh merendamkan diri dalam air suam di antara dua atau tiga kali sehari selama 10 hingga 15 minit. Ini bertujuan mengecutkan bengkak di bahagian dubur. Antara lain, garam mandian juga boleh digunakan. Ia turut mempunyai fungsi yang sama dengan air suam iaitu berupaya mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

 
Bagi mengelakkan dan meringankan kesakitan akibat buasir, anda juga boleh mengambil supplemen-supplemen berikut:

B Complex –   Vitamin B Complex adalah sangat penting dalam proses penghadaman. Ia menyokong kesihatan otot di saluran usus besar menjadikan proses penghadaman lebih mudah dan selanjutnya memberi kurang tekanan kepada rectum semasa meneran.  Ramai orang yang tidak mendapat cukup vitamin B complex kerana semakin usia meningkat, semakin kurang kecekapan tubuh untuk menyerap nutrien ini.

OsteMatrix – OsteMatrix merupakan sumber kalsium magnesium yang memainkan peranan penting dalam pembekuan darah dan pencegahan kanser usus. Mineral ini boleh membantu untuk melembutkan najis dan melegakan pendarahan yang diakibatkan oleh buasir.

OmegaGuard –  Minyak ikan OmegaGuard yang mengandungi paras asid lemak omega-3 yang tinggi, adalah zat yang penting dalam mengurangkan keradangan dan mengecutkan otot yang bengkak . Selain itu, ia juga boleh membantu dalam melembutkan najis, melegakan simtom sembelit , dan dengan itu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat buasir. 

Zinc – Zinc membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan dan sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami buasir berdarah . Penderita akibat buasir boleh mengalami keperitan symptom yang lebih singkat dengan pengambilan zinc complex ini.

Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.

Pencegahan Awal
Bagi memastikan anda tidak menghadapi seksa akibat sembelit, anda perlu melakukan langkah pencegahan sejak daripada hamil lagi bagi mengelakkan sebarang simptom berkaitan buasir.

Ini kerana perubahan hormon progesteron sering kali menyebabkan pergerakan usus bertambah perlahan. Ini bagi membolehkan lebih banyak penyerapan makanan berlaku. Dan pada masa yang sama, penyerapan air turut bertambah lalu menyebabkan sembelit mudah berlaku.

Harus diingat! Masalah sembelit sewaktu hamil menjadi bertambah teruk kerana si ibu kurang bersenam, mengabaikan pengambilan zat besi tambahan, makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang cukup serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sejak daripada awal kehamilan lagi. Dalam pada itu, senaman ringan adalah amalan baik untuk mengurangkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir.


Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan bagi melegakan buasir anda sekarang.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, menyembuh, mencegah atau merawat sesuatu penyakit. 
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah dari sebarang penyakit.
1 Comment
  1. Good info…sharing is caring dear πŸ™‚

    p/s baby dh setahun ye? wahhh besar dah baby dear..nak galak tgk kartun yg bermanafaat kena bukak channel tuh selalu…baru dia belajar pelan2 hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

December 2017
M T W T F S S
« Dec    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency