Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Nak order? Hubungi 012-3579599

Bengkel Nutrisi Shaklee: I’m a CERTIFIED SID!

Alhamdulillah… Sabtu lepas, 23 Ogos 2014, saya berpeluang menghadiri satu lagi majlis ilmu iaitu Bengkel Nutrisi Shaklee bagi menambahkan lagi pengetahuan tentang keperluan supplemen dan terutamanya keunikan produk-produk Shaklee. Bengkel Nutrisi ini dianjurkan sendiri oleh Shaklee Malaysia untuk semua pengedar-pengedar Shaklee di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Best!! Memang tak menyesal habiskan masa sehari kat situ.

Bengkel Nutrisi Shaklee

Tiket Untuk Menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee

 

Bengkel Nutrisi Shaklee

Aturcara Majlis Semasa Bengkel Nutrisi

Tiket Bengkel Nutrisi Shaklee

Tapi, bukan semua SID (pengedar Shaklee) boleh senang-senang walk in ke bengkel ini tau! Kalau nak join bengkel nutrisi Shaklee ini, SID perlu dapatkan dulu tiket berharga RM40 di cawangan-cawangan Shaklee mengikut penempatan (region) lokasi di mana bengkel itu bakal berlangsung. Contohnya, pada kali ini bengkel nutrisi diadakan di Kuala Lumpur, jadi tiket boleh di beli di cawangan Sri Rampai ataupun di Home Office Subang. Bulan hadapan, bengkel nutrisi akan diadakan di Seremban (region Selatan), jadi tiket hanya dijual di cawangan Shaklee di Johor Bharu. Kalau diadakan di utara, hanya cawangan Shaklee di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang akan menjual tiket ini dan seterusnya. Setiap bulan tiket yang dijual memang tak banyak…sekejap je akan habis macam jual pisang goreng panas! So, kalau nak join bengkel nutrisi ni… make sure cepat-cepat pergi ke branch untuk membelinya k!

Program di Bengkel Nutrisi Shaklee

Ramai orang kat luar sana malah mungkin ada SID-SID sendiri yang masih belum faham tentang kenapa kita perlu ambil vitamin. Malah ramai di kalangan SID yang sendiri yang masih tak kenal SEMUA produk Shaklee. Mungkin sebab itulah terjadi ada pengguna-pengguna Shaklee yang tidak mendapat kesan optimum dari supplemen yang dia ambil. Mungkin pengguna tersebut tidak membeli supplemen yang sesuai untuk keperluannya atau cara pemakanannya tidak betul kerana tidak mendapat informasi yang tepat dari SID yang berurusan dengannya. Haa see? Memandangkan semakin ramai SID yang menjual Shaklee, pengguna-pengguna pun perlulah bijak memilih agar membuat urusan dengan SID  yang benar-benar berilmu agar tidak rasa tertipu!

Jadi, selain daripada informasi di group bisnes masing-masing, pembelajaran dan pembacaan SID itu sendiri, bengkel nutrisi Shaklee ini juga adalah SALAH SATU cara bagi para SID untuk menimba ilmu tentang produk-produk Shaklee. Malah pada pendapat saya, ia adalah satu cara yang paling berkesan untuk mudah belajar dan faham tentang supplemen Shaklee kerana bengkel ini dikendalikan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri. Banyak informasi dan tips-tips yang diberikan serta pelbagai demonstrasi dilakukan untuk membuktikan keberkesanan dan keunikan produk-produk Shaklee ini. Selain itu, SID-SID juga dapat mencuba pelbagai supplemen yang mungkin mereka belum pernah cuba sebelum ini yang diberikan secara percuma dan berpeluang untuk memenangi hadiah dengan menyertai kuiz. Itu belum cerita lagi pasal makanan hotel yang sedap2! Hihihihi. Jadi, memang rugi kalau tak pergi! 🙂

Certified Miracle SID

 

Bengkel Nutrisi Shaklee

We are certified SID. Jom hubungi Miracle SIDs ni untuk konsultasi dan servis yang tip top ye! – dari kiri: Mel (019-3058619), Noor (013-2425788) dan Fara (012-3579599) dan pewaris bisnes empayar Miracle. Hihihi.

Alhamdulillah, memandangkan tiket sentiasa terhad dan setelah lama menunggu peluang, akhirnya saya dan 2 lagi SID dari group Miracle diizinkan Allah untuk menghadiri bengkel nutrisi Shaklee yang diadakan Sabtu yang lalu. Memang banyak sangat pencerahan yang kami peroleh dari kelas ini dan lepas ini, biiznillah, kami akan memberi konsultasi yang lebih baik untuk para customer kami. So kalau nak beli apa-apa vitamin Shaklee atau dapatkan konsultasi terbaik bagi sebarang permasalahan anda, jangan segan-segan hubungi kami ya!

Dan yang paling BEST sekali, semua SID yang hadir ke bengkel nutrisi ini mendapat sijil penghargaan dari Shaklee University!!!

Bengkel Nutrisi Shaklee

I am CERTIFIED SID

Sesungguhnya kami sangat berdedikasi untuk membina dan membantu orang di sekeliling kami mendapatkan dan memperbaiki kesihatan dan cara hidup secara menyeluruh. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan jalan kami untuk berjaya dalam misi kami ini. Doakan kami sekali ya! 🙂

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi RahsiaVitaminIbu.com melalui email rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599.

4 Comments
  1. Tahniah fara! Kita sama2 berjaya mengharungi 1 hari bengekel dgn jayanya w/pun dgn bw anak kecik 😉

  2. bestnya uolls..insyaallah one day nak join jugak kelas camni..

  3. Im CERTIFIED SID!!

Leave a Reply to sue Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WELCOME notes.. :)

Rahsia Vitamin Ibu

Selamat datang ke website Rahsia Vitamin Ibu!

Terima kasih kerana melawat website kami :)

Website ini diusahakan oleh Fara Fadzil, a wife, a mommy, an engineer and a committed Shaklee Independent Distributor (ID: 860722) yang berkongsi tentang pelbagai tips dan memberi konsultasi percuma tentang cadangan vitamin Shaklee yang paling sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penghantaran produk Shaklee dilakukan ke seluruh Malaysia melalui Gdex dan pos laju dan perkhidmatan COD disediakan untuk kawasan Ulu Kelang - Taman Melawati, Taman Permata, Kemensah, Keramat, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dll.

Rahsia Vitamin Ibu dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Hubungi saya melalui sms/call/whatsapp/wechat di 012-3579599 atau email kepada rahsiavitaminibu@gmail.com untuk mendapatkan vitamin anda hari ini juga! :)

Find us on Google Plus

PROMOSI APRIL 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015

CALENDAR

April 2024
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

E-SELL: KLIK UNTUK MEMESAN SEKARANG!

Order produk Shaklee

Pesan secara online produk Shaklee anda di sini dengan hanya 5 langkah mudah:
1. Klik pada gambar dan anda akan dibawa ke portal Shaklee untuk memesan secara online.
2. 'Untick' produk yang anda tidak mahu.
3. Kemaskini kuantiti produk yang anda perlukan.
4. Isi maklumat penghantaran.
5. Buat pembayaran.

PENAFIAN

Saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID: 860722) untuk penghantaran serata Malaysia dan tiada kena mengena dengan Shaklee (M) Sdn. Bhd atau affiliate Shaklee.

Semua artikel hanyalah bersifat informasi semata-mata. Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA), USA dan ditulis berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya sendiri.

Semua produk yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan bertauliah berkaitan penyakit-penyakit yang anda hidapi.

Plugin for Social Media by Acurax Wordpress Design Studio